Pages

Ahad, 7 Januari 2024

Singgah di Bahulu Masri Sekinchan Selangor

Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan dari Hutan Melintang ke Tanjung Karang, Wak Kanang ajak singgah di Bahulu Masri di Sekinchan. Memang terujalah apabila masuk ke dalam kedai. Bukan sahaja ada bahulu tetapi juga pelbagai jenis kuih-muih tradisional yang tak terkira banyaknya. Di sebelahnya pula, mungkin tempat membakar bahulu. Kita tak sempat untuk teroka sebab hendak cepat.

Banyak sungguh makanan kering yang sedap-sedap dijual di sini. Kalau hendak jadikan buah tangan waktu berziarah, memang sesuailah pilih dan beli di sini sahaja. Kita sempat sambar bahulu, mini samosa inti ayam dan beberapa jenis kerepek.

Bahulu Cermai Masri  tiga perisa dalam satu bekas yang sempat dibawa menyeberang Laut China Selatan.



Kalau ikut arah perjalanan dari Perak ke Selangor, Bahulu Masri di Sekinchan terletak di sebelah kiri jalan.


Rambang mata hendak memilih pelbagai jenis kerepek!


Sekadar ambil gambar yang ada di depan mata sahaja!
Kalau berlama-lama di sini, lain jadi ceritanya nanti.





Setiap bekas berisi 40 biji bahulu cermai dengan harga RM19.00.

Selain Bahulu Cermai Masri, kita beli juga Bahulu Gulung Masri.


16 ulasan:

  1. skrg ni mcm2 perisa ada kat bahulu kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.
      Tapi tetap teringat bahulu air tangan orang dulu-dulu.

      Padam
  2. semua rasa nak sambar beli kan kak... heheheh dana yang tengok ni pun geram

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang banyak disambarnya ni Dana.
      Boleh bagi-bagi ahli keluarga.

      Padam
  3. Balasan
    1. Tetap teringat bahulu gulung Ayer Hitam Johor... saya pernah borong 100 gulung di sana sampai penjualnya terduduk mengira harga! Keenakannya tiada tandingan.

      Padam
  4. Kue kue dalam toples tuh imut imut tapi enak...nyam nyammm

    BalasPadam
  5. Rambang mata nak memilihnya kak Amie. Semua nampak macam nak je. hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik tak banyak masa diperuntukkan di sini Fizah. Kalau tidak, entah apa-apa yang dicapai tangan!

      Padam
  6. Kita pun nak pilih baulu gulung inti jem nanas homemade...peyeknya 4 segi juga menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringat baulu gulung emak kita buat duu-dulu time nak raya.
      Aromanya....aduuusss!

      Padam
  7. SA x pernah lagi makan bahulu ada inti ni kak...mesti sedap ni kan..banakna kerepek...

    BalasPadam
  8. Kue bahulu ini ada di mana2 yaaa. Indonesia pun ada, walo kami lebih menyebutnya dengan bolu. Dulu ingat saya suka makan kue bahulu berbentuk ikan 😄. Sedap, apalagi jadi teman minum teh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami juga menyebutnya bolu.
      Ejaan bahulu itu digunakan oleh orang Melayu.
      Ya, saya pun pernah makan bahulu bentuk ikan waktu kecil dulu, hasil air tangan Bonda di waktu bulan puasa untuk dijadikan kuih raya.

      Padam