Pages

Khamis, 1 Februari 2024

Top Komentator Mac 2022 - Januari 2024 Amie's Little Kitchen

Bismillahirrahmanirrahim.
Terakhir entri berkaitan Top Komentator pada Februari 2022: TOP 10 COMENTATORS BLOG AMIE'S LITTLE KITCHEN FEBRUARI 2022. Terima kasih tidak terhingga kerana selalu singgah memeriahkan blog kita yang seadanya ini. Hari ini kita baru menyedari hampir dua tahun tidak membuat analisa ... eh, jadi data pulak! Di bawah ini Amie kongsikan para tetamu yang sudi dan sabar membaca celoteh kita dan meninggalkan komen. Amie sangat menghargainya. 10 senarai nama di antara mereka ialah :

                               
Amie keluarkan 10 nama sahaja, dan bukan bererti tidak menghargai yang lain. Kehadiran kalian ke dapur Amie semuanya sangat bererti, apatah lagi dengan meninggalkan komen yang manis. Dan di antara 10 nama yang tersenarai di atas, Amie memilih tujuh penerima penghargaan, mengikut tujuh warna pelangi: merah, jingga, kuning, hijau, biru, nila, dan ungu. Untuk rakan yang lain, in syaa Allah ada rezeki pada masa yang lain pula.

Pengiraan adalah berdasarkan jumlah komen yang ditinggalkan sejak Mac 2022 - Januari 2024 iaitu selama 723 hari. Tahniah untuk pengomen yang bertuah:

Hadiah belum dapat dikirimkan kerana belum lagi ada di tangan Amie. In syaa Allah pertengahan Februari 2024 hingga awal Mac 2024 Amie akan jalan-jalan ke luar negara, dan mudah-mudahan dapat bawa oleh-oleh pulang ke tanah air untuk dijadikan hadiah penghargaan buat ketujuh-tujuh pengomen bertuah di atas.

Sebelum itu, Amie minta ketujuh-tujuh rakan blogger yang tersenarai menghantar nama, alamat dan nombor telefon. Memang ada di antara mereka Amie sudah ada maklumat, tetapi untuk memastikan semuanya betul dan terkini, jadi Amie minta emailkan sekali lagi details ke emel salamiez@gmail.com

Terima kasih!

41 ulasan:

  1. tahniah semua...nama saya masih belum masuk pencalonan hihihi
    wahh kak amie akan terbang lagi kemana agaknya tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah Afzan, masuk pencalonan juga nanti.
      Terbang-terbang ke sanun hihihiii.

      Padam
  2. alhamdulillah . tahniah untuk kaki-kaki komen

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, tahniah pada semua pemenang..

    BalasPadam
  4. Ya Allah.. banyak betul masa lapang yang nama Sk tu mengomen smpi lebih 800 kali ya??? 🤣🤣🤣🤣

    Tapi, sy memang suka baca cerita Kak Amie, haruslah tinggalkan komen lepas baca, kannn. Nnati sy email ya.

    Terima kasih, Kak Amie. Syukur Alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama kasih SK.
      Terima kasih meriahkan dapur kita.
      Details dah Kak Amie terima ye.

      Padam
  5. wahhhh tahniah semua. bakalan dapat hadiah dari luar negara tu uoolllls

    BalasPadam
  6. alhamdulillah...tahniah semua...
    semoga dipermudahkan perjlanan kakAmie nanti..tak sabar nk tgu cerita yang itu pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Linda.
      Terima kasih doanya. Nanti Kak Amie kongsi cerita ya.

      Padam
  7. waahhhhh tahniahhh semuaaaa org-org hebat rajin komen ni hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ana.
      Tanpa pengomen siapalah Amie's Little Kitchen hihihii.

      Padam
  8. Eh ..nama SA masuk carta jugak...700 komen..wah..rajin betul seketul SA kat situ ..

    BalasPadam
  9. Lama tempoh kumpul komen. Hehe.
    Selamat melancong.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru ada kesempatan untuk update komen.
      Terima kasih NA.

      Padam
  10. Selamat buat semua komentator 👍

    BalasPadam
  11. Tahniah semua... nama yg familiar semua ni... hehehe

    BalasPadam
  12. Tahniah semua. dalam pada sendu tahun lepas pun nama ada dalam senarai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sal.
      Tahun ni dah tak sendu kan Sal.

      Padam
  13. 723 hari? Peh, lama tu, gajet tu nak loading, sebab banyak hari. Hehe.. tahniah semua yang tersenarai!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergi buat semakan dan tetapan jumlah hari di bahagian reka letak, tak sampai dua minit dapat result.

      Padam
  14. eehh ehhh siapa yg nombor 7 tu?
    hahahaha
    tahniah untuk semua!
    mmg kaki BW
    tp bukan sy
    hahahaha

    nanti sy WA kak amie alamat ya...

    your warmth and generosity are truly appreciated...
    terima kasih banyak2 kak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama kasih Anies.
      Memang bukan kaki BW... tapi tangannya tu hihihiii!

      Padam
  15. ingatkan nama dana tak tersenarai kak, almaklum kadang tak terkejar entri akak heheheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada Dana.
      Hahaaa... terkejar-kejar ye Dana. Aktiviti menyihatkan tu.

      Padam
  16. Masyaa Allah...saya pun tak terasa sebanyak itu mengomen..Suka singgah sini acam singgah mini library..banyak info..
    Terima kasih Cikgu!
    Tahniah juga rakan rakan lain...
    Selamat menjelajah indahnya dunia ciptaan Allah...Swmoga Allah mudahkan urusan dan mancatat sebagai indah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama kasih Mama Cella.
      Terima kasih doanya. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan kembara saya kali ini.

      Padam
  17. Saya blm lama kenal blog kak Amie, jadi tak bisa sebanyak mereka di atas 🤣. Anyw, congrats untuk semua pemenang 🎉🎉🎉🎉. Blog kak Amie memang selalu menarik dibaca. Makanya saya rajin tandain sampai di mana trakhir baca, lalu sambung lagi.

    BalasPadam
  18. uishhh... alamak.. saya pun sangka dok jadi tukang komen je.
    Minta maaf kot ada yang terkasar bahasa ye cikgu😉

    BalasPadam
  19. Eh eh saya tersenarai jugak ye. Terima kasih Kak Amie, nanti saya hantarkan details. Maaf lambat.
    Tahniah untuk semua top komentator.

    BalasPadam