Pages

Sabtu, 2 Disember 2023

Menyeberangi Selat Sunda : Merak - Bakauheni PT. Aman Lintas Samudera (ALS)

Bismillahirrahmanirrahim.
Malam 30 Ogos 2023 - Kami menyeberangi Selat Sunda dengan menaiki feri PT. Aman Lintas Samudera. Pak Rajaab memandu van masuk ke tempat letak kenderaan di dalam feri. Pukul 10:30 malam kami sudah berada di atas feri. Ruangannya sangatlah luas. Disediakan juga tempat tidur berkatil dalam jumlah yang banyak untuk disewa. 

Gelap malam, tidak dapat melihat apa-apa di bahagian luar feri. Terasa gerakan feri ketika meninggalkan pelabuhan.

Tiket PT. Aman Lintas Samudera






Pelayaran dari Pelabuhan Merak - Bakauheni


Selain tempat duduk seperti kerusi bersandar, disediakan juga tikar dan tilam di bahagian bawah. Penumpang boleh merehatkan diri, baring dan tidur! Nyaman bah di sini. Ada pendingin hawa.


Ada yang duduk bersila menikmati bekalan makanan yang dibawa.


Amie hanya ambil gambar dari tempat duduk sahaja. Malas hendak meronda-ronda sebab mata sudah mengantuk dan badan memanglah rasa letih seperti dipukul-pukul!

Pukul 11:30 malam.


Ada satu peristiwa yang tak dapat dilupakan sewaktu berada di tandas. Setiap kali cedok air dalam baldi dengan gayung, gayung kosong! Dua tiga kali perkara yang sama terjadi. Rupa-rupanya ada tiga lubang besar didasar gayung! Siapalah punya dajal!

Pada mulanya kami sangka tidak banyak penumpang. Apabila feri hendak bergerak, penuh sesak tempat duduk dan bahagian lantai dengan penumpang!


Menurut Pak Herman, pelayaran kami memakan masa selama tiga jam. Tak sempat hendak melihat waktu. Rujuk gambar dalam galeri, sampai di bilik hotel di Jakarta pada pukul 3:22 pagi bersamaan hari Khamis 31 Ogos 2023.

5 ulasan:

  1. Hahahah.. gayung pun pandai scam orang skrg.

    BalasPadam
  2. Adaaaa aja yaa tangan tak berbudi tuh yaaa 😔😤. Ga puas kalo ga merusak.

    Saya blm pernah naik feri penyebrangan ke Lampung jakarta ini.

    Ternyata dalamnya seperti itu.

    Bisa saya bayangkan capeknya kak Amie dan kawan2 yg lain. Ya laah, Krn saya baca itinerary kalian padat sangaaat 😁. Saya pun mungkin tak kuat. Apalagi perjalanan di jalannya juga panjang. Memang hrs stamina kuat kalo perjalanan darat begini

    BalasPadam
  3. Gayung tak bagi kerjasama betul. huhu...lama jugak tu 3 jam mengharungi perjalanan. Haruslah ambil masa ni untuk berehat dan tidur seketika. Bagus jugalah ada banyak kerusi dan boleh berehat baring di bawah juga.

    BalasPadam
  4. Siapa la yang lobangkan gayung tu...dah tu macam mana nak guna..nampak selesa feri tu Kak Amie...yang penting banyak kerusi..3 jam perjalanan..alamak jauhnya

    BalasPadam