Bismillahirrahmanirrahim.
Senang hendak ke sana dan ke sini kalau ada kenderaan sendiri. Tambahan pula Fuad sudah lebih setengah tahun berada di Pulau Pinang, jadi sebut sahaja mana tempat hendak dituju dia akan terus memandu ke destinasi. Cuma, masalah kesesakan jalan raya sahajalah yang terpaksa di hadapi.
Pada sebelah petang 26 Disember 2023 bersamaan hari Selasa, Fuad bawa kami untuk makan char kuetiaw. Katanya, di situlah char kuetiaw paling sedap pernah dia rasa. Kita pun lupa tempatnya, mungkin di Bayan Lepas. Sayangnya setelah berpusing-pusing mencari tempat letak kereta, rezeki tidak memihak kepada kami. Akhirnya Fuad bawa kami ke tempat lain.
|
Jerung Char Kuey Teow |
|
Summer Place Condominium |
Sebelum itu, Fuad bawa kami jalan-jalan di sekitar tempat kerjanya, The Light City di Jelutung. Seterusnya kami singgah di tempat tinggalnya iaitu Summer Place Condominium di tingkat 20.
Pemandangan dari tingkat 20.
|
Fairuz sempat berpusing-pusing menunggal motosikal Fuad. Firdaus membonceng di belakangnya. |
Fuad bawa kami makan di Jerung Char Koay Teow.
Ikut sajalah mana Fuad bawa.
Char Koay Teow Special - Ada udang dan telur mata. |
Menikmati CKT Special penuh selera! |
Kami turut memesan sate dari gerai bersebelahan Jerung Car Koay Teow.
20 cucuk sate ayam dan 20 cucuk sate daging. Fuad kata sate daging di sini lembut.
|
Sate Daging RM1.20 sen secucuk. Sedap! |
|
Sate Ayam RM1.20 sen secucuk, |
|
Sama sahaja harga sate ayam dan sate daging iaitu RM1.20 sen secucuk. |
|
Nampak dah buncit perut Firdaus! Apa tidaknya. Hari-hari makan sedap di utara sana. |
Selepas makan char kuetiaw dan sate, Fuad cadang untuk bawa kami jalan-jalan di tapak Pesta Pulau Pinang. Sayangnya ketika kami sampai, hujan turun pula. Jadi, tak jadilah kami turun ke tapak pesta tersebut. Fuad ajak jalan-jalan lagi sampailah ke Padang Kota. Katanya ada pasembor paling sedap di situ. Nampaknya selagi tak jumpa pasembor, Fuad macam tak puas hati pula. Apabila kami sampai, kedai pasembor yang dicari Fuad, tutup! Entah apa nama kedainya. Nampaknya sudah dua kali tak dapat cari pasembor seperti yang Fuad hajati.
Marilah cari pasembor di tempat lain, kata Fuad.
Terjumpalah pula Pasembor Pulau Mutiara. Kami beli bungkus bawa pulang.
|
Pasembor Pulau Mutiara |
Walaupun sudah makan sate dan char kuetiaw, tapi anak-anak hendak makan lagi apabila sampai di homestay. Fuad panaskan kuah pasembor dan kuah asam laksa. Kita ada beli laksa, sebungkus saja.
|
Pasembor Pulau Mutiara |
Kata Fuad : Bezakan kuah pasembor yang kita makan di LOTUS Sungai Petani dengan kuah pasembor di Penang? Oooo... barangkali Fuad hendak tunjukkan beza warna kuahnya. Itu sebabnya gigih mencari kedai pasembor sepanjang malam!
|
Asam Laksa |
|
Supper - Makan Lewat Malam |
|
Selesai makan budak-budak menonton filem di ruang rehat. |
Akak mencari Cha Kuey Tiow Sani ke?
BalasPadamSaya tak cari sebab memang tak tahu. Fuad yang cari. Bunyinya lebih kurang begitulah.
PadamKalau Pasemboq, Pasemboq Padang Kota sedap.. tp memang crowded org.. biasanya di siang hari kami pergi.. kalau d tempat lain x brp nak menjadi.. huhuhu..
BalasPadamMalam kami datang tu memang penuh. Tukang cincang bahan pasembor pun tak berhenti buat kerja.
PadamBestnya CKT makan dengan cili jeruk 🤤
BalasPadamAda cili jeruk memang 'menjadi' lah CKT kan Cie.
PadamSuka CKT basah mcm ni, terus rasa teringin nak cari CKT jugak esok 🤤 Satay tu nampak mcm best je, tebal isinya.
BalasPadamMemang sedap CKT basah begini. Isinya tak banyak, tapi kuahnya best!
PadamKalau saya ke Penang, cari nasi kandaq Beratur atau NK Raffee atau sup Hameed atau pasemboq Padang Kota..mmg surr
BalasPadamIn syaa Allah, lain kali kalau datang lagi akan meronda banyak tempat makan best.
PadamMacam macam CKT rupanya... macam mana la rasanya CKT tomyam tu ye..
BalasPadamCKT Tom Yam tu sedap. Kuat sikit rasa dia berbanding CKT biasa. Mungkin ada tambahan rasa masam dan pedas sikit.
PadamWahhh... ada CKT tom yam juga eh.. pertama kali nampak.
BalasPadamOh, maknanya belum popular di tempat lain kot CKT Tom Yam ni.
Padamtak pernah tau ada ckt tom yam. mesti sedap tu
BalasPadamFirst time makan CKT Tom Yam memang sedaplah.
Padammak aiiiii kuah diaaaaa
BalasPadam👍👍👍👍👍👍
sy mmg suka ckt mcm ni...
nikmat sggh laaa
kalau dpt taugeh yg keras sket
fuhhhhh
Entahlah... malam tu ada taugeh ke tidak. Perut dah lapar, terus telan.
Padamselalu juga terkena macam Fuad,kalau teringin nak makan mana-mana restoran yang kita cari tu mesti tutup..
BalasPadamRasa hampa jugalah kan Afzan.
PadamTapi tak apa, ada juga tempat makan lain.
wahhhhh menu utara yg ni mmg tak boleh nak tolak hehe
BalasPadamMenu utara sedap-sedap belaka!
PadamFirst time dgr CKT tom yam...sedapnya pasemboq & laksa penang..
BalasPadamYe, ramai yang first time dengar CKT Tom yam.
PadamRasa hendak datang lagi makan pasemboq dan laksa penang. Sedaplah!
Wahhh.. macam tengok wayang di cinema. Mmg berbeza² warna kuah pasembor di Penang dan Kedah tapi sy baru tahu ada CKT Tomyam.
BalasPadamMemang begitulah kan SK. Lain padang lain belalang, lain tempat lain warna kuah pasembornya.
PadamSedapnya Chat Khewtio, ada udang dan telor mata sapi.😊
BalasPadamYang specialnya ada telur mata sapi.
Padamsedapnya tgk satay & char kuehtiaw tu
BalasPadamPandai Fuad pilih menu untuk kami malam itu kan.
PadamJerung Char Kway Teow tu nampak sedap sangat. Pasembor di Penang lama sungguh tak makan. Terliur tengok semua posting Kak Amie, sedap tengok.
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamPusing sana sini, akhirnya menyinggah di sini.
Semuanya sedap!
Nasib baik semua sedap ye.SA kalau dah pusing2 cari parking takde tu memang kena la pi tempat lain bagi mengelak dari panas hati
BalasPadamMemang menyakitkan hati sangatlah kalau tak dapat tempat parking. Mood nak nikmati makanan pun terus tenggelam ke laut!
Padam