Pages

Rabu, 31 Januari 2024

Cerita Tentang Ikan Kembung

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom sembang-sembang tentang ikan kembung. Nama ilmiahnya  Rastrellinger sp.
Siapa tak kenal ikan kembung dan siapa yang tak pernah makan ikan kembung? Kalau ke pasar dan melihat rupa bentuk ikan yang seakan sama dengan ikan kembung, kita akan akan itu ikan kembung! Dan ada juga yang memanggil ikan selar dan ikan selayang itu juga sebagai ikan kembung!

Ikan kembung ada keluarga dan jenisnya. Begitu juga dengan ikan selar dan ikan selayang yang kadang-kadang dituduh sebagai ikan kembung juga.... ahaks!

Sebenarnya Amie pun tidak banyak ilmu tentang jenis ikan. Tapi apa salahnya kita kongsi ilmu yang ada. Mana yang salah silap itu bolehlah sama-sama dibetulkan.

Cuba lihat dua gambar di bawah ini. Ada beza tak di antara Gambar Ikan (1) yang di atas dengan Gambar Ikan (2) yang di bawah?

Gambar Ikan (1)


Gambar Ikan (2)

Amie pun selalu keliru apabila melihat ikan di atas. Apabila bertanya kepada peniaga ikan, Gambar Ikan (1) dipanggil ikan lumahan (bahasa tempatan Sabah). Gambar Ikan (2) juga dipanggil ikan lumahan. Bezanya ialah Gambar Ikan (1) ialah ikan lumahan jantan dan Gambar Ikan (2) ialah ikan lumahan betina. 

Nama panggilan untuk ikan kembung @ mackerel termasuklah:
  • Ikan Temenung
  • Ikan Mabong
  • Ikan Lumahan / Rumahan
  • Ikan Kembung Pelaling
  • Ikan Kembung Borek
  • Ikan Kembung Lampai
  • Ikan Kembung Hitam

    Sumber : Talk About Fish
Di Indonesia pula nama ikan kembung @ mackerel ialah:
  • Kembung Banjar, Kembung Lelaki, Kembung Perempuan, Banyar (Jawa Barat/Jakarta)
  •  Gombong (Jawa Tengah)
  •  Banyar (Jawa Timur)
  •  Bulus Lake (Madura) Banyara’, Botto’-Botto’ (Sulawesi Selatan)
  • Sangsaa, Kapa Pole, Kapure (Sulawesi Utara)
  • Rumah-Rumah (Sulawesi Tenggara)
  •  Kawalinya, Lena, Lema Lao (Ambon)
  •  Tatari, Geser, Rumah-Rumah (Saparua)

    Sumber : Cakrawala
Setakat ini Amie hanya dapat mengenali perbezaan bentuk tiga jenis ikan kembung seperti di bawah ini:
  • Ikan Kembung Pelaling
  • Ikan Mabong (Lumahan / Rumahan)
  • Ikan Temenung / Temenong

Ikan Kembung Pelaling

Ikan Mabong (Lumahan / Rumahan)

Ikan Temenung


Di antara beberapa jenis ikan kembung, nampaknya Amie jarang sangat jumpa ikan temenung / temenong. Apa pun namanya, ikan kembung memang sangat terkenal di negara kita dan sentiasa menjadi pilihan suri rumah untuk menjadikannya sebagai lauk yang enak untuk keluarga. Selain digoreng, ikan kembung sedap dimasak dengan apa cara sekali pun termasuklah dipanggang, asam pedas, asam rebus, masak kari, masak tempoyak, diapakan lagi....dipercikkan dan sebagainya.

Ikan Kembung Pelaling



Ikan kembung dikatakan memiliki manfaat kesihatan yang tidak kalah dengan ikan salmon. Ikan kembung mengandungi banyak nutrisi dan vitamin termasuk omega-3, protein, selenium, iodine, fosfor, Vitamin B2, B6, B12 dan Vitamin D. Antara lain khasiatnya termasuklah:
  • Mengendalikan kadar gula rendah.
  • Mengatasi peradangan.
  • Menjaga kesihatan tulang.
  • Membantu menurunkan berat badan.
  • Mencegah penyakit jantung dan stroke.
  • Mencegah kanser payu dara.
  • Membantu tumbesaran bayi.
  • Memanjangkan usia.
  • Menambah massa otot.

    Sumber : 11 Manfaat Ikan Kembung dan Kandungan Nutrisi di Dalamnya 
Sekian.
Sedikit perkongsian tentang ikan kembung yang memang sinonim dengan kehidupan harian kita.

32 ulasan:

  1. Rupa nak sama je susah nak beza 😬

    BalasPadam
  2. Ooh...ikan pelaling & temenung tu pun ahli keluarga ikan kembung jugak rupanya. Sama tapi tak serupa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha, bila berkeluarga memang rupa sama tapi tak serupa.

      Padam
  3. Sebelah utara, saya kenal ikan Temenung je. Duduk Kl, terus pening kepala. Macam-macam nama, rupanya sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan temenung antara yang tersedap di antara keluarga kembung.

      Padam
  4. Selalu geng macam ikan kembung ni memang kena baca label kalau tak memang tertukar..

    BalasPadam
  5. Antara ikan yang paling saya sukam.
    Kalau belah utara ada sejenis temenung dipanggil Temenung Lemak Pangkor..Katanya hanya ada diperairan Pulau Pangkor..Ikannya macam pelaling tapi isinya lembut dan rasa yang sangat berlemak..Direbus cicah air asam pun sedap banget

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun keluarga kembung, tapi ada kelainan rasa. Nampaknya Temenung Lemak Pangkor ini istimewa betul kan Mama Cella.

      Padam
  6. Paling mudah didapati ikan kembung ni.
    Goreng makan panas-panas.. sedapnya lahaii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Goreng lembik-lembik, makan dengan nasi tuang kicap...aduhai!

      Padam
  7. Uncle ni tak kenal ikan...
    Tau ikan jaws je...

    BalasPadam
  8. cantiknya gambar makanan yg sis ambil... nak belajar ambil mcm ni lah.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hentam saja ambil gambar tu asalkan nampak isinya. Silakan Lady.

      Padam
  9. Ldy tak kenal ikan, ikan selayang ngn ikan keli je ldy kenal :((

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan selayang dan keli pun banyak saudara maranya hihihiii.

      Padam
  10. kami yg area utara selalu sebut ikan temenung je semua adik-beradik dia hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo belah-belah utara memang terkenal dengan ikan temenung ye.

      Padam
  11. Sy kenal juga ikan kembung ni dan bolehlah bezakan yg mana selayang dan selar. Cuma jenis² ikan kembung tu sy keliru sikit. Rupanya bentuk badan dia tu membezakan kembung jantan dgn betina ya. Lepas ni jika ke pasar mesti lama sikit sy peehati kembung tu 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, SK. Rasanya yang kembung jantan tu biasa kita panggil pelaling. Yang kembun betina tu kita panggil mabung.

      Padam
  12. kalau ikut husband gi pasar...semua ikan yg mcm kembung mmg ammi nampak kembung selagi apek tu tak ckp "ini mambong, ini kembung"...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah Ammi.
      Asal nampak rupa kembung saya pun panggil kembung juga.

      Padam
  13. Sekilas nampak sama ya kak..biasanya saya di buat kuah asam kuning atau sate kembung.

    BalasPadam
  14. mama saya panggil ikan pede
    hhaha
    sy prefer goreng banding msk lauk berkuah
    sbb sedap ratah or cicah kicap limau
    dan ikan ni paling senang nak siang
    hahaha

    BalasPadam
  15. Bisa mereka bedakan mana ikan jantan mana ikan betina yaa 🤣🤣. Saya lihat nya saja dah pusing, tak tau beda hahahaha.

    Ikan kembung yg suka anak saya yg pertama. Saya, suami dan anak bungsu, tak suka 😂. Tapi memang kami tak seberapa suka ikan, kecuali di bakar. Makanya saya jarang masak ikan di rumah kak, tak pernah pun.

    Krn yg suka cuma anak wedhok. Jadi kalo dia teringin, dah laah, beli saja 🤭

    BalasPadam