Bismillahirrahmanirrahim.
Dari Kampung Agong, Fairuz terus memandu ke Bukit Mertajam mencari tempat penginapan kami yang beralamat di:
De Luma (The Rumah),
11 Tingkat Binjai 13, Bukit Mertajam,
14000 Pulau Pinang.
De Luma Sunflower |
Homestay ini terletak di tingkat atas kedai. Tinggilah juga kami kena mendaki anak-anak tangga dari bawah. Di bawahnya deretan kedai pakaian, restoran dan sebagainya. Di hadapannya pula gerai makanan. Dan bertepatan dengan pintu masuk, boleh dilihat dengan jelas tulisan Pasar Awam Taman Sri Rambai. Kebanyakan tempat makan yang berhampiran adalah kategori non halal.
Harga untuk penginapan di sini RM325.85. Tuan homestay meminta bayaran deposit security sebanyak RM300.00. Setakat ini, jumlah ini merupakan jumlah paling tinggi pernah kami bayar. Biasanya tuan homestay hanya meminta RM100.00 sahaja.
Termengah-mengah juga apabila sampai di tingkat atas. Itu kita! Tak bawa sebarang bebanan. Terlebih mengah sudah tentulah Encik Suami yang mengangkut beg pakaian. Fuad dan Fairuz, kedua-duanya orang muda. Jadi barang yang lain bujan berdua inilah yang angkut naik ke atas.
Cantik warna kerusi di ruang makan.
Jom kita masuk bilik.
Ada dua tuala, maksudnya untuk dua oranglah kan.
Ada dua tuala, maksudnya untuk dua oranglah kan.
Bilik tidur ini agak luas.
Ada sofa di sini. |
Bilik ini terletak di bahagian belakang, selepas melalui dapur dan berhadapan dengan bilik air.
Dua helai tuala disediakan di atas katil.
Di bilik tidur utama pula, ada dua buah katil. Satu queen dan satu king.
Ruangannya luas.
Setiap katil disediakan dua helai tuala. Ada empat helai tuala kesemuanya. |
Ruang dapur agak kecil tetapi tetap selesa.
Peti sejuk saiz besar.
Ada oven, penapis air minuman dan dapur eletrik.
Sinki di hadapan bilik air.
Bilik mandi.
Bilik tandas.
Budak-budak ni buka overhead projector ke? O ya! WIFI di sini ok. |
Malam itu kita guling-guling atas katil king.
Tak sempat hendak santai-santai di luar. Cuma sesekali terdengar sayup-sayup Fuad dan Fairuz berkaraoke. Tak faham pun apa lagu yang dinyanyikan sebab dalam bahasa Cina. Budak-budak berdua ini kan dulu sekolah Cina, jadi fahamlah lagu-lagu dalam bahasa Mandarin.
Booking.com berikan 8.5 untuk De Luma Sunflower. Setakat ini kita belum beri rate sebagaimana yang diminta oleh Booking.com. Apa pun, ini merupakan pengalaman pertama bermalam di kawasan rumah kedai dan kami tidur nyenyak sepanjang malam!
puas hati tgk homestay cam ni. katil pun nampak empuk je tu.
BalasPadamNampak luas tempat penginapan.
BalasPadamRumah kedai ya kak Amie? Cantikkk
BalasPadamkemas dan cantik..tenang nk bermalam
BalasPadamNampak selesa HS tu walau di deretan rumah kedai.
BalasPadamSiap ada projector lengkap dengan sound system.
seram pula sy dgr minta deposit byk tu
BalasPadamkalau sy tu menggagagu nak cari cash
sejenis yg malas simpan cash
harapkan online dgn kad debit je
hahaha
tapi memang kemas dan teratur je homestay ni
saya suka!
Rumahnya cantik tapai eknapa deposit sampai RM300
BalasPadam