Pages

Ahad, 7 Januari 2024

Makan Nasi Ambeng di Warung Ibu Tanjung Karang

Bismillahirrahmanirrahim.
Wak Kanang cadangkan kami untuk singgah makan Nasi Ambeng di Warung Ibu Tanjung Karang. Ketika kami tiba, jam sudah menghampiri angka 2:15 petang. Kalau tak silap Nasi Ambeng Warung Ibu tutup pukul 3:00 petang. Namun begitu masih terdapat pelanggan yang sedang beratur membeli makanan di situ. Lauk-pauk pun sudah berkurangan dan ayam masak kicap sudah habis. Yang tinggal hanya ayam goreng sahaja. 

Jadi, semuanya memilih nasi ambeng. Nasi dan lauk seperti serondeng kelapa dan sambal goreng jawa disendukkan oleh pelayan di situ. Lauk-pauk lain seperti kerabu sayuran, sambal belacan boleh ambil sendiri. Amie ambil sambal tahun belulang ke dalam mangkuk. 

Nasi Ambeng

Nasi Ambeng Warung Ibu terletak di Lot 216, Batu 6, Tanjung Karang Selangor.


Lauk-pauk nasi ambeng ini agak banyak sehingga menutupi nasi! Abang Farid kongsi makan dengan Firdaus. Kami hanya meminta enam pinggan sahaja. Encik Suami pun termengah-mengah untuk menghabiskan sepinggan nasi ambeng tersebut! Banyak baki lauk seperti mi goreng, sambal goreng jawa dan ayam goreng. Wak Kanang minta bungkus sahaja baki nasi ambeng itu.

Nasi Ambeng Warung Ibu

Sambal Tahun Belulang - RM15.00

Tidak dinafikan, Nasi Ambeng Warung Ibu memang sedap. Cuma lain kali kalau datang makan di sini lagi, eloklah makan sepinggan kongsi berdua.... ahaks!


Jumlah keseluruhan 6 pinggan nasi ambeng termasuk sambal tahun belulang dan air minuman : RM98.00

22 ulasan:

  1. Dah lama tak makan nasi ambeng, sedapnyaaa... 🤤

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Sedap Wak.
      Nak menghabiskan sepinggan tu memang terkulat-kulat jadinya hihihii.

      Padam
  3. terliurnya nengok nasi ambeng tu kak oi, lauknya penuh puas hati makan tu, sambal tahun kulit sedapnya.... payah nak jumpa kat kl ni kak. Kalau ke belah selangor sana memang banyak menu jawa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Dana... teruja tengok sambal tahun.
      Tak sesuai tu makan nasi ambeng dengan lauk berkuah.
      Akhirnya ratah saja sambal tahun tu.

      Padam
  4. Melimpah lauk nasi ambeng macam dalam dulang kenduri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. First time makan nasi ambeng di sini. Tak tahu pula begitu banyak isinya sampai melimpah ruah!

      Padam
  5. Lengkap lauk pauk nasi ambeng...kelihatan lezat dan bergizi...lauknya nikmat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Mbul.
      Tradisi masakan Jawa masih dikekalkan di negeri kami.

      Padam
  6. Alhamdulillah..ada juga rezeki menjamu nasi ambeng. Haa yelah kak Amie, besar porsinya tu. Accesories pun meriah. Makan kongsi berdua pun kenyang ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang konsep nasi ambeng makan beramai-ramai kan Fizah.
      Itu dalam dulang.
      Tapi rupanya dalam pinggan pun dibubuh banyak!

      Padam
  7. Biasa nasi ambeng memang kena makan kongsi 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sepatutnya begitulah ikut tradisi kita kan Faizah.

      Padam
  8. patut laa nampak mcm lain...rupanya tak ada ayam masak kicap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami datang waktu hampir tutup warung.
      Nampak kuah kicap saja dalam dulang lauk.

      Padam
  9. Masya Allah....nasi.ambeng sambal tahun....ngences

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patutnya saya makan saja sambal tahun tu kan Mama Cella.
      Tapi hati tamak nak makan juga nasi ambeng.

      Padam
  10. SA pernah makan beberapa kali cuma x pandai makan campur..apa SA buat, SA makan dulu mee goreng lepas tu yang lain- lain tu la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya orang kampung kami tak buat mi goreng tapi bihun goreng, lebih halus kalau digaul dengan nasi. Lain daerah lain lauk-pauknya kan SA. Memang ada sedikit beza.

      Padam
  11. Favorit saya juga nasi ambeng ini 👍. Kalo ke solo atau Tegal atau daerah Jawa Tengah, banyak sangat dijual. Tapi rasa berbeda2 tergantung yg masak 😄. Cuma kalo di sini porsinya pas untuk 1 orang kak. Tak terlalu banyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebut Solo, teringin saya hendak ke sana.
      Mudah-mudahan ada rezeki untuk terus berkunjung ke Pulau Jawa, menelusuri budaya nenek moyang yang entah asal dari mana.

      Padam