Pages

Sabtu, 3 Februari 2024

Ikan Pari Rebus Air Asam

Bismillahirrahmanirrahim.
Ikan Pari Rebus Air Asam ini tersimpam di galeri HP sejak 07 Disember 2023. Hari ini barulah tiba giliran dijadikan entri. Kesian dia! Sabar sajalah.... ahaks!

Walaupun sudah hilang ditelan masa, namun kelazatannya masih terasa melintasi tekak. Kalau ada yang tolak lauk begini, rugilah dia kan.

Hendak menyediakannya sangatlah mudah. Tak cerewet memerlukan banyak bahan. Hanya perlu rebus, dan kemudian masukkan bahan air asam. Amie gunakan sedikit sahaja pati asam jawa, kerana Amie hendak 'masamkan' dengan jus limau kasturi.


Resipi Ikan Pari Rebus Air Asam

Bahan-bahan:
  • 4 keping ikan pari - bersihkan
  • 1 sudu kecil pati asam jawa
  • 2 sudu kecil belacan bakar - hancurkan
  • 5 biji limau kasturi - ambil jusnya - boleh kurang / lebih ikut kemasaman yang disukai
  • 11 biji cili padi - hiris
  • 1 biji tomato - hiris
  • 3 biji bawang merah - kupas kulit - hiris
  • 2 cawan air - boleh tambah jika suka kuah banyak
  • garam / gula / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Masukkan air dalam periuk. 
  2. Masukkan ikan pari. Biarkan sehingga air mendidih dan ikan pari mula masak.
  3. Kemudian masukkan pati asam jawa, belacan bakar, hirisan cili padi dan hirisan tomato serta hirisan bawang merah.
  4. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
  5. Akhir sekali tuangkan jus limau kasturi.
  6. Padamkan api dapur.

Ikan Pari Rebus Air Asam


10 ulasan:

  1. sedapnye lauk kak emie.. xpe, kite kosongkan draf lepas ni :D.. keluarkan satu persatu dalam draf..

    BalasPadam
  2. sedapnya Amie, kak ana nih kalau lah suami boleh makan belacan memang teringin nak buat air asam gini tapi rumah ni suami dengan anak tak boleh makan belacan, alahan depa :)

    BalasPadam
  3. SA suka menu macam ni sedap hirup kuah..

    BalasPadam
  4. Tak pernah masak ikan pari....kalau teringin nak makan beli je.....masak camni sedap tu makan dengan nasi.....

    BalasPadam
  5. Kalau masakan cikgu tak pernah tak terliur....Ikan pari segar pastinya sedap...kalau tempat saya di Kedah..guna ikan ketuka ( tak tau la anak pari atau memang jenia kecik)

    BalasPadam
  6. Sy pernah makan ikan pari air asam yg dimasak kakak kantin.

    BalasPadam
  7. Boleh masak ni... ikan dah ada. Cuma tang belacan tu...

    BalasPadam
  8. Naaaah ikan pari Ini termasuk yg saya sukaaaa kak Amie. Ikan pari, dan ikan hiu, Krn 2 ikan ini biasa dimasak di Tapanuli tengah, kampung saya . Biasanya dimulai. Tapi dibakar pun sedaaap.

    Saya blm pernah rasa kalo dimasak asam. Tapi kalo ikannya pari, saya yakin bisa suka 😄👍

    BalasPadam
  9. Kalau saya kena tolak kak Amie sebab tak makan ikan pari. Kena tukar ikan kembung. hihi..Tapi lauk ni memang menyelerakan. Lagi-lagi kalau puasa tu, tak pandang lauk lain dah.

    BalasPadam