Pages

Jumaat, 2 Februari 2024

Ikan Mabong Goreng Salut Tepung Yang Rangup!

Bismillahirrahmanirrahim.
Dua hari lepas Amie kongsikan jenis ikan kembung yang biasa kita jumpa dan makan : CERITA TENTANG IKAN KEMBUNG. Kelmarin Amie goreng Ikan Mabong Goreng Salut Tepung. Ikan mabong juga dikenali dengan nama ikan kembung betina.

Ikan Mabong Goreng Salut Tepung

Ikan Kembung Jantan


Sekali lagi Amie paparkan ikan kembung jantan (gambar atas) dan ikan kembung betina (gambar bawah). Ikan kembung jantan isinya lebih tebal berbanding ikan kembung betina. Ada beberapa kali juga Amie makan ikan kembung goreng salut tepung sewaktu bercuti di Malaya. Terakhir kami makan di Pantai Klebang, Melaka. Amie dapati kebanyakan peniaga menggunakan ikan mabong (ikan kembung betina). Mungkin ikan mabong lebih nipis berbanding ikan kembung jantan yang agak berisi. Jadi kalau digoreng, cepat pula masaknya.

Ikan Kembung Betina

Amie goreng ikan mabong dengan tepung tapi gunakan resipi sehabis ringkas. Jika suka boleh tambah rempah yang digemari seperti ketumbar dan jintan manis. Rempah tadi ditumbuk asal pecah sahaja kemudian campurkan dalam adunan.

Apa pun walau tiada rempah, rasa Ikan Mabong Goreng Salut Tepung tetap sedap! Firdaus dan Encik Suami leka meratah serdaknya! Sudahlah rangup, sedaplah pula.

Resipi Ikan Mabong Salut Tepung
Bahan-bahan:

  • 5 ekor ikan mabong - bersihkan - cuci bersih - tos
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 biji telur - ambil kuningnya
  • air sejuk (dari peti sejuk) 1/2 - 3/4 cawan atau secukupnya - untuk adunan tidak cair / tidak pekat
  • garam / perasa pilihan
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • minyak
Cara:
  1. Dalam satu bekas, campurkan kesemua bahan kecuali minyak dan ikan.
  2. Adun sehingga sebati.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Setelah minyak benar-benar panas, celupkan ikan ke dalam adunan tepung dan masukkan ke dalam kuali.
  5. Goreng hingga masak atau sehingga kuning keemasan.
  6. Angkat dan toskan.
Lebihan adunan tepung beras tadi bolehlah dipercik-percikkan ke dalam kuali, goreng untuk dijadikan serdak dan bubuh atas ikan goreng.

Ikan Mabong Goreng Salut Tepung Yang Rangup!

25 ulasan:

  1. Saya tak tahu nak bezakan jantan dan betinanya 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun dulu tak tahu.
      Cuba tanya peniaga sebab ada dua jenis ikan, rupa sama kenapa harga berbeza. Yang betina lebih murah dari yang jantan.

      Padam
  2. uihhh
    ni mcm dah pegi ICT kat terengganu ni kak
    hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti nak pi juga ke ICT Terengganu. Nak rasa juga cemana ICT di sana.

      Padam
  3. tengok pun dah tahu keranggupannya, dpt lak ikan yg fresh manis lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang rangup Dana. Angkat dari kuali tak sabar nak meratah.

      Padam
  4. sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya...hihi
    nak cuba buat juga la kak..biasa makan di terengganu belum pernah buat sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau buat sendiri bolehlah sesuaikan dengan citarasa. Boleh tambah bahan yang kita suka.

      Padam
  5. saya main beli je mana tahu jantan ke betina hahaha, lepas ni boleh perhati sebelum beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang-kadang ada betina jew yang dijual, atau jantan jew yang dijual. Senang nak bezakan kalau ada dua-duanya.

      Padam
  6. Ada stok ikan ni boleh la try masak camni.

    BalasPadam
  7. Info baru ni Kak!
    Kalau mcm ni punya gaya, masak sendiri lagi sedap ni Kak Amie, kalah kedai ni hihi

    BalasPadam
  8. Sedap ni Kak Amie. Memang suka sangat celup tepung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap Mulan. Selain ikan, boleh juga untuk goreng udang, sotong dll.

      Padam
  9. sedapnye ikan celup tepung ni... biasa kami di sini byk makanan cenggini.. kalau kak dtg terengganu meh kite g makan celup tepung .. :D tp sbnrnye yg buat sendiri lg sedap.. fresh..

    BalasPadam
  10. sedapnya celop tepung. kekadang kalau time rajin celop sekali udang dan sotong. nak pi terengganu entah bila kan buat sendiri jela kat rumah. hihihih

    BalasPadam
  11. Wah...menarik...nanti bik kg dapat ikan segar nak cuba

    BalasPadam
  12. Dulu masak mula mula balik duk kelantan kerap makan ikan celup tepung ni. Cicah dengan sos sedapnya...

    BalasPadam
  13. Terlapar liat serbuk2 bumbunya itu, pasti sedaaap diratah ke nasi kan 😍😍😄.

    BalasPadam
  14. Selalu keliru dua jenis ikan ni. Lahh baru tahu nama ikan mabong tu ikan kembung betina. Sedap meratah kalau buat ikan celup tepung ni.

    BalasPadam
  15. apa sahaja yang dicelup tepung memang sedap kan

    BalasPadam