Pages

Sabtu, 3 Februari 2024

Rendang Daging Istimewa di Hari Raya

Bismillahirrahmanirrahim.
Sekarang tiba giliran Rendang Daging Istimewa di Hari Raya pula untuk disiarkan. Sebenarnya masakan rendang daging ini sudah lama berlalu iaitu pada 19 April 2023. Biasanya Amie akan masak rendang lebih awal sebelum menjelang hari raya. Mengenangkan anak-anak akan bertanya: Mommy masak rendang tak? Jadi, kita pun sediakan mana yang larat. Maka, siapkan empat kilogram daging lembu direndang sebelum Fuad dan Fairuz sampai LD. Hari raya disambut pada 22 April 2023. Sempatlah rendang disimpan dalam freezer dan dipanaskan semula apabila hendak dihidangkan.

Setiap kali merendang daging, Amie akan gunakan resipi yang sama seperti di sini: RESIPI RENDANG DAGING MUDAH TAPI SANGAT SEDAP!

Sayangnya, disebabkan kesibukan masak dan menyediakan pelbagai lauk, serta melayan para tetamu pada hari raya tahun lepas, tak perasan pula tidak ambil gambar rendang daging yang dimasak. Gambar bahan merendang semua cukup lengkap, tapi hasilnya tiada. Tak apalah, Amie gantikan dengan gambar rendang daging tahun sebelumnya di bawah ini. Harap tahun ini tak lupa tangkap gambar setelah rendang sudah masak. In syaa Allah.

Rendang Daging



Ada pelbagai resipi memasak rendang daging. Amie lebih suka masak dan makan rendang daging tanpa kehadiran rempah ratus seperti kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan yang sewaktu dengannya. Mudah masak rendang dengan menggunakan bahan-bahan seperti yang tertera dalam resipi di bawah ini. Untuk mendapatkan rendang daging yang lazat, usahakan untuk gunakan santan kelapa yang segar. Satu lagi kena bubuh bawang lebih sebab bawang akan membuatkan rendang rasa manis semulajadi. Kalau hendak lebih pedas pula, gunakan cili kering yang jenis pedas, atau pun cili padi. 

Resipi Rendang Daging
Bahan-bahan:

  • 4 kg daging - potong ikut saiz dan ketebalan yang disukai
  • 4 liter santan dari 6 biji kelapa
  • 12 sudu besar kerisik
  • 4 keping asam gelugur
  • 12 helai daun kunyit - dihiris
  • 10 helai daun limau purut - buang urat belakang
  • 200 gram gula melaka
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:

  • 20 ulas bawang putih
  • 750 gram bawang besar
  • 500 gram bawang merah
  • 5 cm halia
  • 5 cm lengkuas
  • 5 cm kunyit hidup
  • 20 batang serai - hiris
  • 50 tangkai cili kering - jenis kurang pedas

Cara:
1. Tuangkan santan ke dalam periuk / kuali.
2. Masukkan daging lembu.
3. Tambahkan semua bahan kisar.
4. Masukkan gula melaka dan kerisik, garam /perasa pilihan secukupnya.
5. Masak bahan rendang menggunakan api besar sehingga mendidih dan kemudian perlahankan api.
6. Kacau sekali-sekala supaya rendang tidak hangus.
7. Apabila kuah mulai mengering, masukkan daun limau purut dan hirisan daun kunyit.
8. Jika suka rendang yang agak basah, tidak perlu tunggu sehingga kuah kering.
9. Padamkan api dapur.

4 kg daging lembu yang sudah dihiris.

Serai, halia, lengkuas dan kunyit hidup.

Daun limau purut, asam gelugur dan daun kunyit.

Gula melaka - boleh gunakan gula lain ikut citarasa.


Bawang besar, bawang merah dan bawang putih.

Bawang yang sudah dikisar.

Serai yang sudah dihiris.


Serai, lengkuas dan halia dikisar bersama.


Cili kering yang sudah dikisar.

Tuangkan santan ke dalam periuk.

Masukkan daging lembu.

Tuangkan cili kering kisar.

Tuangkan bawang kisar.

Tuangkan serai, halia dan lengkuas kisar.

Tuangkan kerisik.

Masukkan gula melaka.

Masukkan daun kunyit.

Besarkan api.
 
Nampaknya setakat ini sahajalah gambar yang ada.... ahaks! Oleh kerana anak-anak suka mencari kuah rendang, jadi Amie tidak tunggu sehingga rendang mengering. Amie terjumpa sekeping gambar rendang yang agak basah di bawah ini. Ini sahajalah gambar yang dapat diselamatkan, mungkin terlepas dari kena 'delete'.

Rendang Daging Istimewa di hari raya.

Eh, tiba-tiba teringin pula makan rendang! In syaa Allah, tahun ini akan merendang lagi. Bukan anak-anak sahaja yang tunggu rendang air tangan kita, anak-anak buah pun sama. Alhamdulillah. Kalau rajin, tahun ini hendak masak rendang lebih sikit.

Tajuk entri ada perkataan 'istimewa'. Jadi apa yang istimewanya rendang daging ini. Sudah tentulah rasanya yang sangat sedap. Itulah yang istimewanya.

Berapa hari lagi akan menjelang Ramadan ye?

13 ulasan:

  1. sedapnya...makan dgn lemang & ketupat....tahan lama rendang..kekdg raya ke-2, 3 pun masih sedap..

    BalasPadam
  2. Sy tengok pun ramai yg suka resepi yg tak bubuh rempah ratus. Mesti sedap resepi Amie ni sbb byk serai.
    Betul juga style Amie buat awal2, mlm raya dah tinggal pasang langsir & susun kuih raya.

    BalasPadam
  3. Tengok rendang...Rindu pulak raya PKP..tapi tak mau la ulang...sekadar rindu...

    BalasPadam
  4. banyaknye bahan2 merendang ni kak .. ldy x pernah buat.. ldy tukang makan jerk.. huhuhuhu.. sebakla pulak rasa.. kene belajar supaya anak2 dapat rasa masakan rendang seorang ibu Ladybird.. :D

    BalasPadam
  5. Rendang ini memang hidangan favorit di hari raya, Mbak. Saya kira setiap rumah tangga pasti menyiapkan rendang ini, sebagai hidangan baik untuk keluarga maupun untuk kerabat yang datang bersilaturahmi.

    Kalau kebiasaan kami di Jawa Barat, suku Sunda khususnya, selalu juga mempersiapkan opor ayam dan ketupat. Sampai ada candaan, "tak sempurna hari raya kalau tak ada opor ayam dan ketupat..."

    Salam kenal dan salam persahabatan,

    BalasPadam
  6. tak lama lagi dah nak sambut puasa lepas tu raya. boleh la buat rendang ni. makan dengan ketupat palas sedapnya la. payah nak cari daun gelugor tu. memang sedap ni.

    BalasPadam
  7. Kalau hidangan daging di pagi raya ni selalunya saya akan masak daging yang opah saya selalu masakkan di pagi raya. Rindu time tu.....

    BalasPadam
  8. Lupa nak snap pic bila rendang dah kering ya, mesti masa tu sibuk pula menyediakan hidangan sampingannya. Dulu, inilah resepi rendang sy tapi kini sy tambahkan ketumbar dan dua jenis 'jin', heheheh.

    BalasPadam
  9. Sedapnya rendang . Lagi-lagi kalau ada hirisan daun kunyit tu . Aroma rendang lgi membangkit

    BalasPadam
  10. Sama la cara Kak Amie masak rendang dngan SA..tahun ni insyaallah buat lagi..

    BalasPadam
  11. Mantab....recipenya sangat detail...mbul pengen praktikkan ah kapan kapan...soalnya suka daging sapi direndang kak

    BalasPadam
  12. Dah terbayang wanginya rendang itu 😍😍😄. Saya pun suka rendang yg masih basah kak. Kalo di sini sebut Kalio. Kalo dah kering baru rendang namanya .

    Mama kalo dah buat rendang, pasti hitam sangat kayak rendang aslinya di Padang sana. Tapi selalu saya minta ke mama, pas masih dlm bentuk Kalio, sisakan buat saya 😄. Krn Tak terlalu suka yg kering.

    BalasPadam
  13. Samalah kalau dikampung, masak rendang daging sehari awal sebelum raya. Cara masak pun senang macam kak Amie juga. Tak perlu tumis bagai. Menyelerakan betul tengok rendang daging kak Amie. Dah terasa macam vibes raya dah ni walaupun cerita raya tahun lepas.

    BalasPadam