Pages

Ahad, 28 Januari 2024

Makan Full Spring Chicken Meal di Borenos Fried Chicken

Bismillahirrahmanirrahim.
31 Disember 2023 bersamaan hari Ahad. Penghujung tahun 2023. Kami bersiap-siap untuk daftar keluar Oceania Hotel. Fairuz datang untuk mengambil kami, dan terus menuju ke Kota Kinabalu Airport. Penerbangan kami ke LD dijadualkan pada pukul 2:00 petang dengan menaiki pesawat MASWings.

Beberapa kali juga Abang Aznan telefon Encik Suami, bertanya kenapa paman tidak mahu datang ke rumahnya? Bukan tidak mahu datang bang, kami kesuntukan masa. Begitulah jawapan Encik Suami. Maklumlah, perjalanan jauh menuntut tenaga kami yang sudah dalam kategori bukan muda. Lain kali paman datang rumah abang, begitulah janji Encik Suami. Sehingga ke hari ini setiap kali telefon Encik Suami, Abang Aznan sentiasa mengingatkan supaya Encik Suami datang ke Kota Kinabalu waktu cuti sekolah nanti.

Jam menunjukkan angka 11:30 pagi. Pada mulanya Fairuz hendak bawa kami makan sup ikan lagi, tetapi di restoran yang berlainan. Sayangnya restoran tersebut tutup. Fairuz kata, biasanya kalau restoran tutup bermaksud tiada bekalan ikan segar. Menurut Fairuz, di penghujung tahun memang tidak banyak ikan yang dibekalkan kerana ombak besar, dan kapal tidak banyak yang turun ke laut.

Fairuz melencong menuju ke Jalan Asia City dan membawa kami makan di Borenos Fried Chicken yang terletak di:
Lot G23,
Kompleks Asia City,
Jalan Asia City,
88000 Kota Kinabalu, Sabah.

Full Spring Chicken Meal

Kami memesan:
  • Full Spring Chicken Meal  1 - RM50.00
  • Borenos Rice 4 X RM3.90 =RM15.60
  • 3 Minuman Panas = RM15.30
  • SST = RM4.58
    JUMLAH = RM80.90

Bahagian luar tempat makan Borenos Fried Chicken
Sumber - Google



Tempat makan juga tersedia di bahagian dalam restoran. Ruangannya agak luas. Borenos Fried Chicken mempunyai sijil halal. Yang rindu-rinduan hendak makan KFC bolehlah tukar selera ke BFC pula ....ahaks! 

Borenos mengambil idea daripada dua nama iaitu Borneo dan Sabah. Maka muncullah perkataan BORENOS. Apa yang menarik di sini sudah tentulah penyediaan makanan dari sekecil nugget sehingga sebesar seekor ayam!

Selain Borenos Fried Chicken  Asia City, terdapat dua lagi cawangannya di:
  • Borenos Papar, Plaza 22, Kampung Sapat Papar
  • Borenos Alamesra, Jalan Sulaman, Kuala Menggatal

Sumber - Google




Minuman panas setelah ditambah gula dan creamer.

Ayam goreng nan seekor ini didatangkan bersama coleslow, fries dan segelas soft drink.

Saiz ayam goreng seekor ini tidaklah besar sangat.
Bolehlah kami berempat habiskan.

Kulitnya nampak garing. Sedap!

Bismillah.

MASwings : Kota Kinabalu- Lahad Datu

Tepat pukul 12:15 tengah hari, kami sudah berada di Kota Kinabalu Airport. Setelah daftar masuk bagasi kami terus ke ruang menunggu, dan solat jamak di surau. MASwings menepati masa : Terbang pukul 2:00 petang dan mendarat di Lahad Datu tepat 2:55 minit petang.



Dengan ini berakhirlah catatan perjalanan Lahad Datu - Kota Kinabalu - Kuala Lumpur - Selangor - Perak - Johor - Negeri Sembilan - Kedah - Penang selama lebih kurang dua minggu bermula 16 Disember sehingga 31 Disember 2023. Berapa hari? Lebih kurang 16 hari rupanya.

22 ulasan:

  1. wak ingtkn salah ejaan Borneo tadi., hehe
    sedap ayam goreng tuuh

    BalasPadam
  2. Steady Daus... Caption bismilah... Tangan dia dah sampai ke mulut!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia tak sarapan Uncle. Tu yang kelaparan...hahaha!

      Padam
  3. Balasan
    1. Biarlah dia sapu air matanya sendiri kan Wak.

      Padam
  4. Fuhhh.. 2 minggu bercuti.
    best.. best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuti balas dendam tu Faizah. Kerja sampai bengkok, masa cuti lupakan segalanya.

      Padam
  5. ya Allah, sedap sungguh ayam goreng sekoq tu.. biasanya kami yg IFKETO ni akan pilih ayam camni untuk makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo IFKETO rupanya dia.
      Puas kami meratah ayam sekoq gini. Tak makan nasi pun tak apa.

      Padam
  6. Minuman panas tu sedapnya dihirup suam-suam. celik mata dibuatnya! Wahh ayam dia nampak garing betul. Nampak besar juga tu, sesuailah untuk hidangan 4 orang kan. Tudiaaa pusing Malaysia kak Amie dan keluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Habis licin segala makanan dan minumannya tu Fizah.
      Memang pusing habis Malaysia Barat dan Timur. Kata Mama Cella kami tawaf satu Malaysia hihihii.

      Padam
  7. Serengah bulan di Malaya...Puas jenjalan sambil ziarah..Selamat kembali ke Borneo

    BalasPadam
  8. Tentu ribanan yg habis dalam 16 hari tu, Kak Amie. Betullah, bila dah berusia ni, tenaga dah kurang tak macam muda-mudi dulu. Bestnya kalau BFC tu ada cawangan di JB.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Semuanya dalam bajet SK. Tujuannya untuk bersama keluarga dan anak-anak. Syukur selalu. BFC memang bestlah SK. Tapi cuma ada di KK sahaja. nanti datang KK dan masuk lagi BFC.

      Padam
  9. sedapnya borenos fried chicken ni. syu biasa beli di grabfood je, xpernah mkn dkt kedai dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam-macam pilihan ada. memang sedaplah kami meratah ayam sekoq tu Syu.

      Padam
  10. Di Borneo sahajalah kan ada restoran ni. Terliur plak kiter yang dah lama tak makan KFC ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya di Sabah sahaja kot yang ada. Tak pastilah di Sarawak ada atau tidak.

      Padam
  11. harap2 tak lama lago BORENOS akan mendarat kat semenanjung pula

    BalasPadam
  12. Tapi lihat bentuk ayamnya, saya lebih suka yg ini kak, garing nya bukan tipe yg crunchy sangat macam KFC. Saya tak terlalu suka yg terlalu kriuk seperti itu 😂.

    Sayangnya baru ada di Malaysia sabah Serawak yaa. Semoga lah cepat buka di KL

    BalasPadam