Bismillahirrahmanirrahim.
Salam silaturrahim dari Borneo.
Orang sanun sarapan apa pagi ini?
Kita berkira-kira untuk sarapan nasi lemak. Maka menujulah ke Bandar Sri Perdana, singgah di warung jual nasi lemak. Hasilnya bukan sahaja bawa pulang nasi lemak, tetapi ikut serta nasi kuning dan kuih-muih.
Apabila banyak jenis sarapan yang ada, jadi tidak perlulah tergesa-gesa untuk masak tengah hari nanti. Lagi pun tidaklah muat perut dengan sumbat segala makanan sekali harung! Nasi lemak sebungkus dan minuman secawan pun sudah cukup mengenyangkan! Nanti, kalau lapar, bolehlah makan kuih yang masih berbaki.
Nasi Lemak Nasi Kuning Karipap Kuih Penjaram Kuih Lenggang Jemput-jemput. |
Secawan minuman Susu Jahe Sidomuncul. |
Nasi Lemak |
Nasi Kuning |
Karipap |
Jemput-jemput. |
Kuih Lenggang |
Kuih Penjaram |
Amie : Nasi Lemak |
Encik Suami : Nasi Kuning Sambal Ikan |
Firdaus : Nasi Kuning Ayam |
Nampaknya cuaca cerah ketika ini. Harap-harap keringlah pakaian di jemuran. Sepanjang hari ini hendak memerap di rumah sahaja. Kawan-kawan ke mana di hari minggu begini?
alahai kak amie... bukan saja sarapannya sedap.. piring kuihnya juga sedap di pandang...hihihi...
BalasPadamSelamat bersarapan!
BalasPadamMenarik kuiu muihnya..
BalasPadamSedap nampak semua menu sarapan tu. Favorite kami jugak. Susu jahe pernah minum dulu, mula2 mcm pelik lepas tu ok je.
BalasPadamRamai kawan yg ikut balik tu. Jahe tu halia kan?
BalasPadamTak memasak pun tidak mengapa jika sudah sebanyak ini beliannya, Kak Amie.
BalasPadamlengkap terus menu akak tu dah alang-alang beli sarapan kan
BalasPadamKuih lenggang tu sama kot macam ketayap.
BalasPadamSamalah kak.. memerap kat rumah. Nak relax2 je.
Meriah sarapan akak ya. Nak sikitπ€£
BalasPadamKenapa semua terlihat sedap, di tata rapiii pula ππππ. Bikin semangat kan nak makan lihat beginiπ. Nasi lemak dan nasi kuning tu kak Amie ππ.. seandainya ada alat yg bisa merasakan makanan di foto yaa π€£π€£
BalasPadam