Pages

Ahad, 14 Januari 2024

Jalan-Jalan ke Kampung Agong (4) - Menikmati Keindahan Sawah Padi dan Daun Nyiur Melambai

Bismillahirrahmanirrahim.
Bagi diri ini dan mungkin bagi yang lain, menikmati suasana sawah padi dan daun nyiur melambai-lambai dari pohonnya  memang tidak pernah menjemukan mata memandang. Subhanallah! Sesungguhnya alam ciptaan-Nya tiada tolok bandingan. Pergilah ke mana sahaja, sekiranya terpandang sawah padi luas terbentang ketika sedang menghijau atau menguning, susah kita hendak kelipkan mata. Sepanjang kami jalan-jalan ke Tanjung Karang, Sekinchan dan Perak tiada kesempatan untuk bergambar di sawah padi. Rezekinya ada di Kampung Agong, nun jauh di utara.

Jadi, apalagi?
Ambillah kesempatan tangkap gambar sebanyak yang boleh walaupun dengan menggunakan HP cap kapak sahaja.

Sambil merakam suasana sawah padi, teringat lagu berirama keroncong alunan merdu Allahyarham Sudirman Haji Arshad berjudul Indahnya Alam. Tidak cukup lagu itu, terngiang-ngiang suara Jeffrydin dengan lagunya Seruling Anak Gembala. Tidak lupa lagu dendangan Flybaits iaitu Keindahan Alam.  Antara lirik yang menarik perhatian sudah tentulah adanya perkataan berkaitan alam sekitar seperti sawah dan pohon kelapa:

Angin berbunyi di pohon kelapa
Membawa berita kabar yang jauh
Sambil menyanyi berbisik apa
Betapa indahnya jika kutahu
Alangkah indahnya alam 
(Indahnya Alam - Sudirman Haji Arshad)

Sawah luas terbentang
Hijau nan menawan
Jauh pandangan
Di situ tempat permainan
(Seruling Anak Gembala - Jeffrydin)

Suasana yang indah dan permai
Pohon nyiur pun melambai
Suara alam mendayu, menyanyi laguku
Bagai hati yang pilu, yang merayu
(Keindahan Alam - Flybaits)


Jom, sambil nyanyi sambil kita tengok beberapa keping gambar pemandangan sawah padi dan pokok kelapa di Kampung Agong.












Jumpa lagi!

17 ulasan:

  1. cantiknya. bagi saya ni antara underrated tarikan di Penang. Nak pinjam topi boleh? hehe

    BalasPadam
  2. Ada rumah dengan ukiran sawang labah-labah. Unik.

    BalasPadam
  3. Menarik sungguh..Terbayang cikgu sedang merakam video klip setiap lagu yang didendangkan..hihihi..
    Saya yang dok lalu Penang pun takdan nak singgah lagi ni

    BalasPadam
  4. Cantiknya penuh kehijauan. Segar mata memandang.

    BalasPadam
  5. rindunya dgn suasana sawah ni. dah terlalu lama saya tak tengok depan mata. rindu nak tinggal kat rumah kebun dikeliling padi yg menghijau dan menguning ketika masak

    BalasPadam
  6. Tak pernah jemu memandang sawah padi 🥰

    BalasPadam
  7. Subhanallah memang cantik, dengan sawah yang menghijau nya pokok kelapa tu alahai memang sejuk je mata memandang.

    BalasPadam
  8. Saya pun suka pemandangan sawah padi. Boleh duduk berjam tengok padi je. Rasa tenteram di hati. :)

    BalasPadam
  9. cantik sangat2.. xjemu2 memandang.. teringin nak g lawat padi lagi..

    BalasPadam
  10. Cantik pemandangan padi sedang subur menghijau. Masa Mrs. A pergi dulu baru lepas di tuai tinggal tunggul hehehee

    BalasPadam
  11. Subhanallah cantiknya gambar pemandangan semua tu.

    BalasPadam
  12. Walaupun setiap tahun pergi penang, tapi yang nama kampung agong ni… haihhh tak sampai-sampai juga saya ke sana
    Cantik kan pemandangan kat sini?
    Ada rezeki bulan depan nak singgah jugalah.
    Teringin juga berposing berlatar belakangkan kampung 😉

    BalasPadam
  13. sama lah saya suka melihat keindahan alam. Rasanya macam nak lepak kat tepi sawah sambil di belai angin nan melambai-lambai. Syioknya

    BalasPadam
  14. Cantiknya pemandangan...pemandangan macam ni yang SA impikan

    BalasPadam