Pages

Ahad, 21 Januari 2024

Makan Petang di Restoran Cattelya (Puncak Inn) Bukit Fraser

Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah menempuh jalan penuh selekoh, berhadapan dengan peristiwa pokok hutan tumbang di tengah jalan dan hujan sepanjang pemanduan, sampailah kami ke Bukit Fraser pada pukul empat petang. Cadangnya hendak bermalam di sini, tetapi dua hari lepas Abang Farid beritahu bapa mentuanya jemput kami makan malam di Gombak. Sepanjang kami berada di Malaya kami tidak dapat mengunjungi keluarganya kerana Aseeyah sedang kuarantin akibat Covid-19. Sekarang Aseeyah sudah kembali sihat. Jadi, kami meminta Abang Farid tempah homestay yang berhampiran dengan tempat tinggal keluarga Aseeyah di Gombak untk memudahkan kami memenuhi undangan mentuanya.

Dalam keadaan hujan renyai, Fuad ajak kami minum petang di Restoran Cattelya (Puncak Inn) Bukit Fraser. Walaupun setakat minum petang tetapi makanan yang dipilih boleh membuatkan perut menjadi kenyang! 

Minum petang di Restoran Cattelya (Puncak Inn).

Anak-anak teruja hendak bermalam di sini. In syaa Allah ada rezeki di lain waktu kita datang lagi ke Bukit Fraser dan mencari penginapan di kawasan ini.

Ambil aura daftar masuk  'Puncak Inn'.
Mana tahu, satu hari nanti betul-betul menginap di sini.


Kita daftar masuk Restoran Cattleya sajalah.


Gambar Sirap Bandung ini nampak sedap betul!
Tapi dalam keadaan sejuk dan hujan pula, eloklah cari minuman panas.


Suasana di dalam Restoran Cattelya.


Pada mulanya kami memilih untuk duduk di bahagian dalam tetapi kemudian berubah fikiran dan duduk di bahagian luar. Di luar boleh makan dan minum sambil melihat pemandangan. Walaupun hujan tapi tidak kena tempiasnya kerana tempat duduk di luar berbumbung.



Minuman yang dipesan:
  • Teh O Halia
  • Teh Tarik
  • White Coffee
  • Air Panas
  • Air Suam


Firdaus : Onion Ring


Onion Ring RM12.00

Amie : Fish & Chip

Fish & Chips RM22..00

Encik Suami : Bihun Singapore RM12.00

Fuad : Mix Western RM50.00

Fairuz : Rib Eye Steak RM32


Fuad dan Fairuz asyik nak makan kambing dan lembu saja, padahal sudah berBBQ kambing dan sarapan kambing. Sampai sini dicari juga kambing dan tambah lembu... ahaks! Mix Western itu ada kambing, lembu dan ayam serta ikan.

Harga makanan di sini tidaklah murah dan tidaklah terlalu mahal memandangkan kedudukannya sebagai tempat peranginan yang jauh dari kota. Kesemuanya berjumlah RM153.00.

Jom makan!

Bismillah.

Dalam banyak-banyak makanan yang ada di depan mata, Bihun Singapore Encik Suami juga yang menjadi 'mangsa' garfu kami! Sedaplah pulak makan bihun goreng di tengah hujan renyai.

30 ulasan:

  1. Memang cantik dari segi tempat. Saya suka restoran dominan putih. Walopun terkadang kesannya jadi elegant, yg kurang sesuai utk tempat makan anak2 .

    Syukur rasanya sedap ya kak. ๐Ÿ‘. Dah lama sangat saya tak makan bihun singapur ๐Ÿ˜„

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya paling suka makan Bihun Singapore. Warnanya putih, tidak terganggu oleh pelbagai sos dan perasa lain.

      Padam
  2. Selamat menjamu selera
    Nampak sedap2 belaka

    BalasPadam
  3. Lama tak ke Fraser's Hill ni...
    Kalau sy pun pilih bihun goreng tu Kak Amie, berbanding Western food lain hehe... Digandingkan dgn hot drink memang layannnn haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hujan dan sejuk, memang nyaman betul gandingan bihun goreng dengan minuman panas kan PH.

      Padam
  4. cantik deco kedai ni... bersih suci mata memandang

    BalasPadam
  5. kumpulan air air tu kelihatan sangat menyelerakan...

    BalasPadam
  6. Tempatnya cantik kak..nuansa putih bersih, kalo hujan"memang lebih cocok minuman yang hangat, isi sajiannya cantik berwarna warni, Firdaus pasti berselera makannya๐Ÿ˜€

    BalasPadam
    Balasan
    1. Firdaus happy sangat dapat makan onion rings!

      Padam
  7. mungkin harga mahal sebab kena naik bukit pusing-pusing bawa bahan mentah. hehe. saya tak pernah sampai ke bukit fraser. nak try lah puncak inn ni kalau ada rezeki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Sal.
      Faktor naik bukit pusing-pusing itu perlu diambil kira.

      Padam
  8. Cuaca sejuk2 memang mengundang mulut untuk makan.

    BalasPadam
  9. Murahlah Kak Amie, banyak macam tu baru 153.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, harga berpatutan di tempat yang jauh dari kota.

      Padam
  10. kalau pada ammi, mahal jugalah kak amie harganya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya memang begitulah harganya sebab tempat peranginan terletak jauh dari bandar. Kena ambil kira segala kos penghantaran bekalan makanan.

      Padam
  11. Alhamdulillah.. Sedap semua makanannya.. Jauh cari makan ye kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jauh Sha... dah sampai memang kena cari makanannya hihihiii!

      Padam
  12. Semoga ada rezeki bermalam di sini nanti. Tapi harga bihun singapore tu luar biasa kalau di tempat peranginan macam ni. Itulah yang menjadi pujaan semua ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah harganya Fizah. Alhamdulillah, sedap pula.

      Padam
  13. SA x ingat pernah sampai ke tak Fraser Hill ni...macam tak pernah tapi rasa macam pernah..eh macam mana tu...hahaha..apapun makanan tu harganya affordable..sejuk2 makan2 memang aktiviti asyikkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam sudah deja vu pula SA ye. Rasa macam pernah sampai, tapi rasa macam belum pernah sampai.

      Padam
  14. Cantiknya...Dulu dulu selalu baca dalam buki teks pasal Bukit Fraser...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye laaa Mama Cella. Dulu memang hanya dengar Bukit Fraser dalam buku teks saja.

      Padam