Pages

Ahad, 14 Januari 2024

Jalan-Jalan ke Kampung Agong (3) - Welcome to Mini Zoo

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom kita ke Mini Zoo Kampung Agong.
Walaupun cuaca panas, tapi melihat keterujaan anak-anak, kita pun ikut raikan sama masa-masa riang mereka.

Welcome ti Mini Zoo.



Nampak tenang dan damai sahaja suasananya. Memang rasa selesa berada di kawasan terbuka, dikelilingi sawah padi dan panas-panas redup di bawah pokok kelapa! Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menambah rasa ingin berlama-lama di sini.



Melangkah kaki ke sini seolah-olah berada di pekan koboi!


Walaupun tidak gah seperti zoo negeri atau zoo negara, tetapi tetap memberikan pengalaman yang menhyeronokkan terutama untuk anak-anak yang sukakan haiwan.




Hai Pak Belang!
Auuuummmm!


Burung bayan atau burung kakak tua?
Cantik kan.



Encik Suami sudah menyandar di pekan koboi. Di sebelah sana ada kandang kuda!



Fuad dan Fairuz sudah bersedia membawa Firdaus untuk mengembara ke dunia haiwan.


Firdaus membeli sebaldi kecil makanan untuk haiwan-haiwan yang akan dilawatinya.


Ada pelbagai jenis ayam, tapi ambil gambar ayam ini sahaja.


Itik dan angsa hidup harmoni bersama.




Kita tinggalkan anak-anak dan Encik Suami yang leka melayan ayam itik, kambing, arnab dan sebagainya di Mini Zoo. Kita hendak tangkap gambar sawah padi dan persekitarannya.




Indahnya alam ciptaan Allah.
Subhanallah!

7 ulasan:

  1. Ingatkan ada pak belang betul-betul. tanjat gak tadi sebab katanya mini zoo

    BalasPadam
  2. Tengok panorama ayam itil tu dan dan rasa nak pencen balik bela ayam itil kat kampung macam tu jugak

    BalasPadam
  3. cantik betul kak, dari dok tengok haiwan tu baik kita ambil gambar dengan sawah padi ye kak, maklum haiwan tu ada yang kita dh biasa jumpa waktu kecil dulu

    BalasPadam
  4. Teringin nak datang lagi sekali ke Kampung Agong masa musim padi menguning keemasan.

    BalasPadam
  5. Dulu pernah terbaca pasal Kampung Agung ni dari blog SK, macam menarik je. Tapi bila entah dapat ke sana.

    BalasPadam
  6. Seronoknyaaaa!!! Walaupun mini zoo tapi saya percaya banyak anak-anak boleh belajar dari sini.
    Saya pula yang teruja bila tengok gambar-gamabr ni kak!
    kalau dah sampai sana entah macam mana laa tahap excied nya tu. Hahaha…

    BalasPadam
  7. Sudah tentu Firdaus yang paling happy kat sini kan...cantik pemandangan sawah padi..

    BalasPadam