Pages

Ahad, 21 Januari 2024

Jom Dim Sum Tanjung Malim

Bismillahirrahmanirrahim.
Masih lagi di Tanjung Malim.
Layankan sahaja kehendak anak-anak untuk sambung makan di Jom Dim Sum Tanjung Malim. Kali ini kami jalan-jalan cari makan di Restoran Halal Dim Sum berkonsep fast-food pula. Restoran ini terletak di:
No 6A, 1 Jalan Cahaya,
Taman Anggerik Desa,
35900 Tanjung Malim, Perak.

Memang selesa makan di sini. Tempatnya bersih dan kemas. Pelanggan belum ramai. Jadi kiranya buat masa ini Restoran Halal Dim Sum Tanjung Malim kami punyalah... ahaks!

Jom Dim Sum Tanjung Malim

Restoran Halal Dim Sum Berkonsep Fast-Food Pertama di Tanjung Malim.

Pesan makanan di kaunter dan terus bayar.


Sementara menunggu makanan yang dipesan tiba di meja, jeling-jeling dulu di kiri kanan depan dan belakang! Mungkin ada info yang boleh dikongsi.

Jom Dim Sum is the 1st fast food concept Pau and Dim Sum restaurant in the world.

Origins of Dim Sum:
Originally Dim Sum, a luxury delicacy made and served exclusively for the emperor and his royal family members.

Pizza Pau:
What's inside?
Combination of chicken, vegetables and special made tomato sauce, wrap in soft and tender pau skin.



Soda Bandung

Blaccurrant Lychee

Minuman yang dipesan:
  • Blackcurrant  Soda - RM4.90
  • Lychee Ice - RM4.00
  • Soda Bandung - RM4.90
  • Blackcurrant Lychee - RM4.90
Corn Balls
Chives Gyoza

Makanan yang dipesan:
  • Corn Ball 6PCS - RM11.80
  • Fried Mini BBQ Chicken Pau 3 PCS - RM5.90
  • Chives Gyoza 6PCS - RM15.80
  • Cabbage Gyoza 6PCS - RM15.80
  • Butterfly Pea Gyoza 6PCS - RM15.80
  • Nasi Kukus Pandan Chicken Popcorn  & White Coffe Cold - RM14.90
Gabbage Gyoza

Fried Mini BBQ Chicken Pau

Butterfly Pea Gyoza

Nasi Kukus Pandan Chicken Popcorn
Harga keseluruhan : RM98.70

Jom makan!
Bismillah.



Teruskan perjalanan. 
Di mana ni?
Cantik betul pemandangannya dengan air sungai yang sangat jernih.

Bergambar dengan pakwe kita dulu aaarrrr!

22 ulasan:

  1. wah bestnya makan dimsum. kegemaran tu. semua makanan nampak sedap. selamat bercuti amie

    BalasPadam
  2. wah..jarang dah nampak orang berjalan bawak kamera digital..sebab semua masuk henset je skang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu kamera kompak saja. Saya bawa hanya untuk ambil gambar pemandangan supaya lebih jelas, cantik dan tak pecah walaupun tak setara DSLR. Seua gambar lain saya gunakan HP juga.

      Padam
  3. Amboiii.. macam dia sorang ada pakwe... Hahahahhaha (gurau² jer Kak Amie. Cantiklah gyoza rama² tu, biru menawan, mesti sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa... orang lain pun ada pakwe juga kan SK kihkihkih!

      Padam
  4. Gyoza biru itu cantiiiik πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜. Saya sukaaa aneka dimsum. Bagus juga konsepnya fast food gini ya kak. Tapi yg penting halal.

    Kalo makan dimsum ini, ga enaknya suka kalap 🀣. Pesen macam2, tapi ternyata jadi banyak, dan ujung2nya mahal πŸ˜„

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dim Sum memang harga kayangan sedikit Tapi kalau rasanya sedap memang berbaloi. Paling suka makan dimsum di Ipoh samada di Greentown Dimsum Cafe atau di Canning Dimsum.

      Padam
  5. wah kalau sesat tanjung malim boleh cuba le terjah kedai dimsum tu

    BalasPadam
  6. nasib baik sekarang saya dah ada pakwe, tak jadi nak jeles. ahahaha. menarik juga konsep fast food dia. kreatif.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masing-masing dengan pakwenya ye Sal.
      Paling penting, dimsum halal.

      Padam
  7. corn ball tu ammi yakin kalau si bongsu ammi yg nampak mmg itu ajalah dia makan berulang-ulang

    BalasPadam
  8. Aduh!! Menarik betul semua menu yang Kak Ammi pilih.. Berwarna-warni..

    BalasPadam
  9. Syok makan di restaurant dim sum boleh rasa pelbagai jenis dim sum. Menarik pula warna biru tu haa...Cewahhh..sesekali bergambar berdua dengan pakwe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fairuz lah tu yang suruh kami gambar berdua hihihiii.

      Padam
  10. Macam- macam warna gyoza tu..nampak sedpa..lama x makan dim sum

    BalasPadam
  11. Orang Malaya bertahun baru dapat ronda 1 Malaya...Mai orang LD ...tawaf seminggu ja settle🀭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ada rezeki nak tawaf belah pantai timur pulak. Yang ni belah pantai barat jew sebab yang belah timur tu tengkujuh.

      Padam