Bismillahirrahmanirrahim.
Menjelang pukul lapan malam, bas berhenti di hadapan Hotel Bela Krajina yang terletak di Meltika, Slovenia. Kami daftar masuk dan ambil kunci dan terus makan malam terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik masing-masing.
|
Nudels with Mushroom Soup + Roti |
Oleh kerana berasa letih, lapar dan hendak cepat-cepat berehat maka tidak sempatlah rakam gambar - gambar persekitaran lobi dan tempat makan.
Nampak uniklah pula sebahagian hiasan dalaman hotel ini. Kayu-kayu dipacakkan di beberapa sudut.
Kami dijemput untuk mencicipi sejenis roti tradisional Slovenia dari wilayah Bela Krajina. Ia dikenali dengan nama Belokranjska Pogaca. Diperbuat daripada tepung gandum, air, ragi dan garam dan bahagian atasnya disapu dengan telur sebelum dipanggang.
Pelbagai pilihan salad.
|
Buah-buahan dan desserts. |
Antara hidangan makan malam termasuklah:
- Grilled Vegetables
- Stuffed Pepper with Cauliflower and Kus-kus
- Tortellini in Gorgonzola Sauce
- Vegetable Soup
- Nudels with Mushroom Sauce
- Dan Lain-lain
|
Stuffed Pepper with Cauliflower and Kus-Kus |
|
Griller Vegetables |
|
Inilah makanan yang Amie ambil untuk makan malam. |
|
Ambil sikit-sikit kus-kus, kentang lenyek, grilled vegetables dan beberapa helai tortellini. |
|
Tidak ketinggalan semangkuk kecil salad dan kekacang serta dessert. |
|
Kita pun hendak makan ais krim juga. |
|
Ambil sebiji buah pear (pir) bernama Conference. |
Sewaktu makan malam atau sarapan memang selalu jumpa bermacam jenis buah yang berbeza dengan yang biasa dijual di tempat kita. Setakat ini sudah jumpa buah Pir Bosc dan Pir Limonera tapi tak pernah ambil. Kali ini ambil sebiji Pir Conference.
Seronoknya menjelajah dunia sambil menikmati makanan mereka...Kus kus ni kalau kena dengan lauknya sedap kan..
BalasPadamBetul Mama Cella. Saya sekadar rasa-rasa saja, buat ganti nasi kononnya.
PadamKus semangattttt!
BalasPadamSy tunggu Kak Amie terangkan apakah itu kus-kus.
Ok SK. Dilayan.
PadamAna pun nak tunggu sis Amie buat penerangan lebih berkenaan Kus-Kus tu hehehe
BalasPadamOk Ana. Dilayan juga.
PadamKus kus tu yang mana Kak Amie...buah pear tu comel...
BalasPadamKus-kus macam bijian halus tu yang dibubuh dalam capsicum.
Padamingatkan kukus rupanya sejenis bijirin ye kak...
BalasPadamYe, di[erbiat dari te[ung semolina.
PadamDiperbuat.
PadamSedap nya buffet tu Kak Amie. Macam2 ada. Pear berbagai nama ya, menarik sangat.
BalasPadamYe, banyak jenis buah pir rupanya bila tengok di tempat orang.
Padambuah pear segar sedap tu
BalasPadamBetul Kak PI.
PadamMenarik pulak tengok hiasan kayu tu. Corak kulit kayunya cantik. Macam macam jenis buah pir ada di sana ye. Sebiji sebiji dihidangkan. Dapatlah buat bekal.
BalasPadamYa, biasanya buah-buahan diletak sebiji-biji. Senang ambil buat bekal dalam perjalanan.
Padamala..pengsan la orang picky eater macam saya ni kalau pergi mengembara...hahaha
BalasPadamItulah cabarannya. Kena kuat mental juga hihihiii.
PadamIsh penasaran sangaaat rasa makanan mereka kak 😍😍. Itulah yg saya suka dari travelling. Karena bisa mencicipi banyak aneka makanan dari suatu negara. Buah disana pastilah sedap kan.
BalasPadamItu juga salah satu tujuan kakak suka travel. Boleh kenal dan faham budaya di satu-satu negara. Paling menarik sudah tentu apabila dapat mencicipi makanannya. Memang di sini mewah dengan buah-buahan segar.
Padamsemuanya makanan vegetarian ye kak Amie? senang bagi kita as muslim. saya macam tu jugak bila pergi travel, nak cepat memang lupa ambil gambar
BalasPadamLapar pula nengok mushroom soup tu😅
BalasPadamKalau nengok makanan di situ macam tiada yang pedas atau berempah.