Bismillahirrahmanirrahim.
Tepat pukul tujuh setengah malam kami sampai d Gombak Permai Homestay, tempat untuk kami bermalam yang ditempah oleh Abang Farid. Cepat-cepat bersihkan diri, solat dan bersiap, pukul 8:30 malam kami sampai ke Rot Thai Buffet Steamboat & Grill dan dapat memenuhi undangan makan malam oleh besan kami.
Tepat pukul tujuh setengah malam kami sampai d Gombak Permai Homestay, tempat untuk kami bermalam yang ditempah oleh Abang Farid. Cepat-cepat bersihkan diri, solat dan bersiap, pukul 8:30 malam kami sampai ke Rot Thai Buffet Steamboat & Grill dan dapat memenuhi undangan makan malam oleh besan kami.
Kami tidak dapat berlama-lama di Gombak Permai Homestay. Sekadar merehatkan badan seketika sahaja, kerana keesokan paginya seawal pukul tujuh pagi, kami bertolak ke Pagoh pula. Jadinya, tidaklah sampai 12 jam kami berada di sini.
Homestay ini terletak di:
35 Jalan GP 3/7,
35 Jalan GP 3/7,
Taman Gombak Permai,
Batu Caves.
Homestay yang kami duduki mempunyai empat bilik tidur dan tiga buah bilik air. Booking.com memberikan nilaian kualiti 7.8 dan harga yang ditawarkan untuk kami ialah RM265.00. Melihat kepada nilaian kualiti yang diberikan, terasa seperti ada sesuatu yang tidak lengkap. Apa pun terima kasih kepada Abang Farid yang sudah berusaha mencari homestay untuk kami.
Tak sempat ambil gambar di bahagian luar, jadi ambil gambar di bahagian dalam sahaja.
Bilik tidur ini dilengkapi dengan sebuah bilik air. |
Mesin basuh turut disediakan. |
Jom naik tangga menuju ke tingkat atas.
Ada dua buah bilik tidur dan berkongsi satu bilik air.
Di sebelah bilik air, diletakkan sterika dan iron board. |
Bilik tidur utama. |
Encik Suami mencari tuala tetapi tidak ada!
Atau kami tidak nampak?
Puaslah dibuka tutup almari dan diperiksa setiap bilik tidur tapi tetap tak jumpa walau sehelai.
Memang tak disediakan tuala kot!
Puaslah dibuka tutup almari dan diperiksa setiap bilik tidur tapi tetap tak jumpa walau sehelai.
Memang tak disediakan tuala kot!
Jadi, pandai-pandailah berikhtiar untuk mengeringkan badan selepas mandi!
Bilik air. |
Alhamdulillah dapat berehat di tempat yang selesa
BalasPadamYa, Wak. Dapat rehatkan badan seketika.
PadamMacam berbaloi harga tu dengan keluasannya dan kelengkapannya. Kira okay jugaklah ni, selesa untuk berehat sebentar. Alamak, tuala tak ada payah juga. Kena usulkan pada tuan rumah ni.
BalasPadamMemang sudah duga ada yang tak lengkap sebab nilaian kualiti hanya 7.8. Rupanya tak disediakan tuala.
PadamBaru je lalu petang tadi kat sini...
BalasPadamSelalunya homestay ada sediakan towel..
Kadang-kadang ada yang tak sediakan Nanie, tapi memang biasanya disediakan.
PadamOk la nmpk selesa... walaupun tak ada towel... sy pun pernah duduk homestay x sediakan towel... lps tu nk travel je mmg akn bawak at least towel nipis, in case kan
BalasPadamEncik Suami memang nak bawa tuala, tapi saya pulak selalu kata tak payah bawalah...kan dah kena.
PadamMerata kak Amie berjalan.
BalasPadamNampak luas lengkap homestay-nya. Sayang tak sediakan tuala pulak ya.
Jalan-jalan bersama anak-anak. Letih bersama, happy bersama.
PadamSayang betul, homestay luas dan selesa tapi tak ada tualanya.
ya allah takde tuala..macam mana plak la tu...lepas ni kena bawak la sehelai dua tuala kan kak..
BalasPadamMemang kena bawa tuala nipis / kecil untuk langkah berjaga-jaga.
Padammenarik jugak rumahnya kak tapi yang sebelum2 ni lagi nampak cantik betul... tapi itulah jnji ada tempat untuk rehatkan badan pun dah cukup seronok kan kak
BalasPadamPilihan terhad Dana sebab nak yang dekat dengan tempat besan. Apa pun, syukurlah ada tempat untuk berehat dan bersihkan diri.
PadamKonsep dalamnya benar2 terlihat hanya utk sewa ya kak. Jadi tak pentingkan estetika,lebih ke fungsional. Bagus juga, yg penting kan nyaman menginap di sana
BalasPadamBetul Fanny.
PadamLagi pun kami tidak sempat berada lama di sini, jadinya hanya untuk bersihkan diri, solat dan tidur sahaja.
Saya kalau nak ke mana-mana especially jalan2 dgn anak2 mesti bawa tuala.. kdg2 kes mcm ni yg payah huhuu..
BalasPadamLepas ni tak mahu bantah kalau Encik Suami nak bawa tuala. Memang payah hihihii.
PadamBulan Disember paling banyak penginapan berbeza beza ni....seronoknya jalan jalan bertukar angin dan suasana
BalasPadamSyukurlah ada 4 driver silih berganti sedia berbakti sepanjang dua minggu. Alhamdulillah.
Padamtampak kemas je homestay ni
BalasPadamtowel ni bergantung jg pada pemilik homestay
ada yg peka
ada yg tak...
mmg kena standby selalu