Pages

Khamis, 18 Januari 2024

Sarapan Satay Khawin di Big Tas Tea Cafe, Perda Penang

Bismillahirrahmanirrahim.
Kami meninggalkan De Luma Sunflower Homestay pada pukul 8:30 pagi. Destinasi pertama sudah tentulah ke tempat sarapan. Singgahlah kami di:
Big Tas Tea Cafe,
Lorong Perda Utama, 3,
Taman Prominence,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Satay Khawin



Kita tulis 'Satay Khawin' ikut ejaan yang tertera dalam katalog menu dan juga resit pembayaran. 
Kiranya 'Satay Khawin' merupakan kata nama khas untuk menu sate di sini. Ada dua jenis sate yang dihidang campur dalam satu set iaitu iaitu sate daging dan sate ayam. Selain Satay Khawin, jom kita tengok apa menu sarapan yang boleh dinikmati. Anak-anak bukan cukup setakat makan roti dua keping sahaja! Mesti ada menu berat untuk isi perut dan bukan setakat alas perut saja.... ahaks!


Makanan:
  • Nasi Lemak Ayam Goreng Crispy
  • Satay Khawin
  • Nasi Himpit + Kuah
  • Roti Titab
  • Mee Sedap Ayam Goreng
  • Mee kari Langgaq
  • Koey Teow Goreng Beranda
  • Big Breakfast
Minuman:
  • Kopi O Beranda Panas
  • Teh Tarik Panas
  • Teh O Limau Ais
  • Milo Panas
  • Barli Ais
  • Latte Panas
  • Beranda Air Suam
  • Beranda Air Kosong
Jumlah : RM97.50 sen


Barangkali kami antara pelanggan terawal sampai di sini. 
Ruang dalam kaafe masih lengang.
Banyak meja dan kerusi di bahgiaan dalam sehinggalah di bahagian luar kafe.


Nampak kemas dan santai sahaja.



Kami tidak menunggu lama untuk menikmati hidangan sarapan yang dipesan.

Bismillah.



Barli & Teh O Ais


Latte Panas

Kopi O Beranda Panas

Mee Kari Langgaq

Mee Sedap Ayam Goreng

Big Breakfast

Nasi Lemak Ayam Goreng Crispy

Roti Titab

Koey Teow Goreng Beranda

Big Tas Tea Cafe

Nampaknya tibalah masanya untuk kami tinggalkan Pulau Pinang.
Memanglah rasa tak puas berada di sini dalam waktu yang singkat. In syaa Allah. ada rezeki kami akan datang lagi.

20 ulasan:

  1. Satay khawin gabungan kut sebab besar sikit dan harga lebih sikit. Beranda ni alahaiiiiii ingatkan minum kena kat beranda rumah. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sate kahwin tu rupanya ada dua jenis dalam satu piring, sate ayam dan daging.

      Padam
  2. Jarang tengok kedai waktu sarapan ada menu sate. Nampak sedap sedap belaka hidangannya. :)

    BalasPadam
  3. biasanya di sini, satey ni makanan malam2.. kecuali memang kedai satey.. pagi sampai malam dihidang dengan satey... yumm yumm yumm

    cantik semua gambar2nya.. nmpk makanan menyelerakan. Alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang menariknya, ada pilihan sate di waktu sarapan.

      Padam
  4. adush sedapnya semua kak oi.... memacam makanan ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam-macam ada, makan ramai-ramai lagi best kan Dana.

      Padam
  5. Sudai diinai² dan diandam² kan agaknya satay tu 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa... ayam disandingkan dengan daging kan SK.

      Padam
  6. Macam2 ada memang tengok sedap sangat.

    BalasPadam
  7. Sejak kahwin ngan orang Johor memang selalu makan satay waktu pagi...hehehe....maggi sedap ayam tu nampak betul2 tempting

    BalasPadam