Bismillahirrahmanirrahim.
Sepanjang hari ini kami duduk memerap saja di rumah. Di luar mendung sepanjang hari. Kami tiga beranak menghabiskan masa dengan bersantai dan makan bersama-sama. Sebelah petangnya pula, selepas cuci tandas, Firdaus bermain bersama Khalid. Firdaus ajak Khalid masak mi segera di dapur dan kemudian mereka makan berdua. Kita pula buat Ubi Goreng Berempah, sementara Encik Suami merenih serbuk kopi untuk dijadikan minuman petang.
Minum Petang : Ubi Goreng Berempah & Kopi Hitam |
Macam-macam cara untuk membuat ubi goreng. Biasanya ubi direbus terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa rangup terutama di bahagian luarnya. Ada yang hanya bubuh sedikit garam dan kunyit, kemudian terus goreng. Ada yang perap dengan pelbagai rempah. Ada yang tambahkan udang kering dan sebagainya.
Amie rebus ubi kayu hingga empuk, dan kemudian toskan. Selepas itu gaul dengan bawang putih tumbuk, jintan manis dan ketumbar biji yang ditumbuk hingga pecah sahaja, tambahkan sedikit serbuk kunyit dan serbuk cili serta garam / perasa pilihan.
Resipi Ubi Goreng Berempah
Bahan-bahan:
- 2 batang ubi kayu - kupas kulit - potong ikut saiz yang disukai
- 3 ulas bawang putih - tumbuk halus
- 1 sudu kecil jintan manis & 1 sudu kecil ketumbar biji - tumbuk kasar
- 1 sudu kecil serbuk cili
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- garam / perasa pilihan secukupnya
- minyak untuk menggoreng
Cara memasak:
- Rebus ubi kayu hingga empuk. Toskan
- Gaul dengan semua bahan tumbuk, serbuk cili, serbuk kunyit dan garam / perasa pilihan.
- Biarkan seketika.
- Panaskan minyak, dan goreng tenggelam sehingga warna kuning keemasan.
- Angkat dan toskan.
Walaupun mendung dan suhu sejuk-sejuk manja, tetapi apabila hirup kopi panas dan makan Ubi Goreng Berempah cecah dengan sambal tomato, berpeluh-peluh juga kami di dapur!
Dah lama sangat saya tak makan ubi goreng 😄. Dulu waktu masih tinggal ama mama, sering buat ini utk cemilan sore. Saya pula suka makannya saja, nak buat malas hahahahah.
BalasPadamTapi jadi teringin pulak buat. 😄. Save dulu resep kak Amie ini
orang kelantan panggil ni kalau x silap saya: tapai
BalasPadamLama juga tak makan ubi kayu goreng. Biasa nak cepat terus goreng tapi potong nipis untuk cepat masak. Cara yang rebus dulu baru goreng tu paling sedap rangup di luar lembut di dalam. Tapi versi kak Amie dengan rempah ratus ni belum cuba. Sure sedap macam masakan tempe goreng yang biasa saya buat letak jintan manis dan ketumbar. Makan hujan hujan sejuk memang syoklah tapi tetap bahang di rasa sebab dah minum kopi dan masakan panas tu.hihi...
BalasPadam