Pages

Sabtu, 20 Januari 2024

BBQ di Kampung Vibe @ Homestay Baiduri

Bismillahirrahmanirrahim.
Bukan main seronok anak-anak apabila ada alat kelengkapan untuk berBBQ di homestay. Fuad dan Fairuz tidak sabar-sabar untuk membeli-belah di Econsave Slim River. Sebelum maghrib, siaplah mereka memerap bahan untuk dipanggang. Selepas maghrib kami berkumpul semula di dapur. Arang yang dibakar sudah menjadi bara dan bolehlah mula memanggang.

Apa agaknya yang difikirkan Fairuz ketika melihat hasil air tangannya?

Bab memerap, serahkan saja kepada bujang-bujang ini.

Fuad memerap sayap ayam.

Tambahkan lamb.

Tidaak ketinggalan sebungkus sosej.

Bahan-bahan untuk dibuat rojak buah : Nanas (terlindung di belakang sengkuang), sengkuang, buah pear dan mangga.


Encik Suami sediakan minuman ais krim soda, ditambah hirisan lemon, asam boi dan daun pudina.
Bubuh ketulan ais batu!

Nyaman bah!
Tak cukup minum segelas.

Bahan campuran untuk dibuat salad.

Buah-buahan yang sudah dipotong.
Hanya menunggu sentuhan akhir, hendak tuangkan Kuah Rojak Pak Ali.

Panggang roti dalam air fryer.

Roti Gardenia panggang dalam air fryer.

Sewaktu kawan Encik Suami ziarahi kami di Homestay Sungai Petani, mereka bawa buah tangan berupa dua bungkus roti Gardenia. Oleh kerana masih berbaki, jadi kami bawa sahaja sepanjang perjalanan sehinggalah tiba di Slim River. Malam itu kami tak makan nasi. Hidangan kami berupa roti panggang, salad, rojak buah dan panggang-panggangan.


Bara api sedang eloknya untuk panggang-memanggang.
Maka bersusunlah sayap ayam di atasnya.

Lamb, sosej dan sayap ayam duduk sekali di atas pemanggang.


Sesekali bara menyala!

Sekarang naik pula ketam.

Diikuti dengan udang.



Sayap Ayam Panggang

Sosej Panggang

Lamb Panggang

Fuad peminat tongkeng ayam! Rupanya dibelinya juga tongkeng ayam di Econsave Slim River.

Hidangan malam sudah tersedia untuk dijamah.


Kuah Rojak Pak Ali sudah mendarat di atas bekas buah berserta kacang tumbuk.


Mungkin Fairuz tidak menyangka akan terhidang begini banyak hasil olahan mereka di dapur.

Firdaus membaca doa makan.

Jom makan!


14 ulasan:

  1. Hihi.. macam speechless Fairuz tengok makanan banyak sangat sambil berfikir mana satu nak dicapai dahulu 🤣

    BalasPadam
  2. Ohh BBQ sedap nya, macam2 ada, rajin anak2 bujang ni bakal suami mithali semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      In syaa Allah.... Amin ya Allah.

      Padam
  3. wah bestnya. syiok ooooooo bbq lepas tu makan ramai-ramai

    BalasPadam
  4. meriahnya BBQ anak bujang masak macam dekat rumah sendiri serba lengkap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang meriah Afzan.
      Betul, macam di rumah sendiri.

      Padam
  5. Bila dah siap masak dan hidang, masa tu baru perasan banyaknya menukan.. kikiki..
    Meriah..

    BalasPadam
  6. Mesti Fairuz puas hati dengan apa yang terhidang tu. Bagusnya Fuad dan Fairuz bersama sediakan makanan. Encik suami pula sediakan air. Semuanya ada tugas masing-masing. Tak lupa Firdaus tukang baca doa. Alhamdulillah..seronok cipta kenangan macam ni.

    BalasPadam
  7. Kenangan manis bercuti dengan family kan...seronoknya...

    BalasPadam
  8. Mashaa Allah....meriah suasana dan meriah menu macam hitea kat hotel...tabik spring

    BalasPadam