Pages

Jumaat, 5 Januari 2024

Makan Petang di La Flamme Bukit Tinggi

Bismillahirrahmanirrahim.
Ikutkan kehendak badan memang hendak tidur saja dalam bilik. Namun fikiran membisikkan, sudah datang dari jauh kenapa tidak ambil kesempatan untuk melawat persekitaran Colmar Tropicale. Bukan selalu berkesempatan ke sini. Menyingkap langsir di tingkap, kelihatan ramai orang bergambar, menaiki train dan makan ais krim. Kebanyakan mereka bukanlah tetamu yang menginap di Colmar Tropicale Resort melainkan hanya datang untuk melawat dengan membayar tiket masuk ke sini. Di pintu masuk Colmar Tropicale Resort, kami tunjukkan nombor rujukan tempahan penginapan, jadi kami tidak perlu menjelaskan apa-apa bayaran. 

Jadi,  kami pun bingkas bangun dari katil dan bersiap-siap untuk turun ke bawah. 

La Flamme Bukit Tinggi

Setelah berjalan-jalan melihat persekitaran (sebahagian kawasan sahaja), kami pun singgah di salah sebuah kafe untuk minum petang merangkap makan malam. Terdapat beberapa buah cafe pilihan seperti di bawah:
  • La Cigogne - hidangan Perancis
  • Le Blason - hidangan Malaysia antarbangsa
  • La Flamme - hidangan Itali dan lain-lain
  • Le Paulet Roti - menu utama ayam panggang
  • La Boulangerie - hidangan pelbagai menu roti Perancis
  • L'Orient - hidangan menu Asia


Makan petang kami merangkap malam di La Flamme. Kafe ini menawarkan hidangan Itali seperti pizza, pasta dan sebagainya. Seperti kebiasaannya, untuk makan malam kami hanya isi perut dengan makanan yang agak ringan sahaja. 

Apa yang menarik perhatian sudah tentulah terselit makanan kegemaran iaitu pepes ayam dan popia satar!


Coffee - RM9.43

Apple Juice - RM5.66
2 Sprite - RM9.44

Hawaiian Pizza - RM31.13

French Fries - RM8.49

Pepes Ayam - RM11.32

Popia Satar - RM9.43


Buffalo Chicken Wings - RM16.98

Hawaiian Pizza kerak nipis, memang sedaplah!

Pepes ayam cukup rasa, aromanya cukup menggoda!


Sub Total - RM101.88
SST 6% - RM6.11
Total - RM107.99
Rounding Adjusted - RM0.01
Total - RM108.00

Selesai makan, Firdaus tidak sabar-sabar hendak naik train!


16 ulasan:

  1. Seronok berjalan2 cuti sekolah di Colmar Tropicale. Rasanya blogger Ammi pun pegi ke Colmar Tropicale jugak baru2 ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, blogger Ammi ke sana pada 25 Disember 2023 kalau tak silap. Saya ke sana pada 19 Disember 2023.

      Padam
  2. Makanan di bukit tinggi memang agak mahal jugak kak, macam makan di genting gitu. Tapi kadang ada jugak yang harga biasa

    BalasPadam
  3. Banyak pilihan resto dan menu-menu pilihan pun menyelerakan tu kak Amie. Berbaloilah juga menginap di sini. Santai-santai tanpa perlu rushing balik rumah kalau pergi balik hari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Petang tu hujan renyai-renyai. Sejuk.
      Memang untung menginap di sini. Tidur malam lena dibuai mimpi indah.

      Padam
  4. masih banyak pilihan makanan rupanya...rasa nak menginap di sini semula la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak juga pilihan tempat makannya. Kami tertarik di sini sebab ada otak-otak dan pepes.

      Padam
  5. Balasan
    1. Memang sedap Mama Cella.
      Makan kudapan time hujan rasa tak nak bangun dari tempat duduk.

      Padam
  6. Betullah, rasa rugi kalau tak berjalan, memang kena paksa diri agar tidak menyesal, kak amie!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kan SK. Datang dari jauh, dah sampai nak tidur dan berehat saja, baik tak payah datang kan hihihii.

      Padam
  7. Ramai juga yang berkunjung ke situ hanya untuk merakamkan gambar dan berjalan-jalan. Seronok juga kalau dapat menginap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang datang ramai-ramai tu memang hendak merakam gambar kenangan sebab tempatnya cantik.

      Padam
  8. Saya lupa dulu makan di restoran yg mana kak, tapi ingat sangat pesen menu ayam percik 😄. Kayaknya yg menyajikan menu asia deh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang ada tempat makan menu Asia di sini.

      Padam