Pages

Jumaat, 5 Januari 2024

Sarapan di Colmar Tropicale Resort

Bismillahirrahmanirrahim.
Menginap selama dua hari satu malam dengan harga RM246.46 di Colmar Tropicale Resort termasuk sarapan untuk dua orang adalah sangat berbaloi memandangkan kedudukan tempat penginapan ini di tengah hutan dan jauh dari bandar. Bayaran tambahan untuk sarapan sebanyak RM52.00 dikenakan iaitu RM35.00 untuk Abang Farid dan RM17.00 untuk Firdaus.

Sarapan di Colmar Tropicale Resort

Suasana di luar tempat makan.

Pada petang kelmarinnya ambil gambar di kawasan ini. Rupanya apabila waktu pagi, penuh kerusi meja dengan tetamu resort yang sedang menikmati sarapan.

Pemandangan di hadapan bahagian luar tempat makan pada waktu malam.

Pemandangan waktu pagi ketika tetamu resort bersarapan di bahagian luar.


Di bahagian luar, tersusun pinggan dan beberapa jenis hidangan. Amie tidak mengambil makanan di bahagian ini kerana kebanyakannya makanan berat seperti nasi goreng, beberapa jenis lauk seperti kari ayam dan sebagainya. Kalau Amie terus ambil nasi, tentu tidak cukup ruang perut untuk isi makanan yang lain.


Ada kuetiaw sup, telur rebus setengah masak dan menu-menu lain di sini.


Di bahagian dalam pula, ada bubur nasi berlauk yang menjadi kegemaran kita! Banyak menu lain yang tersedia di sini. Terserah, hendak pilih mana satu mengikut selera. 


Sudah tentulah Amie paling suka di bahagian ini. Ada daun salad dan buah-buahan segar selain jus oren dan jus jambu batu merah. Bagus pula cara penyajiannya di tempat yang bertutup begini.

Inilah hasil sarapan pilihan masing-masing.
Kerusi meja di sini sentiasa penuh. Duduk saja di mana ada tempat kosong walaupun di tepi laluan bersebelahan tiang!

Firdaus membuka saluran perutnya dengan coco crunch tambah susu.

Amie ambil daun salad dengan sosnya sekali.

Tidak ketinggalan hirisan buah tembikai merah, tembikai kuning dan honeydew.

Juga segelas jus oren.

Tambah lagi segelas jus jambu batu merah.

Amie :  Chicken slice, kentang putar, sosej dan samosa.


Encik Suami ambil nasi goreng, tambah omellete, kari ayam, ayam goreng dan sosej.


Abang Farid : Roti dan kuih talam keladi.

Amie : Kuetiaw Sup

Makan bersama : Sayur Campur

Amie : Bubur Nasi Berlauk

Cucur Manis

Kami menambah cucur manis beberapa kali dalam piring. masih panas, rangup di luar dan lembut di dalam. Dengan kata lain : Sedap!

25 ulasan:

  1. Balasan
    1. Betul Uncle. Jadilah kan...obersi olok-olok.

      Padam
  2. Balasan
    1. Ya, banyak pilihan. Cucur manis tu paling sedap!

      Padam
  3. Boleh tahan jugak banyak pilihan breakfast kat sini ye Kak Amie. Berbaloi sangat dengan harga tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Carneyz.
      Rezeki dapat harga serendah ini. Puas hati.

      Padam
  4. Balasan
    1. Ya, banyak pilihan. Tak mahu itu, ada ini.

      Padam
  5. Balasan
    1. Alhamdulillah. Isi perut sebelum tinggalkan resort.

      Padam
  6. kami walau orang Pahang belum pernah bermalam di sini,lepas baca cerita kak amie rasa nak cuba check in juga la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesekali bermalam di sini tentu menyeronokkan. Suasananya agak berbeza dengan hotel di tempat lain.

      Padam
  7. Sangat berbaloi tu kak Amie harganya sekali sarapan. Selain tu permandangan disini sangat cantik. Itu yang mahal tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju Fizah. Berbaloi sangat dengan nilai wang yang dilaburkab. Rezeki dapat ke sini, dan memang berpuas hati.

      Padam
  8. berbaloi betul sarapan kat sini...macam macam pilihan ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nikmati sarapan dengan sungguh-sungguh ni SA.

      Padam
  9. Bab ni la yang paling saya suka ni....hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Mama Cella. Boleh release tension di sini hihihiii.

      Padam
  10. Tahun 2024 ni belum merasa lagi sarapan di hotel. Nampak menyelerakan sarapan di sana, macam kat luar negeri, kak amie!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak dapat ke luar negara, dalam negara pun jadilah kan SK.

      Padam
  11. Cucur manis makan panas-panas dalam keadaan sejuk memang nikmat tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua tiga kali juga kami menambah. Comel jew cucur manis tu kan.

      Padam
  12. Uiiii, sedaaaaap liat semua 😍😍😍😄. Rasanya boleh juga next ke Malaysia visit lagi colmar. Anak2 saya dah besar, jadi seharusnya dah boleh stay di sana 🤣

    BalasPadam