Pages

Khamis, 8 Februari 2024

Udang Galah Goreng Berempah

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin kami beli udang galah di Eco Fresh Seri Perdana. Sejak berbelas tahun lepas jarang sangat hendak jumpa udang galah di pasar. Dengarnya sejak buaya semakin membiak, nelayan pun sudah tidak aktif lagi menangkap udang. Memang banyaklah buaya di LD! Nak mandi laut pun takut sebab memang merata tempat ada buaya. Nampaknya buaya bukan saja berada di sungai, tapi banyak tertumpu di muara pula!

Udang galah yang kami beli ini datangnya dari daerah Beluran. Bukan udang galah ternak tapi datang dari sungai.  Entah bila hendak jalan-jalan ke Beluran. Dengarnya di sana masih banyak udang sungai. Memikirkan terpaksa melalui Jalan Sandakan yang seperti jalan di bulan, terpaksalah tunda keinginan. Berzikir sajalah sebagai jalan terakhir supaya dapat ke sana kan Mama Cella.

Ada beberapa jenis udang galah dijual mengikut saiz. Saiz paling kecil berharga RM35.00. Dua puluh tahun dulu harga saiz kecil hanya RM15-RM20 sahaja. Nak buat macamana. Dah semua harga naik, tak kanlah harga udang galah tetap begitu kan!

Encik Suami kata goreng sajalah udang galah itu. Jadi Amie pun goreng sajalah, tapi bubuh rempah sikit.

Udang Galah Goreng Berempah

Ada telur di bawah perut udang galah. Haa... yang itu tahulah, jenis udang galah betina.

Udang galah ini kotorannya di atas kepala betul-betul di hujung bawah sikit dari matanya. Gunting dari kulit kepala dari lehernya, dan tarik kelongsong berisi kotoran yang berwarna hitam keluar. 


Resipi Udang Galah Goreng Berempah ini Amie olah sendiri. Entah cukup entah tidak bahannya, yang penting sedaplah rasanya.

Resipi Udang Galah Goreng Berempah
Bahan-bahan:
  • 7 ekor udang galah saiz sederhana kecil - bersihkan 
  • 2 pelepah daun kari - lurutkan
  • 10 tangkai cili padi - gunting sedikit hujungnya - supaya apabila digoreng tidak pecah / meletup
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu besar tepung beras
  • minyak
  • garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1/2 sudu kecil lada putih
  • 2 batang serai - hiris
Cara memasak:
  1. Masukkan udang di dalam sebuah bekas.
  2. Masukkan semua bahan kisar, tambahkan daun kari, jintan manis, serbuk kari, serbuk kunyit, garam / perasa pilihan dan tepung beras.
  3. Gaul dan biarkan seketika.
  4. Panaskan minyak untuk menggoreng tenggelam.
  5. Goreng udang galah sehingga masak.
  6. Akhir sekali goreng lebihan bahan pemerap hingga garing. Jangan lupa sebelum angkat, masukkan cili padi hingga layu sahaja.
  7. Angkat dan toskan.
  8. Taburkan di atas udang galah goreng.

Kaki Udang galah Goreng Berempah ini garing. Sedap pula apabila dikunyah!



22 ulasan:

  1. Sedapnyaaa...tapi nieyl tengah pantang seafood..

    BalasPadam
  2. Bukan udang galah pun boleh ikut resepi kak Amie ni. Nampak sangat menyelerakan. Terima kasih kak.

    BalasPadam
  3. resepi kak amie mmg semua nampa menyelerakan! tambah lagi udang fresh! yummmy betol! hehe

    BalasPadam
  4. Sukanya udang galah berempah kruk krak kruk gittewww

    BalasPadam
    Balasan
    1. Janggutnya yang garing tu yang lebih kruk krak kruk hihihi.

      Padam
  5. Udang tu segar ya ..kalau buat goreng rempah ni makan begitu saja dah sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul CCL. Puaslah makan kalau diratah begitu saja kan.

      Padam
  6. Udang galah ni sy suka kunyah² bahagian kepalanya. Tentu sedap dan berlemak bahagian perut udang galah betina sebab ada telur

    BalasPadam
  7. Dari sekian banyak seafood, favorit saya udang. Mau diapakan saja, tetap sedap, walo hanya direbus 😄. Apalagi dimasak goreng rempah macam nih.. rasanya bisa saya habiskan semua 👍🤣. Apalagi pakai sambal kecap kan 😁

    BalasPadam
  8. uiii besar besar udangnyaaaa
    memang puas ni dapat makan..
    untung orang LD
    dpt beli seafood mcm ni
    dgn harga berpatutan...

    BalasPadam
  9. Sedapnya udang galah sungai. Goreng macam ni berempah sikit lagilah sedap rasa dia. Risau pula kalau buaya semakin membiak. Itulah kan, bukan sungai je. Laut pun dah ada buaya muncul.

    BalasPadam
  10. SA suka udang galah sungai ni sebab rasa dia ori...

    BalasPadam