Pages

Sabtu, 20 Januari 2024

Minum Secawan Kopi Hitam & Teruskan Perjalanan

Bismillahirrahmanirrahim.
Khamis, 28 Disember 2023. Bangun pagi, badan lebih bertenaga setelah cukup rehat dan cukup makan di sebelah malamnya. Pagi ini tidak perlu tergesa-gesa untuk keluar mencari sarapan. Ada baki makanan malam semalam yang disimpan. Panaskan saja sepinggan sayap ayam dalam air fryer. Ada beberapa ekor udang, beberapa keping lamb dan kepingan roti.

Terima kasih yang menyediakan kopi panas pada pagi ini!

Selamat pagi orang Kampung Balun!

Secawan kopi hitam panas yang menyegarkan!

Terima kasih tuan rumah sediakan kopi dan teh. 


Sepinggan sayap ayam panggang yang dipanaskan semula di dalam air fryer.


Jom sarapan.


Masih ada lebihan minuman Tropicana. 
Bolehlah teguk secawan untuk cuci perut!


Bergambar kenangan sebelum daftar keluar Kampung Vibe @ Homestay Baiduri.


Ambil gambar di belakang homestay.


Dalam perjalanan keluar dari Kampung Balun, kami singgah di tepi sebuah tasik yang terletak di penghujung jalan. Pemandangannya nampak cantik dan tenang. Jom bergambar di sini.




Tak tahulah banjaran gunung apa di belakang tasik itu.


Mari teruskan perjalanan.
Ke mana?

20 ulasan:

  1. Walaupun sekadar panaskan lauk/makanan semalam, gambar & presentation Kak Amie tetap nombor syatuuu 😁 macam bfast di hotel haha....
    Cantik pemandangan sekitarnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehee... memang suka hidang begini untuk family.
      Sejuk sajakan pemandangan menghijau di kampung.

      Padam
  2. Balasan
    1. Daus dengan bantal busuk memang berpisah tiada Uncle.

      Padam
  3. Bagus homestay ni, dah macam di rumah sendiri. Terliur pulak tengok gaya sarapannya. Betul komen PH, macam di hotel 😋😋😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada masa lebih, memang boleh buat homestay macam rumah sendiri. Tapi kalau padat dengan perancangan, homestay jadi sekadar tempat bersihkan diri dan tidur sajalah kan SK.

      Padam
  4. Bagus homestay ni, kami pun selalu recycle je makanan yang tak habis, nampak sedap tu Kak Amie.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. Sebelum keluar, haruslah sarapan dulu dan habiskan makanan yang masih ada.. EH.. Ada tasik eh dalam kampun balun.. Uish.. Nak kena survey ni..

    BalasPadam
  6. Walau hanya panaskan, macam sediakan sarapan baru dimasak je kak Amie. Bergambar kenangan tu wajib. Indah permai je suasananya. Suka vibes macam ni. Tenang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rindu sebenarnya hendak sediakan sarapan anak-anak.
      Teringat waktu tinggal bersama di LD. Sekarang sudah jarang hendak bertemu.

      Padam
  7. Cantik pemandangan kawasan homestay ni Kak Amie...lebihan sarapan tu habis x kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada lagi yang tinggal SA: roti, salad dan rojak.

      Padam
  8. Gabungan homestay & penghuninya memang mantap

    BalasPadam