Bismillahirrahmanirrahim.
Selesai makan lebih kurang pukul 9 malam, kami seret beg dan naik lift untuk masuk ke bilik masing-masing. Walaupun negara Slovenia tidak tersenarai sebagai salah satu negara yang dilawati, tetapi kami dibawa bermalam di negara ini. Barangkali kedudukan hotel ini yang terletak di Metlika, Slovenia berhampiran dengan kota Zagreb, jadi mungkin penginapan ini lebih sesuai sebagai tempat transit sebelum kami meneruskan perjalanan pada keesokan harinya.
Hotel Bela Krajina merupakan hotel tiga bintang sama taraf seperti dua buah hotel yang kami inap sebelumnya, iaitu di Milano dan Venice, Italy.
Jom cari bilik bernombor 205.
Ini dia bilik kami.
Kamsiah memilih katil yang terletak berhampiran tandas. Katanya memudahkan untuknya berulang-alik ke tandas. Sebaik sahaja sampai ke hotel, Kamsiah masuk angin dan mabuk. Jadi, sewaktu makan malam memang tak banyaklah makanan yang boleh masuk ke perutnya.
Katil pilihan Kamsiah. |
Sebaik masuk ke bilik, Kamsiah terus merebahkan diri di katil dan tarik selimut.
Ini pula katil Amie. Kedudukannya berhampiran tingkap.
Suhu di dalam bilik tidak terasa sejuk kerana dipasang pemanas.
Heater / pemanas terletak di tepi dinding di bawah langsir. |
Inilah sudut yang paling dinanti-nantikan setelah tiga hari berada di Balkan. Berkali-kali Amie mengucap syukur kerana ada cerek elektrik, gelas, mug dan juga teh serta kopi. Alhamdulillah! Walaupun Slovenia tersenarai sebagai salah sebuah negera di Eropah yang selamat untuk minum terus air paip, tetapi rasanya satu ehsan apabila Hotel Bela Krajina sediakan cerek untuk memasak air!
Ada selimut dan bantal extra di dalam almari.
Tandasnya pun bersih dan cantik serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
Harum sungguh aroma herba mandian ini.
Jom tambah lagi bahasa di sini.
Savon Liquide : Liquid Soap
Setelah mandi dan solat jamak, Amie sudah tentunya hendak masak air. Sudah berapa hari tidak minum air hangat / suam sepuas-puasnya. Kebetulan ada beberapa uncang teh, baiklah rendam dalam air panas. Pada masa yang sama rasa risau juga kerana sejak 12 Februari 2024 dari Kota Kinabalu sehingga 15 Februari 2024, belum sekali pun membuang sisa perut. Tanya Kamsiah, katanya dia pun begitu juga tetapi adalah juga sekali dia qadha' hajat. Tidak pernah selama mengembara sampai begini sekali. Padahal kalau minum jus, memang perut akan menggelodak, tetapi berbeza pula kali ini.
Tak sabar menunggu air mendidih.
Amie pilih uncang teh buah ceri.
Selepas secawan teh dihirup, rendam lagi uncang dan minum lagi.
Malam itu saja Amie minum 2 cawan teh dan 2 cawan air hangat.
Kamsiah pula kelihatannya tidur nyenyak.
Selepas minum panas sudah tentu badan pun mula berpeluh. Amie tidak matikan heater, sebaliknya buka sedikit tingkap supaya angin boleh masuk.
Menjelang pukul 4 pagi sewaktu Amie bangun, tingkap sudah tertutup. Barangkali Kamsiah tidak tahan sejuk dan menutup rapat tingkap itu. Waktu Subuh dijadualkan pada pukul 5:22 pagi.
Pemandangan dari tingkap bilik 205 Hotel Bela Krajina. |
Selamat pagi Slovenia!
Hari ini Jumaat bersamaan 16 Februari 2024.
Jam menunjukkan pukul 6:30 pagi, manakala di negara kita lebih kurang pukul 1:30 tengah hari.
Suhu ketika ini 2'C.
Alhamdulillah. Buat pertama kalinya proses pembersihan perut sudah bermula pada pagi ini!
cantik hotel dia. agak puas hati la juga kan selesa untuk bermalam. Tambah pulak dapat minum air teh suam, lagilah puas
BalasPadamItulah, tak henti ucap syukur! Lama tidak minum air suam / panas sepuas-puasnya.
PadamHotelnya keren banget
BalasPadamrapi dan nyaman
tidur pun bis nyenyak
Benar Mas. Penat berjalan seharian, daftar hotel terus berehat sampai pagi. Esoknya sambung jalan lagi.
PadamTerkadang memang perut kita adaptasi lama kalo sedang travelling kak 😄. Tapi saya biasanya lancar krn memang sukaaa sangat dengan sayur dan yoghurt. Jadi tiap kali menginap di negara manapun, pasti saya mengincar salad yang banyak dan yoghurt 😄. Kalo di Indonesia terbiasa minum kombucha tiap pagi. Hanya saja susah nak bawa kombucha kan. Jadi pengganti nya yoghurt lah
BalasPadamInilah kali pertama perut buat hal.
PadamBiasanya tidak.
Nampaknya hotel ni lebih baik dari dua hotel yg Kak Amie inap sebelumnya. Katilnya ada frame plak di sebelah dinding ya, selalu ada kepala katil saja.
BalasPadamBetul SK. Terutamanya cerek tu...aduhai! Seribu syukur dapat minum air yang dimasak.
PadamDapat secawan teh ceri dalam kesejukan pastinya satu kenikmatan
BalasPadamsaya kalau nak membersihkan perut, saya akan minum kopi atau minuman bersusu. datang sini baca story travel kak Amie setelah lama tak bw
BalasPadamNampak macam sama je konsep hotel yang saya inap di Berlin.
BalasPadamBiliknya selesa. Paling seronok tu lah kan ada kettle. Boleh masak air dan buat air panas. Tak tergamak lagi nak minum air paip walaupun boleh diminum terus. Lama juga tak membuang, biasanya makan buah hari hari, pagi pagi akan ke toilet juga. Risau kalau rasa nak membuang masa dalam perjalanan. Jenuh nak mencari toilet.
BalasPadam