Pages

Jumaat, 29 Mac 2024

Menu Berbuka Puasa Ramadan ke-18

Bismillahirrahmanirrahim.
Entah berapa kali Encik Suami suruh kita goreng nasi untuk berbuka puasa. Banyak hari dah dia simpan lebihan nasi. Kita pula lebih suka berbuka dengan nasi putih panas dari rice cooker. Jadi, buat-buat lupalah untuk goreng nasi. Malam semalam balik tahlil dari kampung dibekalkan lagi dengan nasi putih. Diingatkan kita sekali lagi untuk goreng nasi!

Akhirnya petang tadi kita pun gorenglah nasi. Lagi pun peminat nasi goreng yang seorang lagi memang sudah sedia menunggu. Katanya jangan lupa tambahkan telur dalam nasi goreng. Kita pula sebenarnya hendak hirup sup. Pesan dengan Encik Suami, lepas solat Jumaat minta belikan kaki ayam dan betik mengkal. Sudah lama tidak hirup sup kaki ayam tambah betik mengkal dan daun kemangi. Tentu enak rasanya, manis-manis betik dan harum daun kemangi!

Terpandang pula sebungkus kecil ikan tenggiri masin pemberian biras dari kampung malam tadi. Sekali lagi terbayang keenakannya makan ikan tenggiri masin dengan nasi putih panas! Hirup pula kuah sup ceker campur betik! Aduhai....!


Hidangan Berbuka Puasa


Seperti biasa, Encik Suami akan bantu siapkan minuman jus epal hijau tambah asam boi.

Nasi Goreng

Udang Galah Goreng

Ikan tenggiri masin / jeruk pemberian biras.

 
Ikan Tenggiri Masin

Ikan tenggiri masin ini Amie goreng. Kemudian Amie gorengkan bawang putih, bawang merah, halia, cili hijau, cili merah hingga layu. Tambahkan sedikit perasa dan hidangkan bersama ikan tenggiri masin tadi. Jangan lupa perahkan jus limau kasturi atau limau nipis.

Popia untuk Firdaus.

Selamat berbuka puasa!
Bismillah.


8 ulasan:

  1. Meriah juga menu buka puasa kak amie tu, rumah saya petang tadi berbuka dengan mi goreng ajer haha..Makin lama makin pelik je selera orang dalam rumah saya ni kak amie.Agaknya pakat tak lalu nak makan nasi dah

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, semua sudah dapat keinginan masing². Yang nak makan nasi goreng, yg nak hirup sup. Yang untungnya, Firdaussss.

    BalasPadam
  3. Lelaki memang suka makan nasi goreng kot kan Kak Amie. Husband saya pun suka nau nasi goreng. Kita pulak memang suka nasi putih panas makan dengan lauk. Hihi...Segar tekak dapat minum air epal asam boi. Sedapnya udang galah goreng begitu je. Terasa kemanisan dan rasa udang tu.

    BalasPadam
  4. sedap menu berbuka kak amie..saya pun dah ikut terbayang2 nak makan nasi goreng dengan ikan masin..

    BalasPadam
  5. menu wajib untuk Daus popia ye kak, nasi dia makan tak kak?

    BalasPadam
  6. Semua sedap. Udang galah memang fresh di Sabah kan. Harap2 suami ada kerja di Sabah, boleh beli udang lagi hehe

    BalasPadam
  7. menarik juga betik mengkal dimasak begini yaaa. saya biasa hanya dimakan biasa atau jadikan rujak.. sedaap semua terlihat, apalagi saya baca di saat nak buka puasa lah nih ;p

    BalasPadam