Pages

Sabtu, 9 Disember 2023

Anekdot Teluk Belanga : Baju Baskad Tari Melenggok

Bismillahirrahmanirrahim.
2023 sudah hampir ke penghujungnya!
Daku terlupa untuk berkongsi beberapa buah hasil tulisan yang diterbitkan pada tahun ini. Antara yang terbit pada awal tahun 2023 ialah Anekdot Siri Warisan Budaya berjudul Teluk Belanga. Himpunan anekdot ini dihasilkan bersama 12 orang penulis.

Siri Warisan Budaya : Anekdot Teluk Belanga


Teluk Belanga menampilkan buah tangan 12 orang pengkarya mengungkap perihal pakaian. Gabungan antara fakta tentang warisan budaya, yang tersirat dan tersurat mampu menjadikan peristiwa kehidupan diangkat menjadi karya yang sangat menarik.

Amie tidak ketinggalan mengangkat pakaian tradisional masyarakat Melayu Cocos bertajuk Baju Baskad Tari Melenggok sebagai menghargai warisan budaya sebelah Encik Suami. Juga sebagai kenang-kenangan buat generasi muda khususnya anak-anak Cocos hari ini dan akan datang.

Baju Baskad Tari Melenggok - Salami Simon

Kali ini Amie tampilkan watak-watak ahli keluarga termasuk Farid, Fuad, Fairuz dan Firdaus. Semoga hasil tulisan ini dapat menjadi tatapan anak cucu apabila kita sudah tiada. Anekdot Baju Baskad Tari Melenggok mempersembahkan cerita kecil di celah-celah kemeriahan di majlis perkahwinan masyarakat Melayu Cocos. Pada masa yang sama, tema yang ingin ditonjolkan sudah tentulah pakaian tradisional pengantin dan baju baskad yang dikenakan oleh para penari ketika mempersembahkan tarian melenggok.

Senarai istilah bahasa Melayu Cocos berserta takrifnya.

Teluk Belanga : Anekdot Siri Warisan Budaya

7 ulasan:

  1. Masyaallah.. dalam sibuk tugas harian, Cikgu Amie masih sempat menulis.
    Salute sangat.
    Tahniah cikgu. Pasti Farid, Fuad, Fairuz dan Firdaus sangat bangga dengan mommy. Buku-buku yang ditulis pasti akan diturunkan pada anak-anak mereka pula. Bahkan tulisan cikgu memberi manfaaat pada orang lain.

    BalasPadam
  2. Tahniah atas kerja keras, semoga terus semanggat berkarya dan terus berjaya..

    BalasPadam
  3. Tahniah Kak Amie 💐
    Buku Kinabalu tu anak² sy suka betul, terutamanya kisah Daus nak daki gunung tu. Teruskan usaha Kak Amie, moga ada lebih banyak karya dari akk.

    BalasPadam
  4. busy dengan kerja hakiki.. tugas sebagai isteri dan ibu, menulis blog...eh..masih ada ruang untuk berkolaborasi menulis buku. terbaik kak amie...

    BalasPadam
  5. Oh, baju baskad tu khas untuk penari ya. Teluk Belanga pula warisan Tanah Jauhar, maaf jika sy salah ya, Kak Amie.

    BalasPadam
  6. Selamaaat kak Amie. Kalo ada dijual Kat sini, saya teringin beli bukunya. Kliatan menarik saat baca judul2 isi buku 😍👍

    BalasPadam