Pages

Sabtu, 10 Februari 2024

Antologi Cerpen Kanak-Kanak Kisah Dongeng : Si Nelayan dan Sang Penyu

Bismillahirrahmanirrahim.
Buah tangan pertama tahun 2024 : Inspirasi Kisah-Kisah Dongeng - Dunia Kita.
Terima kasih Cik Thanusya Shanmuganathan selaku penyelenggara, editor penyelaras Tuan Nurimas SN Akademik Sanggar Nurimas dan penerbit Nurul Syahida Hassan atas usahasama merealisasikan kelahiran Dunia Kita.

Antologi Cerpen Kanak-Kanak : Dunia Kita


Meminjam prakata editor penyelaras Nurimas SN:
Antologi Cerpen Kanak-Kanak Kisah Dongeng ini merupakan karya adaptasi yang terinspirasi daripada kisah lama tetapi diberi nafas baharu. Kebanyakan kisah berkisar kepada dunia yang hampir dengan kanak-kanak seperti dunia fantasi, haiwan kesayangan, hobi, keluarga, sekolah dan rakan sebaya.

Kulit muka depan dan belakang buku.


Buku ini mematuhi prasyarat sebagai bahan bacaan untuk peringkat kanak-kanak dan murid sekolah rendah. Nilai murni serta pengajaran yang dapat diambil daripada cerita-cerita yang disampaikan amat sesuai untuk diamalkan.



Memanglah menjadi harapan kita, agar generasi akan datang dapat memanfaatkan buku-buku cerita sebagai wahana meningkatkan literasi bahasa. Kita bimbang, dalam ledakan digital menggila dewasa ini, kanak-kanak akan tambah leka dengan gajet dan alam siber hingga mengabaikan keseronokan membaca.



Di antara 16 orang penulis pelbagai latar dan profesion yang menangani antologi ini, terselit sebuah hasil karya Amie bertajuk: Si Nelayan dan Sang Penyu.



Si Nelayan dan Sang Penyu mengisahkan seorang nelayan yang mengalami nasib malang kerana tidak mendapat hasil tangkapan  ketika memukat ikan di laut. Si Nelayan berasa sangat susah hati memikirkan anak-anak dan isterinya yang terpaksa menanggung lapar kerana tidak ada hasil jualan ikan bermakna tidak ada wang untuk membeli makanan. Suatu malam ketika Si Nelayan sedang duduk termenung di bawah pokok merambung di tepi pantai, tiba-tiba dia dikejutkan suara tangisan hiba seekor penyu.

Rupa-rupanya Sang Penyu menangis kerana bimbang memikirkan nasib telur-telurnya yang tidak sempat menetas kerana diambil oleh manusia, atau dimakan burung helang serta biawak. Si Nelayan menawarkan dirinya untuk menjaga telur-telur Sang Penyu sehingga menetas. Sang Penyu sangat berterima kasih dan mendoakan agar anak-anak dan isteri Si Nelayan sentiasa sihat dan rezeki mereka sekeluarga bertambah.

Si Nelayan berbincang dengan isterinya mengenai cara menjaga telur penyu memandangkan masa yang agak lama untuk menetas iaitu di antara 45 hingga 60 hari. Pada waktu siang, isteri dan anak-anak mereka mengawasi sarang telur penyu, manakala di sebelah malam Si Nelayan pula yang menjaganya.

Akhirnya mereka berjaya menunaikan harapan Sang Penyu. Setelah menetas, kesemua anak penyu dilepaskan ke dalam air laut yang sedang pasang, menuju ke habitatnya. 

Sejak hari itu Si Nelayan tidak lagi pulang dengan tangan kosong. Setiap hari bakulnya pasti penuh dengan pelbagai jenis ikan. Si Nelayan tidak lagi miskin. Perniagaannya menjual ikan bertambah maju. Hasil keuntungan berlipatganda yang diperolehi, Si Nelayan membeli kawasan pantai berpasir yang luas dan mengupah penduduk kampung untuk menanam pokok merambung. Pada musim penyu bertelur, ibu-ibu penyu suka membuat sarang telur di bawah pokok merambung yang berdaun lebat serta merimbun. Rimbunan pokok merambung ini menjadi pelindung kepada anak-anak penyu yang menetas daripada dilihat burung helang. Suhu di bawah rimbunan pokok merambung juga sesuai untuk proses pengeraman telur di dalam sarang pasir.

Begitulah cerita Si Nelayan dan Sang Penyu.
Apa agaknya mesej serta nilai murni yang disampaikan melalui cerita ini?


Sempena cuti akhir persekolahan sesi 2023/2024 jangan biarkan anak-anak anda hanyut dengan gajet dan alam siber. Selain untuk bacaan anak sendiri, buku ini juga sangat sesuai dijadikan hadiah kepada rakan-rakan anak sempena hari ulang tahun dan sebagainya. Kepada yang berminat untuk mendapatkan Dunia Kita ini, bolehlah berhubung terus dengan penerbit :NURUL SYAHIDA HASSAN

Dunia Kita


11 ulasan:

  1. Tahniah Kak Amie!
    Nampaknya buku ni sangat menarik 👍

    BalasPadam
  2. bagaimana hendak membeli antologi cerpen ini? Ada dijual di Shopee ke? Tahniah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abam Kie boleh berurusan dengan penjual dan penerbit buku Nurul Syahida Hassan - klik link di atas (entri).

      Padam
  3. Wahhh.. ini kisah baru, bukan kisah lagenda kan, Kak Amie.

    BalasPadam
  4. Saya suka belikan anak2 buku cerita, dan sering saya bacakan sebelum tidur. Mereka masih suka dengar bed time stories walopun dah besar 🤣.

    Menarik buku antologi karya Kaka dan penulis lainnya ini 😍.

    BalasPadam
  5. terbaik kak amie!
    tahniah!
    dalam sibuk sibuk tu
    dan lagi menulis!

    BalasPadam
  6. Cantik cover nya. Tulisannya pun cantik.

    BalasPadam
  7. Yang pasti ada pengajarannya yang boleh diambil. Teruskan berkarya Kak Amie. Tahniah kak Amie dapat menghasilkan karya lagi. Semoga lebih banyak dapat dihasilkan dimasa akan datang. Cover buku tu menarik dan sesuai sangat dengan isi dalamnya.

    BalasPadam