Bismillahirrahmanirrahim.
Anak-anak selalu berasa cepat lapar. Walaupun baru saja meninggalkan Homestay Baiduri di Kampung Balun, tiba-tiba Fuad ajak berhenti makan di CapeCafe RM1.70. Memujuklah dia supaya kami cuba makanan di sini. Katanya lagi, harganya sangat murah. Makanan pun sedap dan banyak pilihan. Ok...ok kita singgah sini.
Semua Menu RM1.70 Sahaja. Memang terujalah melihat pelbagai menu dengan harga hanya RM1.70 sen sahaja. |
Fuad & Fairus : Nasi Lemak |
Mee Kari. Dalam kertas menu pesanan ditandakan Maggi Kari tapi yang datang Mee Kari. |
Encik Suami : Mee Hoon Sup |
Firdaus : Chicken Chop CapeCafe |
Sagu Gula Melaka Kita sangka Sagu Gula Melaka warna agak kecoklatan sedikit, tapi yang datang ke meja warna putih pula. Lain tempat, barangkali lain cara penyediaan dan bahannya. |
Minuman panas dan sejuk ini semuanya berharga RM1.70 sen setiap satu. |
Semua sudah puas hati dapat makan di sini?
Belum kenyang........!
Itulah jawapan jujur anak-anak.
Belum kenyang........!
Itulah jawapan jujur anak-anak.
Kita cuba-cuba makan sahaja di sini.
Maklumlah, harga RM1.70 tidaklah banyak mana isinya kecuali kalau Nasi Lemak atau Mee Hoon Sup itu ambil tiga mangkuk untuk seorang makan... ahaks!
Yang penting, sudah penuhi permintaan Fuad untuk makan di sini.
Macam dekat melaka dulu ad kedai rm2.. Comel2 je dalam mangkuk.. Utk anak2 kecil boleh lah... Tp, skali order, penuh meja smpai tak muat.. Hihihi.. Eh, kedai tu dekat area tanjung malim ke amie? Mcm pernah lalu pulak..
BalasPadamTak pasti pula di daerah mana ni Linda.
PadamHehehee... ikut jew ke mana stereng berpusing.
Ya, di Tanjung Malim ni.
PadamBetul, kalau nak kenyang kena makan 2, 3 pinggan atau 2, 3 jenis makanan. 😍
BalasPadamMacam makan boat noodle lah tu kan SK.
Padamwah murahnya tapi macam kena order double je. sikit je tu buat raso raso boleh le
BalasPadamNak buat raso-raso sajalah. Tapi oklah harga dengan kuantitinya.
Padamrasanya cafe ni kalau untuk kudap-kudapan atau orang cepat kenyang macam saya, sesuailah kan.menarik konsep dia
BalasPadamHaa... memang sesuai ni untuk Sal.
Padamcomel2 je saiz hidangan
BalasPadamMacam-macam boleh dipesan sesuai dengan harga dan kuantitinya kan.
Padamala-ala di boat noodle..semuanya sikit2 makanan. tapi boat noodle lebih mahal harga setiap mangkuk tu
BalasPadamBegitulah ceritanya kan Ammi. Yang di sana harga kayangan, yang di sini harga marhaen.
PadamSha pernah masuk sekali je disini.. Bolehlah buat rasa-rasa..
BalasPadamYa, bolehlah buat rasa-rasa gitu.
PadamKira murah dan sesuai dengan porsinya lah kan Kak Amie. Bolehlah buat rasa rasa setiap menu.
BalasPadamBetul Fizah.
PadamHarga ikut kuantiti.
Memang boleh pilih banyak jenis buat rasa-rasa.
ooo ni macam style boat noodles ni...kira ok la ni harga dia cuma x kenyang la
BalasPadamYa, SA. Buat alas perut saja. Tapi kalau nak kenyang kenalah beli 2-3 bekas.
PadamPada saya konsepnya menarik kerana ada kelainan dan pilihan
BalasPadamBanyak pilihan, dan boleh beli lebih banyak untuk rasa kenyang.
Padam