Pages

Selasa, 23 Januari 2024

Menjamu Selera di Rot Thai Steamboat & Grill Gombak

Bismillahirrahmanirrahim.
Bapa mentua Abang Farid sudah tempah tempat makan di Rot Thai Steamboat & Grill Gombak. Abang Farid kata, datang pukul lapan malam. Kami minta sedikit waktu memandangkan perjalanan yang sedikit tergendala sewaktu ke Bukit Fraser. Alhamdulillah sebelum 8:30 malam kami sudah berada di Rot Thai Steamboat & Grill Gombak, tidak jauh dari tempat penginapan kami di Taman Gombak Permai.

Empat Abdul berpakaian sedondon!


Encik Suami bersama besan, Tuan Haji Nicholas Slyvester.

Kali ini cuba steamboat ala Thai pula.



Seperti kebiasaan tempat makan steambot and grill memang banyaklah pilihan makanan di sini.









Ada mangga dan pulut.





Setiap kali makanan mula berkurangan, terus diisi semula.




Banyak lauk-pauk disediakan, tapi kita hanya tumpukan kepada makanan yang kita hendak makan sahaja ... ahaks!


Apabila ternampak laksam, kita dah tak pandang yang lain!

Ini kerja Fuad dan Fairuz.


Ini hidangan pertama kita:
Laksam.
Kerabu mangga, tembikai dan manisan.
Sotong dan isi ikan.

Celur saja dalam kuah sup, angkat dan tuang sos.

Ini kali kedua kita ambil laksam.

Kali kedua ambil sotong dan isi ikan.

Suka sangat makan isi ikan dengan sotong, sampai terlupa hendak rasa yang lain seperti ayam, kambing dan daging lembu.

Ambil hirisan mangga dengan santan tapi lupa bubuh ais!

Ambil beberapa jenis dessert.

Fuad ini, di mana-mana asyik jumpa ais krim Malaysia!


Kami duduk di bahagian luar, di bawah khemah kuning.
Rasa luas dan lapang serta berangin.


Alhamdulillah.
Aseeyah pun sudah sihat.
Walaupun di awal kedatangan kami tidak dapat ziarahi keluarga Aseeyah, tetapi di penghujungnya sebelum kami balik ke LD, Allah rezekikan kami untuk bertemu mereka.

Abang Farid & Fairuz, dua beradik yang saling menyayangi.


Terima kasih besan kami berdua belanja kami anak beranak menjamu selera di Rot Thai Steamboat & Grill Gombak. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

33 ulasan:

  1. Ramainya menu sesedap
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
  2. tgk dessert section tu bestnya. tgk pun berselera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dessert ala Thai memang sentiasa menyelerakan.

      Padam
  3. Alhamdulillah dapat juga bertemu dan menjamu selera bersama. Semoga murah rezeki yang belanja. Wahh sedondon semuanya anak beranak. Sedap sangat ikan dan sotong tu sampai lupa yang lain. Hihi..kalau dah sedap of course itu je lah kita ambil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama tak makan laksam. Berulang mengambilnya.

      Padam
  4. bukak je sini terus nampak baju sedondon anak beranak... nice gitu... daus lambat lg la nk join the club... hehehe

    BalasPadam
  5. Macam-macam ada, ni kalau penggemar buffet steamboat pasti suka.
    Tampan sedondon anak2 lanang dengan babahnya.. Firdaus je tak pakai sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian Daus, tak dapat sedondon. Tak ada saiz budak.

      Padam
  6. Sedondon anak² & ayahnya 👍
    Macam familiar nama besan Kak Amie ni ☺️
    Pernah makan disini, memang meriah makanan dan pelanggan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya PH. Kalau perasan mungkin PH kenal juga.

      Padam
  7. Rot Thai ni antara kedai stimbot favourite saya sebab variety. Tak bertanya pulak Firdaus dia takde baju sama dengan abang-abangnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Firdaus tak terfikir kot kenapa baju tak sama. Lagi pun memang tak ada saiz yang sesuai untuknya.

      Padam
  8. ala Daus je takde baju sedondon, tak aci lah. Macam-macam pilihan kak, mesti rambang mata tu

    BalasPadam
  9. Meriah sungguh pilihan makanannya. Kena tuju mana yang kita suka dulu, nanti perut dah penuh tak sempat merasa pulak 😄

    Sedondon anak beranak 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Ujie.
      Saya dah lama tak jumpa laksam. Sedap pula tu. Ambil semangkuk kecil, bolehlah tambah lagi.

      Padam
  10. Macam best je steamboat dan grill kat sini..banyak itemnya...mesti puas hati makan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best SA. Dari perut kita sajalah, boleh tampung banyak mana.

      Padam
  11. wahh.. banyaknya pilihan. Rambang mata dan tekak ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang matanya rambang, tapi tekak kembang kuncup juga nak terima banyak mana yang termampu hihihiii.

      Padam
  12. Ternyata sudah ada anak kak Amie yg menikah yaa... ☺️. Terlihat bagus restorannya. Dan lagi menu pun aneka macam. Thai culinary memang paling pas untuk kumpul ramai. Krn rasanya biasa sesuai dengan lidah dan selera asia ❤️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Fanny. Anak sulung kami sudah menikah 2021.
      Thai culinary memang sentiasa memenuhi citarasa. Menunya cukup rasa masin, masam, manis dan pedas.

      Padam
  13. Alhamdulillah seronok bila tgk ahli keluarga yg rapat syg menyayangi :D
    semoga kekal ceria dan semakin kuat ukhwah :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya Allah.
      Apabila anak-anak sudah tamat belajar dan bekerja, tidak selalu dapat berjumpa. Sesekali berkumpul dan bercuti bersama, syukur Alhamdulillah.

      Padam
  14. Sini pun pernah lalu je tak pernah singgah lagi... banyak pilihan...

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah...baru sempat BW...
    Dah nampak Kak.Aseeyah dan ayahnya..
    Rupanya Kak Aseeyah ni mix yer..patut la cantik dan ayu ...Semoga ukhwah berkekalan hingga ke syurga🤲🤲

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, mix. Cina & Dusun sebelah ayahnya, Cina Yunan sebelah ibunya.

      Padam
  16. kak amie, itu laksa bukan laksam. laksam yang lebar macam kuetiau tapi tebal sikit dari keutia. tapi laksa kelantan dan laksam kuah dia sama...heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo ye, baru perasan itu laksa ye sebab teruja tengok kuahnya sama macam kuah laksam.

      Padam
  17. wahhhh sedondon sedondeng gituuu
    sy suka kalau ada banyak pilihan mcm ni
    boleh jadi rambang dibuatnyaaa
    ahahaha

    BalasPadam