Pages

Ahad, 7 Januari 2024

Ziarah Mahabbah ke Tapah Perak, Bagan Tengkorak dan Sungai Yu di Tanjung Karang Selangor

Bismillahirrahmanirrahim.
Dari Nyelongkor Kedai Kopi kami bergerak ke Tapah. Tak ingat alamatnya tetapi kawasan perumahan di belakang penjara. Di situlah rumah anak sulung arwah Wak Perak, sepupu kami dengan panggilan Kak Mah tinggal.

Sebaik sahaja sampai, Kak Mah rasa sangat terharu dengan kunjungan kami, sambil memeluk Bonda, Kak Mah menitiskan air mata. Kata Kak Mah kepada Bonda: Saya ini lebih muda dari Bibik (Bonda), kenapa Bibik yang datang ziarah saya, bukannya saya yang ziarah bibik? Bibik masih boleh berjalan, saya sudah pakai tongkat.

Ya, Kak Mah kurang sihat. Suaminya sudah lama pergi menemui-Nya.

Begitulah, diringkaskan cerita setelah bertanya khabar dan menjamah makanan serta minuman yang disediakan, kami pun berangkat pergi meninggalkan rumah Kak Mah dengan harapan Kak Mah akan sembuh seperti sedia kala dan sentiasa sihat.

Bergambar kenangan bersama Kak Mah.


Kami singgah makan nasi ambeng di Tanjung Karang dan kemudian meneruskan ziarah ke rumah anak saudara Bonda, iaitu anak arwah Wak Kulon. Wak Kulon merupakan adik kepada Wak Perak dan kakak kepada Bonda. Nama sebenarnya bukanlah Wak Kulon. Oleh kerana tinggal di kampung sebelah utara (kulon dalam bahasa Jawa), jadi melekatlah panggilannya sebagai Wak Kulon.

Sekali lagi drama tangis-tangisan berlaku di antara Bonda dengan Kak Nor (anak Wak Kulon). Kata Kak Nor sepatutnya dia yang lebih muda datang ziarahi Bonda. Kata Bonda, tidak mengapa. Memang Bonda yang datang hendak ziarah atas cadangan Amie.

Di rumah Kak Nor, di Bagan Tengkorak.

Bonda dan Bik Niah.

Tidak ketinggalan, Bonda turut ziarahi adik iparnya di Sungai Yu Tanjung Karang. Beliau ialah adik perempuan arwah Ayahanda. Kami memanggilnya Bik Niah. Bik Niah sudah berumur 89 tahun. 

Kamu ini masih cergas berjalan. Datang pula ziarahi saya. Saya sudah tidak boleh ke mana-mana, kata Bik Niah kepada Bonda. Umur mereka tidak jauh beza. Bik Niah 89 tahun manakala Bonda 85 tahun. Walaupun uzur dan berjalan menggunakan tongkat, Bik Niah tetap hendak menyediakan air minuman untuk kami walaupun kami berkali-kali melarang!

Kami tumpang solat jamak takhir di rumah Bik Niah. Amie termenung seketika setelah selesai solat. Bagaimanakah cerita sendiri di penghujung usia nanti? Dengan keadaan uzur, sepi tanpa anak-anak di sisi. Sesungguhnya ziarah keluarga Bonda ini memberi seribu keinsafan dalam diri. Semoga insan-insan yang kami sempat ziarahi sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Dengan ini, tamatlah dua hari kami ziarahi sebahagian kecil sanak- saudara di Perak dan Tanjung Karang. In syaa Allah, kami berharap ada kesempatan untuk ziarah keluarga yang lain pada suatu masa nanti.

12 ulasan:

  1. Bila balik semenanjung ni dapatla berkunjung jumpa sedara mara ye kak... seronok la berborak kan lagila jarang dapat jumpa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Walaupun tidak lama, sekurang-kurangnya dapat bersua.

      Padam
  2. Kak Amie, sy juga insaf bila tengok pesakit² di hospital masa hantar kakak hr tu. Bagaimanalah pula nasib sy akan datang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun sangat insaf. Ada di antara saudara kami tinggal bersendirian.....

      Padam
  3. Sebak rasa bila melihat ibu bapa kita bertemu saudara mara yang dah lama tak bertemu. Syukur diberikan rezeki masa dan kesihatan berjumpa saudara mara jauh. Terfikir juga seperti yang kak Amie fikirkan. Semoga baik-baik sahaja. Allah tahu apa yang terbaik buat kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah semuanya akan baik-baik sahaja untuk kita kan Fizah.

      Padam
  4. Alhamdulillah.. dapatlah bonda menziarahi saudara. Pasti bonda seronok bila Kak Amie ajak berziarah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gembiranya hati Bonda dapat ziarah santai-santai ke rumah saudara mara.

      Padam
  5. Rasa macam hari raya pula kunjung mengunjung..Semoga semuanya dalam rahmat Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang macam raya kan Mama Cella.
      Oleh kerana hari raya pun tak semestinya dapat balik Malaya, jadi ambil kesempatan berkunjung waktu cuti.

      Padam
  6. Aaamiiin, semoga nanti kak Amie dipanjangkan usia tapi selalu sehat yaaa. Ada yg bilang silaturrahmi ini memperpanjang rezeki juga usia. Dulu saya tak terlalu suka datang ke trmpat2 saudara, bukan Krn kenapa2, tapi memang karena watak introvert saya. Tapi sejak nikah dengan suami, yg sangat ekstrovert, dia paling seneng kalo diajak silaturrahmi ke mana2 saudara. Dari situ pun saya belajar utk suka dan senang tiap kali diajak ke rumah saudara siapapun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Mudah-mudahan Allah kabulkan doa Fanny untuk Kak Amie.
      Ziarah begini memang menambah erat silaturrahim di samping berkesempatan untuk bersedekah dan menyampaikan rasa kasih sayang sesama sanak saudara.

      Padam