Pages

Rabu, 7 Februari 2024

Ikan Pari Masak Asam Pedas dengan Bunga Kantan Hasil Tanaman Sendiri

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Amie masak ikan pari. Pada mulanya Encik Suami cadangkan masak pecak iaitu ikan pari dibakar, dan kemudian tuangkan kuah santan yang dicampur dengan cili padi hijau dan kencur. Entah macamana, apabila masuk dapur terpandang bunga kantan, kita pun terus siapkan bahan untuk masak asam pedas!

Ikan Pari Masak Asam Pedas


Entah suudah berapa hari bunga kantan nan sekuntum ini terletak di dapur. Encik Suami yang cantas dari rumpunnya. Mungkin memikirkan bunga kantan yang semakin layu dan akan jadi buruk, jadi kita pun terus terfikir untuk masak asam pedas. Tambahan pula, ada daun kesum. Jadi memang cukup lengkaplah bahannya.

Sekarang ini kalau hendak beli bunga kantan sekuntum pun terpaksa berkira. Kadang-kadang harganya mencecah RM3.00 sekuntum. Syukurlah kami ada serumpun pokok kantan yang sentiasa berbunga sekuntum dua, namun selalu ada. Bolehlah untuk masak asam pedas, buat kuah laksa atau dijadikan bahan untuk kerabu.


Rajin-rajinlah berbunga wahai pokok kantan!


Bunga kantan yang tidak dipetik, beginilah jadinya.


Pokok kantan ada banyak jenis mengikut warna bunganya seperti:
  • Tulip Pink
  • Red Tulip
  • Merah Delima
  • Putih
  • Merah Jambu
  • Merah Jambu Terang
Agak-agak bunga kantan kami ini ikut kategori warna yang mana satu?

Walaupun kelopak di bahagian luarnya sudah agak layu, tetapi apabila dibuka kelopak di bahagian dalam masih elok.

Amie gunakan dua jenis asam iaitu asam jawa dan asam gelugur. Sebabnya, hendak habiskan pati asam jawa yang tinggal seco'et, dan hendak rasa kuah lebih masam sedikit.

Resipi Ikan Pari Masak Asam Pedas
Bahan-bahan:

  • 500 gram ikan pari yang sudah dipotong-potong
  • 7 tangkai kacang bendi - cuci - potong tampuk dan ekor
  • 2 biji tomato - belah 4
  • 7 tangkai kesum
  • 1 kuntum bunga kantan - belah 2
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 1 keping asam gelugur - jika hendak lebih rasa masam
  • 8ml air
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:

  • 15 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu kecil belacan
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia

Cara memasak:

  1. Celur kacang bendi hingga masak. Angkat dan rendam dalam air sejuk supaya kekal warna hijau segar.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar serta serai hingga terbit minyak.
  3. Tuangkan bancuhan air asam jawa. Biarkan mendidih dan terbit minyak sekali lagi.
  4. Masukkan air dan biarkan kuah mendidih.
  5. Seterusnya masukkan asam gelugur, ikan pari, bunga kantan dan daun kesum.
  6. Setelah ikan masak, masukkan tomato, garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
  7. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
  8. Masukkan kacang bendi yang yang direndam dalam air sejuk tadi.
Ikan Pari Masak Asam Pedas

Lebihan masakan asam pedas ini bolehlah cicah dengan lempeng esok! Lama dah tak melempeng. Rindu pula nak makan lempeng cair.

23 ulasan:

  1. menyelerakan betul ikan pari masak asam pedas ni , eh baru tahu rupanya bungaa kantan ni ada banyak jenis warna , CCL ingatkan warna tue ikut kematangan bunga .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, banyak jenis dan aromanya juga berbeza. Ada bau kuat, ada yang kurang baunya.

      Padam
  2. Bunga kantan atau kecombrang termasuk yg selalu ada dlm kulkas sayang Krn memang buat masakan sedap. Dan saya selalunya buat sambal kecombrang. Wangiii jadi sambal dibuat.

    Untungnya kecombrang msh murah di sini kak 😅. Jadi terkadang saya beli banyak sekalian untuk stok seminggu . Ntah buat sambal atau nasi goreng 😄🤣. Kalo masakan berat, saya belum jago.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo... di sana dipanggil kecombrang rupanya. Teritama kasih kongsi istilah.
      Di sini bunga kantan sudah termasuk golongan kayangan. Syukurlah ada pokok sendiri.

      Padam
  3. Bunga kantan atau kecombrang termasuk yg selalu ada dlm kulkas sayang Krn memang buat masakan sedap. Dan saya selalunya buat sambal kecombrang. Wangiii jadi sambal dibuat.

    Untungnya kecombrang msh murah di sini kak 😅. Jadi terkadang saya beli banyak sekalian untuk stok seminggu . Ntah buat sambal atau nasi goreng 😄🤣. Kalo masakan berat, saya belum jago.

    BalasPadam
  4. Bestnya dapat tanam kantan sendiri. Kantan sangatlah mahal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, tengok harga tak sampai hati nak beli.

      Padam
  5. lama tak makan ikan pari masak asam pedas. petua benci tu saya pun suka buat. belajar dari rancangan masterchef. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak ingat dari mana dapat petua kacang bendi celur dulu tu.

      Padam
  6. sedapnya asam pedas....SA dah seminggu x masak ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rindunya nak masuk dapur kalau dah seminggu tak masak.

      Padam
  7. Kalau masakan asam pedas memang saya suka pilih ikan pari berbanding ikan lain.
    Nampak serasi 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kalau nampak asam pedas ikan pari di kedai makan, memang itulah yang diserbu dulu.

      Padam
  8. Bunga Kantan sy ada 3-4 kuntum lagi pemberian jiran tempohari. Ni Abang dah balik dari asrama, bolehlah meLAKSAnakan hajat buat laksa :D ada geng laksa hehe

    BalasPadam
  9. Di sini bunga kecombrang kak,memang sedap kalau di buat masakan,rasanya unik,..resep ikan asam pedas nya mantab 👍,biasanya ikan pari di bakar kecap atau gulai santan saja, belom coba yg masak asam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul Heni.
      Bonda saya suka sangat masak kicap ikan pari dan gulai santan.

      Padam
  10. Masak pecak tu sama kan dgn masak kencur? Aduhhh.. tapi rasanya masak asam pedas jugak yg paling sedap, Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SK. Masak pecak memang kena bubuh kencur.

      Padam
  11. ini sememangnya fav sy dulu kini dan selamanyaaaa
    tp sy prefer yg cair sikit
    sbb nak cicah dgn roti canai
    hari sy akan lebih indah bila dpt roti canai 3 keping cicah dgn asam pedas ikan pari
    wallaaaaaaa

    BalasPadam
  12. Kadang begitulah, nak masak lain terpaksa masak lain disebabkan nak menggunakan bahan yang ada. Iyeee kak Amie, sekarang ni bahan serba naik harga. Terkejut juga bila nak membeli tu harga naik kemain lagi.

    BalasPadam