Pages

Ahad, 10 Disember 2023

Bakso Special Penuh Pentolan di Depot MMBK

Bismillahirrahmanirrahim.
Beberapa minggu lepas, setelah hantar Firdaus ke sekolah agama, kita hendak makan masakan berkuah seperti sup.  Encik Suami ajak makan bakso di Bandar I-Peak. Katanya, dia pernah makan di situ bersama kawannya. Nama tempatnya Depot MMBK, tapi tak pasti apa maksud MMBK itu. Ada tulisan di harapan kedai makan : Bakso  _odo Moro Mbak Sugi. Sebelum perkataan _odo itu, tak dapat dibaca sebab tertutup oleh lampu. Ini kita tengok dalam gambar yang kita tangkap.

Bakso Special


Depot MMBK

Antara menu  bakso yang ada di sini termasuklah:
  • Bakso Ayam
  • Bakso Daging
  • Bakso Tauhu
  •  Bakso Special
  • Bakso Urat
  • Bakso Tenis
  • Baksi Tenis Daging
  • Bakso Beranak Mini
  • Bakso Beranak Jumbo
  • Bakso Mercun Mini
  • Bakso Mercun Jumbo
  • Bakso Lava
Botol kicap dan botol sos cili ditudung dengan plastik. Bagusnya! Taklah disinggahi lalat.


Amie memesan Bakso Special. Sekali sampai ke meja, penuh mangkuk dengan pelbagai jenis pentolan! Nampaknya tidak sempatlah kita makan bihun di bawah timbunan pentolan sebab sibuk mengunyak macam-macam jenis bebola di atasnya!

Encik Suami : Mee Hoon Sup Ayam


Mee Hoon Sup Ayam pun dipenuhi dengan taburan daging ayam!

Bakso Special

Kita perahkan jus limau kasturi, tuangkan sedikit kicap manis dan sos cili serta sambal / lada cili padi di atas Bakso Special sebagai penambah rasa. Di akhir cerita, kita mohon bantuan Encik Suami untuk habiskan Bakso Special yang penuh dengan pelbagai jenis bebola dan pentolan ini!

Harganya?
Kita tidak ingat berapa jumlahnya. Lupa hendak tanya Encik Suami.

Selesai makan, kami menuju ke Eco Fresh Coldstorage untuk membeli sayur dan ikan.

16 ulasan:

  1. Bakso ni memang kesukaan saya ni.. bila balik pontian mesti kena bakso, di pontian banyak yg jual bakso... gerai bakso je.. tp sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semerbak aroma kuah sup bakso. Itu yang sangat menggoda selera.

      Padam
  2. Sedapnya bakso ni, mewah dgn segala rencah, terbaik 👍

    BalasPadam
  3. Teringin nak makan mee celup. Belum jumpa lagi kedai yg ada mee cwlup di Seremban. Slalu kalau di KL banyak kedai tomyam ada jual tp di Seremban agak hampa

    BalasPadam
  4. Mungkin namanya bakso Podomoro kak Amie 😀, bakso memang makanan rakyat,siapapun dan usia berapapun suka bakso karena campuran rasanya yang gurih pedas dan kuahnya yang terasa kaldunya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, barangkali huruf "P" yang terlindung itu kan.
      Saya sangat sukakan kuahnya. Sudahlah sedap, semerbak aromanya cukup mengundang selera.

      Padam
  5. Terbayang, tentu sedap bakso ini melihat pada penampilannya, Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa pentolan itu sama sahaja baik yang besar atau yang kecil, dan yang membezakan ada yang isi telur rebus. Yang buat berselera tu rasa kuah supnya. Sudahlah sedap, aromanya mengancam selera.

      Padam
  6. mesti sedap betul kan kak, yelah mmg resepi khas dari tempatnya

    BalasPadam
  7. Puashati kalau pesan special dapat macam ni.

    BalasPadam
  8. Setelah baca komen kak Heni, bisa jadi Kata2 yg hilang itu asalnya Podomoro 😄. Ntah kenapa kalo kuliner bakso dan mie ayam di Jawa , beberapa pake Kata2 Podomoro.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo... dari Jawa rupanya. Terima kasih infonya.

      Padam