Pages

Khamis, 7 Disember 2023

Firdaus Rindu Nak Makan Nasi Goreng Tom Yam di Happy Spoon

Bismillahirrahmanirrahim.
Sepanjang minggu ini Firdaus tidak hadir ke sekolah agama kerana ada peperiksaan tahun enam di sekolahnya. Jadi, selepas sesi persekolahan di sebelah pagi, Firdaus terus pulang ke rumah. Kelmarin, dalam perjalanan pulang merengek-rengek pula hendak makan Nasi Goreng Tom Yam kegemarannya di Happy Spoon. 

Firdaus : Nasi Goreng Tom Yam RM11.50.

Tukang catat makanan yang hendak dipesan.


Encik Suami : Asam Laksa Penang Ayam RM9.50.

Mango Ice Shaved : RM16.50

Biasanya kalau menghadap Mango Ice Shaved memang tak habis walaupun makan berdua dengan Encik Suami. Kali ini pesan satu saja untuk makan tiga beranak. Itu pun tidak habis juga. Penuh isi mangga dalam mangkuk! Encik Suami minta tambahan air suam.

Biasanya Firdaus sibuk hendak makan kentang goreng. Apakan daya, kali ini seleranya lebih kepada Nasi Goreng Tom Yam. Sewaktu makan nasi, matanya asyik mengerling ke arah kentang goreng. Sekali kita pelawa, terus diambilnya kentang goreng dan makan selang-seli dengan Nasi Goreng Tom Yam.

Amie : Cheezy Wedges Fried RM8.00

Bismillah.

Sebenarnya kita dengan Encik Suami tidaklah berasa lapar ketika itu, jadi tidaklah memesan makanan berat.  Kiranya hanya sekadar menemani Firdaus makan sahaja.

Mango Ice Shaved memang sedap!


7 ulasan:

  1. Pasti si Firdaus kecil yang jadi pencatat pesanan👍,lagi seleranya makan nasi goreng kak, walau tetap juga kentang goreng di ambil😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Firdaus suka sangat makan nasi goreng tom yam tapi matanya tetap melerek kentang goreng.

      Padam
  2. Nampak semangat Firdaus ketika hendak menyudu Nasi Goreng Tomyamnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah lama memendam rindu nasi goreng tom yam tu.

      Padam
  3. Hahahahaha Firdaus ini miriiip anak laki2 saya tingkahnya. Dia suka pilih makanan lain, tapi saat melihat makanan saya, nak juga 🤣. Apa yg dimakan maminya, pasti pengen mencoba 😄

    BalasPadam