Pages

Jumaat, 9 Februari 2024

Makan Nasi Lauk Sayur Labu Siam Masak Lemak dan Ikan Goreng

Bismillahirrahmanirrahim.
Malam tadi, hampir pukul dua pagi sampailah Fairuz dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu. Katanya mula memandu dari Kota Kinabalu sekitar pukul 6:30 petang. Alhamdulillah, walaupun terpaksa menempuh jalan berliku dan 'permukaan bulan' di Telupid dan Kinabatangan, namun semuanya selamat sampai. Jadi, hari ini Firdaus ada teman di rumah. 

Hari ini cuti sempena Tahun Baru Cina. Dapatlah masuk dapur sebelum menjelang tengah hari untuk masak-masak apa yang patut.

Sepinggan nasi dengan lauk-pauknya.

Hidangan Tengah Hari


Hidangan tengah hari ini:
  • Nasi Putih
  • Ikan Goreng
  • Sayur Labu Siam Masak Lemak
  • Sambal Tempoyak
  • Tauhu Goreng Berempah
  • Buah Epal & Betik
Gorengan empat jenis ikan.

Ada beberapa ekor ikan dalam peti sejuk:
  • 2 ekor ikan kumai
  • 2 ekor ikan sulig
  • 1 ekor ikan belais
  • 1 ekor ikan kerapu
Gorenglah semuanya. Firdaus pun suka meratah ikan goreng. Akhir-akhir ini budak kecil ini asyik minta tempe goreng. Pagi tadi Encik Suami cari di kedai, tapi tidak ada tempe. Yang ada hanya tauhu saja. Tauhu pun tauhulah. Boleh jew digoreng.

Sayur Labu Siam Masak Lemak

Ikan Kumai Goreng

Sambal Tempoyak + Belacan


Tauhu Goreng Berempah

Buah Epal & Betik


Resipi Sayur Labu Siam Masak Lemak
Bahan-bahan:
  • 1 biji labu siam - kupas kulit - potong memanjang 3cm
  • 1/2 batang lobak merah - kupas kulit - potong memanjang 3 cm
  • 3 batang kacang panjang - hiris serong
  • 10 tangkai cili padi - jika suka rasa pedas boleh hiris - Amie masukkan bulat-bulat - waktu makan kalau hendak rasa pedas boleh picit
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 batang serai - ketuk - potong dua
  • 2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk kasar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1/2 cawan ikan bilis
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk, serai, cili padi dan ikan bilis hingga terbit aroma.
  2. Masukkan labu siam dan lobak merah. Tuangkan air dan masukkan serbuk kunyit. Biarkan masak hingga mendidih.
  3. Setelah labu siam dan lobak merah lembut, masukkan kacang panjang.
  4. Kemudian tuangkan pula santan pekat.
  5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
  6. Kacau kuah sehingga mendidih.
  7. Padamkan api dapur.
Jom makan.

Bismillah.


19 ulasan:

  1. Alhamdulillah selamat sampai...
    Teringin nak makan labu air, labu Siam ni tapi takde geng di rumah ni. Depa tau makan labu kuning je :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tunggu ada geng baru boleh makan labu siam ye PH.

      Padam
  2. Menariknya presentation Amie Little Kitchen seperti sajian di restoren sebenar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih MRS.A.
      Sebenarnya asal ada rupa gambar saja hihihiii.

      Padam
  3. alhamdulillah...selamat sampai walaupun lewat malam...
    sedap betul tengok masakan kak Amie nie...memang masakan mak2 betul...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheee... ada beza ye masakan emak-emak dengan anak-anak. Alhamdulillah.

      Padam
  4. Ikan goreng nya sedap nian. Ada kumai, ikan sulig, ikan belais dan seekor ikan kerapu. 😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar Mas Agus. Kumpul-kumpul baki ikan, pelbagai jenis pula jadinya.

      Padam
  5. ikan goreng tu lawankan dengan kicap pun dah sedap sangat kak

    BalasPadam
  6. Lepas baca entri ni kan CCL terus google labu siam nak tengok rupa bentuk labu siam tu .. Seakan-akan jambu air kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye CCL. Macam jambu air gergasi hijau hihihii.

      Padam
  7. Mesti meriah rumah Kak Amie bila Fairuz balik. Jarang dengar (baca) Fairuz dapat cuti sebab selalu sibuk dengan ikan²nya 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minggu lepas Fairuz balik juga tapi sekejap saja, hanya sempat makan tengah hari.
      Sekarang ini walaupun balik LD tapi ke Tawau pula!

      Padam
  8. Tak banyak jual tempe di sana kak? Di pasar saya banyak sangat, sampai harganya jadi murah. Tapi saya suka tempe. Biasa saya buat sambel tempe pakai kencur. Sedaap 😍👍

    BalasPadam
  9. ikan tu dapat ke saya
    memang ratah je dah cukupppp

    BalasPadam
  10. Menu kampung macam ni memang sedap.

    BalasPadam
  11. SA x oernah makan labu siam..tapi kalau la lauk macam ni..ada plak tempoyak blacan tu..pergh...tau2 bertambah2 nasi

    BalasPadam
  12. Samalah saya pun suka meratah ikan, biasa goreng lebih. Hidangan begini memang berseleralah makan. Ada ikan, pasti ada sambal. Tak kisahlah sambal apa. Janji sambal.

    BalasPadam