Bismillahirrahmanirrahim.
Nampak raut kecewa di wajah Firdaus kerana tidak dapat naik basikal. Bukan apa. Basikal saiz kecil sudah habis disewa oleh kanak-kanak lain. Amie pujuk Firdaus : Mau tak naik kuda? Wajahnya kembali ceria. Cepat-cepat Firdaus jawab : Mau! Mau!
Ayok kita ke kandang kuda di hujung sanun.
Firdaus sedang menunggang kuda. |
Horse Stable |
Sementara menanti giliran menunggang kuda, kami menghampiri kandang kuda menemani Firdaus memberi makan seekor kuda di situ.
Firdaus membeli sendiri lobak merah untuk diberi makan kepada kuda di situ.
Sebiji lobak merah, harga RM3.00.
Seronok betul Firdaus dapat beli lobak merah.
Sayangnya belum pun sempat ambil gambar, sang kuda terus meragut lobak merah yang dihulur Firdaus! Terlepaslah lobak merah dari tangan Firdaus ke mulut kuda! Selepas habis mengunyah lobak merah, sang kuda pun balik ke tempat asalnya, berdiri di hujung sanun.
Encik Suami pula pasang badan jadi model di sini. |
Sekarang Firdaus sudah berada di atas kuda, mengelilingi sawah padi.
Harga tiket : RM15.00 untuk satu pusingan selama tiga minit.
Simpan di sini gambar-gambar Firdaus naik kuda di Kampung Agong.
Nampak seronok sangat Firdaus dapat menunggang kuda!
Okey Firdaus!
Banyak gambar Mommy tepek di sini untuk tatapan Firdaus bila-bila masa.
Banyak gambar Mommy tepek di sini untuk tatapan Firdaus bila-bila masa.
Fairuz membawa Firdaus memberi makan kuda sekali lagi. Belum pun sempat Firdaus ambil lobak merah dari tangan Fairuz, ada tangan kecil lain yang tiba-tiba menyambarnya dari tangan Fairuz dan terus hulur ke mulut sang kuda! Entah anak siapa pula. Hahahaaa... Fairuz hanya mampu garu kepala!
Mula-mula kami hendak naik tram, lepas itu tak jadi pula. Nasib baik belum beli tiket.
Sekarang sarang burung tempua sudah agak lengang. Bolehlah tangkap gambar. Sebelum ini, sampai berbaris orang pengunjung hendak mengambil gambar!
Sekali lagi Encik Suami jadi model duduk bawah pokok kelapa! |
Tak sabar hendak ambil gambar suasana sawah padi di sini! |
Seronok Firdaus naik kuda. Best tempat ni Kak Amie. Nanti email details ya. Scroll post Salam 2024 :)
BalasPadamsarang burung tempua tu memang tempat viral bergambar kalau orang ke Kampung Agong. OK la tu Firdaus, basikal anytime boleh naik. Kuda tak dapat
BalasPadamAla...kuda pun terus ragut carrotnya...lapar agaknya..hihihi
BalasPadamWahhhh..naik kuda lagi menarik, basikal kat kampung nanti boleh naik.
BalasPadammujur la ada kuda untuk dinaiki hilang la merajuk Daus ya... tapi kesian betul kene scam kes Daus dan Fairuz masa nak bagi kuda makan hehehhe
BalasPadamHahahah.. melampau ya budak yg rampas lobak dari tangan Fairuz tu 🤣
BalasPadamEee melampaunya perangai!
BalasPadamTak suka saya orang berperangai macam ni.
Tak kiralah kecik ke besar…
Sabar ya Firdaus…
Yang penting Firdaus enjoy dapat dating ke sini…
Kami yg duduk Malaya ni pun tak sampai2 lagi.
hahaha
Nakal ye budak tu...nasib baik budak..hehehe...seronok betul nampaknya firdaus naik kuda...
BalasPadam