Pages

Sabtu, 2 Disember 2023

Menginap Dua Malam di Hotel Alma Jakarta

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Rasa lega yang teramat sangat setelah melintasi Selat Sunda di tengah malam! Lebih kurang pukul 3:20 pagi kami sudah berada di bilik Hotel Alma di Bandar Petamburan, Tanah Abang, Jakarta.

Ruang lobi Hotel Alma.

Bolehlah luruskan pinggang dan kaki sebelum menjelang subuh.


Hotel Alma ini bertaraf dua bintang sahaja.

Seperti kebiasaanya, sebilik dengan Kam.



Kemudahan yang disediakan sekadar seadanya sebagaimana kebiasaan hotel dua bintang.





Ada sejadah dan al-Quran.

Tidurlah dahulu. Bawa-bawa berehat. Sudah berapa malam tidur dalam van, terhentak ke sana, terhentak ke sini! Harap di penghujung malam yang singkat ini tiadalah mimpi ngeri singgah ketika lena. Esok, apabila tenaga sudah kembali terkumpul, bolehlah meronda Jakarta pula.

8 ulasan:

  1. Nampak selesa juga katil & tilamnya tu wpun katanya hotel 2 bintang. Mesti nyenyak tidurnya setelah bermalam² dilambung dlm van :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul PH. Yang penting dapat luruskan badan yang sudah bengkok berhari-hari lamanya hihihii.

      Padam
  2. Biasanya hotel bintang 2 tak menyediakan fridge. Kulkas kecil begiti hanya di bintang 4 ke atas kalo di Indonesia. Biasanya begitu 😄. Jadi kalo dia sampai sediakan, bagus juga berarti.

    Daerah tanah Abang ini pusat niaga kak Amie. Jadi hotel2 di sekitar sana biasanya ramai dari pedagang yang nak ambil barang grosir.

    BalasPadam
  3. lebih kurang sama hotel 2 bintang kat sini.
    wifi laju tak kak?

    BalasPadam
  4. Hotel 2 bintang okaylah kan kak Amie. Buat tempat berehat tidur meluruskan kaki. Bercuti banyak berhabis masa di luar gitu.

    BalasPadam
  5. Hotel pun menarik ye kak amie..ni confirm pergi Tanah Abang ni...SA pi sana memang giler kejap tengok kain2 tu semua

    BalasPadam