Pages

Rabu, 20 Mac 2024

Mi Kari Ala Koboi

Bismillahirrahmanirrahim.
Balik menoreh tengah hari tadi tak dapat tahan rasa mengantuk yang amat sangat. Akhirnya kita tertidur  sewaktu sama-sama Encik Suami hantar Firdaus ke sekolah agama. Dalam perjalanan pulang, Encik Suami tanya hendak beli apa-apakah untuk masak juadah berbuka. Dalam keadaan separuh sedar dengan mata terpejam Amie pun jawab: Belilah apa-apa.

Sampai rumah memang selepas solat terus rebah sambung tidur. Sayup-sayup terdengar Encik Suami berkata: Semua bahan masak yang dibeli sudah masuk peti sejuk. Nanti masaklah mi kari.

Kita jawab : Ya. Tapi jawapan itu dalam hati!

Seperti biasa, sewaktu Encik Suami sudah keluar rumah untuk ambil Firdaus, kita pun bergegas ke dapur hendak masak. Teringat pesan Encik Suami : Nanti masaklah mi kari.

Jadi, dengan harapan semua bahan untuk masak mi kari sudah ada dalam peti sejuk maka dengan senang hati kita pun mencarilah bahan tersebut. Yang ditemui:
  • Ayam segar
  • Mi Kuning
  • Santan
  • Daun sup
  • Telur
Kita telefon Encik Suami : Ada beli sayur sawi tak? Ada beli fish ball tak? Ada beli tauhu kering tak?
Encik Suami jawab : Alaaaa.... lupa nak beli!

Syukurlah masih ada serbuk kari dan empat keping tauhu basah yang belum diolah. Bolehlah masak mi kari ala-ala koboi gitu.

Mi Kari Ala Kobi

Kicap Lada

Bidmillahirrahmanirrahim.

Walaupun Mi Kari Ala Koboi, tapi habis juga oleh kami bertiga.
Alhamdulillah.

11 ulasan:

  1. Aisssh kenapa jadi teringin pula nak masak mie kari 😄🤤🤤. Tak apalah ala Koboy kak, yg penting sedap ❤️❤️

    BalasPadam
  2. Aisssh kenapa jadi teringin pula nak masak mie kari 😄🤤🤤. Tak apalah ala Koboy kak, yg penting sedap ❤️❤️

    BalasPadam
  3. takpe x cukup bahan janji sedap kan kak amie

    BalasPadam
  4. koboi pun nampak sedap juga tu

    BalasPadam
  5. Eh..hampir geng la juadah iftar kita semalam...Saya laksa kuah frozen ja..hihihi

    BalasPadam
  6. Ala koboi pun nampak sedap sangat tu, Kak Amie. First time nampak mee kari ada kicap lada.

    BalasPadam
  7. akak masak memang dah dlm jiwa, sup sap sup sap kejap je siap dh

    BalasPadam
  8. kak... koboi ada makan mi kari ke? bkn diorg makan fish and chips je ke?
    🤣🤣🤣🤣 #gurauje

    BalasPadam
  9. Kak Amie.... Menu kita sama lah masak Mi Kari. Versi simple apa2 yang ada dalam peti.

    BalasPadam
  10. Jawab dalam hati je lah mampu kadang. hihi..mujur ingat apa yang disuruh masak. Ingatkan semua bahan dah lengkap. Kak Amie masak apa pun ala koboi pun sodap. Tak nampak tak cukup bahan pun.

    BalasPadam