Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini negeri Sabah cuti sempena Good Friday.
Berehatlah kami di rumah bersama Encik Suami dan Firdaus. Kami mula bercerita tentang persiapan menyambut Syawal 1445H. Amie cadang hendak buat persediaan lebih awal terutama bahan-bahan untuk dimasak menjelang hari raya nanti. Tak sanggup rasanya berlama-lama di luar dalam keadaan cuaca panas membahang. Bahan-bahan seperti daging bolehlah dibeli. Bahan lain seperti kelapa parut, cili, serai, lengkuas, bawang dan seumpamanya bolehlah dikisar dan simpan dalam peti sejuk bahagian beku.
Kelmarin Amie sudah terima enam jenis kuih raya yang ditempah dengan sifu kami:
KAK YONG COOKIES. Walaupun banyak kali berguru di kelas masakan di bawah kelolaan Kak Yong, tapi apabila tiba hari raya hendak beli juga kuih air tangan Kak Yong. Memang seronok dapat belajar masak dan buat kuih beramai-ramai bersama rakan-rakan tetapi apabila sampai rumah, hilang pula semangatnya! Agaknya suasana ramai-ramai berbanding bersendirian turut mempengaruhi mood seseorang.
|
Enam jenis kuih raya pilihan Amie dari Kak Yong Cookies. |
|
Biskut Sampan RM39 |
|
Sweet Swiss Caramel RM43 |
|
Pistachio Nut Makmur RM47 |
|
Semperit Ribbon RM43 |
|
Coconut Cereal Peanut Butter RM42 |
|
Biskut Bangkit Cheese RM43 |
Tahun ini ada 15 jenis kuih raya yang boleh ditempah dari Kak Yong Cookies.
Amie ikuti perkembangan Kak Yong Cookies sepanjang Ramadan melalui FB. Nampak sibuk sekali Kak Yong menyiapkan tempahan bersama pembantunya. Kami tahu dan faham cara Kak Yong menyiapkan kuih-kuih tempahan pelanggan. In syaa Allah semuanya halalan toyyiban dan dijamin sedap dengan penggunaan bahan-bahan premium.
|
Rindu hendak belajar buat kuih lagi dengan Kak Yong. |
|
Sweet Caramel Butter Cookies |
|
Sampan Prune Crumble |
|
Coconut Cereal with Peanut Butter |
|
Samprit Ribbon |
|
Strawberry Butter Milk |
|
Pistachio Nut Makmur |
|
Royal Pineapple Tart |
Sebahagian daripada kuih yang sudah siap.
Minggu ini tempahan di sekitar Lahad Datu sudah mula diedarkan. Mulai minggu hadapan tempahan ke luar daerah pula akan dihantar:
- Semporna
- Kunak
- Tawau
- Kinabatangan
- Sandakan
- Kudat
- Beaufort
- Kota Kinabalu
Semoga dipermudahkan urusan Kak Yong, dan mudah-mudahan akan bertambah maju. In syaa Allah kami sentiasa menyokong produk tempatan.
Wah, kak amie dah ada kuih raya...SA satu apa pun xde lagi ni..baju raya pun xde
BalasPadamwaahhhh meriahnya kuih raya! Ana blm mula lagi bab kuih raya heehe
BalasPadamLaju kak Amie dah beli kuih raya. Siap awal tak kalut. Senang nanti tak payah fikir dah kan. Menarik betul kuih-kuihnya. Ada yang tak pernah tengok pun ada.
BalasPadamwah sedapnya kuih raya.LM belum ada kuih raya lagi
BalasPadamPremium kuih raya Kak Yong's Cookies. Kalau nak merasa, kena beli tiket kapalterbang nampaknya ni, Kak Amie. 😍
BalasPadamldy rs tahun ni paling mood ke laut dalam sekali.. ldy terlupa nk order kuih spt thn2 sudah.. dn hr ni br je beli 5 jenis kacang .. yg lain belum difikirkan..
BalasPadamMeriah kuih raya nya tu kak.
BalasPadamWahh Kak Amie dah ada kuih Raya. Kami pun baru beli Ahad di MITEC, KL. Sikit2 je lah sebab selalu beraya di rumah mak. Lepas Raya jarang2 orang beraya rumah kami.
BalasPadamini kalo dekat, dah saya ikut pesan juga kak :D.
BalasPadamsaya pun selalu beli kalo kue lebaran.. tak sanggub kalo masak sendiri hahahahaha. tapi thn ini tak banyak sangat pesan, secukupnya saja.. thn lalu macam2, sampai penuh meja.. padahal tak banyak tamu, yg makan anak2 ini lah :D