Pages

Isnin, 22 Januari 2024

Sejuk-Sejuk Manja di Bukit Fraser

Bismillahirrahmanirrahim.

Suhu sejuk di Bukit Fraser sekitar 17'-24' Celcius. Bukit Fraser terletak di dalam Mukim Tras di Daerah raub, Pahang. Walaupun kami memiliki tanah di Raub dan pernah berulang-alik dari Selangor ke Pahang tetapi kami tidak pernah singgah di sini.

Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser. Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah candu dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.

Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah diperbuat dari batu konkrit besar yang disusun dan disimenkan. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga. Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Tiada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, dan banyak selekoh berbahaya serta curam. Di sepanjang jalan, banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain plastik berbelang atau sedang diperbaiki. Kini bas boleh sampai ke puncak kerana jalan naik dan turun berasingan. Tiada lagi jadual untuk naik dan turun seperti dahulu. 

Selamat Datang ke Bukit Fraser


Kabus nipis menyelimuti persekitaran Puncak Inn Fraser's Hill.


Sempat bergambar di Menara Jam Bukit Fraser.


Bird Interpretive Centre Fraser's Hill

Pejabat Pos Malaysia






Klinik Kesihatan Bukit Fraser

Pondok telefon tapi berkunci.


Ini peti pos ke?
Tak ingat apa benda tempat Firdaus bergambar ni.


Firdaus berangan bermalam di sini!

Balai Polis Bukit Fraser terletak berhadapan dengan Puncak Lodge.
Oh! Dilihat dari angka 1919 di atasnya, Balai Polis Bukit Fraser ini sudah berusia 105 tahun! 

Terserempak dengan sekeluarga India membawa monyet dalam kereta!

Hujan!
Basah!
Sejuk!


Jomlah kita balik.


Alhamdulillah.
Dapat juga cuci mata walaupun hanya seketika berada di atas Banjaran Titiwangsa.
In syaa Allah, akan datang lagi. Kali ini hanya tengok-tengok saja suasana di Bukit Fraser.
Lain kali kalau bermalam di sini, boleh susun aktiviti melawat beberapa tempat menarik di sini seperti:
  • Banglo Glen - Little England of Malaysia
  • Allen's Water
  • Taman Flora Bukit Fraser
  • Restoran Strawberi Mimi

34 ulasan:

  1. Firdaus tak sejuk ke pakai lengan pendek? nampak best dan tenang je kat sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sejuk sangat kot. Kalau dia rasa sejuk selalunya bising mulutnya.

      Padam
  2. Saya suka suasana di Bukit Fraser ni, tenang je. Bangunan² semua cantik, rasa macam di overseas gitewww :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau banyak masa, mungkin boleh jelajah banyak tempat di sini kan PH. Memang bangunan hasil seni bina era kolonial nampak cantik.

      Padam
  3. bangunan-bangunannya klasik... cantik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantikkan.
      Nampak suasana perkampungan di Scotland dengan bangunan granit kelabu gaya Tudor.

      Padam
  4. Suka iconic kat Fraser Hill. Nampak berkabus dah terasa sejuknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepatutnya kena bermalam di sini, barulah dapat menghayati keindahan suasana sekitar Bukit Fraser.

      Padam
  5. utk pencinta alam semulajadi sesuai sini sb alam floranya.
    nyaman suasana
    masa ciknur pegi lepas PKp kan byk yg terabai. maybe skrg meriah balik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebaik PKP berakhir memang kebanyakan tempat peranginan masih terbengkalai. Memakan masa untuk memulihkannya semula.

      Padam
  6. elok pula monyet tu tak lompat keluar dari kereta...
    sana suasana nyaman kan kak....tambah dengan musim hujan lagi la sejuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keluarga India yang bawa monyet tu dalam kereta. Monyetnya jinak.

      Padam
  7. Salah satu tempat di Malaysia yg sy teringin nak pergi tapi nampaknya cuma mimpi sajalah. Tengok gambar Kak Amie anak-beranak di sana cukup menggambarkan keseronokannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami berterima kasih kepada driver kami yang setia memandu ke sana ke mari. Tanpa mereka, mungkin kami tak sampai ke sini SK.

      Padam
  8. baru baca tentang visit MZ ke Fraser Hill...
    rasanya inilah pejabat pos paling cantik yg ammi pernah nampak. tiada identiti merah putih dia

    BalasPadam
  9. Sha pernah naik sekali je tapi tu lah.. Masa tu bila naik tak sempat nak bersiar-siar pun sebab pening kepala..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo... banyak selekoh kan nak naik ke puncak sini.

      Padam
  10. suka view & bangunan klasik mcm ni.. tapi tak tahan tempat sejukkkkkk hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejuk-sejuk manja saja di sini. Tapi apabila hujan turun memang sejuk sangatlah.

      Padam
  11. Sejuk2 manja takpe la... Jangan sejuk2 manjang! hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keluar matahari kuranglah sejuknya Uncle kan.

      Padam
  12. Cantik bangunan-bangunannya. Saya tak pernah lagi sampai ke Bukit Fraser.

    BalasPadam
  13. Seronoknya tengok kabus kabus sejuk gitu macam feeling² oversea. Belum pernah jejak sini lagi. Teringin nak bermalam juga tapi macam seram je bila baca reviewnya. Rasanya Firdaus bergambar di peti pos tu kot. Next time datang boleh lah tunaikan hajat Firdaus bermalam pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo ada review seram ya Fizah. nanti Kak Amie rujuk Pak Google untuk lebih lanjut. Mungkin ada tempat tertentu yang menyeramkan tu.

      Padam
  14. Tak pernah sampai lagi ke Bkt Fraser.

    Uish..orang tu siap bawak monyet naik kereta 😅. Berani jugak Firdaus hulur tangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Firdaus nak bersalam dengan monyet tu.... hihihii.

      Padam
  15. Next time boleh bermalam kat sini ye Firdaus..takpe angan- angan dulu nanti jadi kenyataan

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah SA.
      Memang kena berangan-angan dan zikir selalu kata Mama Cella.

      Padam
  16. cantik berkabus je, tapi dana tak pernah lagi sampai atas tu kak

    BalasPadam
  17. Cantiiik ya kak tempatnya. Nampak berkabut 😍😍. Pasti dingin di sana. Tipe destinasi yg saya suka sangaat 😄😍.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tempatnya dingin.
      Harus datang waktu tidak hujan supaya lawatan berjalan lancar.

      Padam