Pages

Khamis, 7 Disember 2023

Perut dengan Nangka Muda Masak Lemak Berempah

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom meratah Perut dengan Nangka Muda Masak Lemak Berempah. Sengaja potong perut lebar-lebar sehingga tenggelam rupa bentuk nangka mudanya. Tujuan asal memang hendak meratah perut.... ahaks! Sekarang, hanya tinggal kenangan sebab masakan ini diolah pada hari Rabu minggu lepas.


Resipi Perut dengan Nangka Muda Masak Lemak Berempah
Bahan-bahan:

  • 500 gram perut lembu yang sudah direbus empuk - potong ikut saiz yang disukai
  • 400 gram nangka muda yang sudah direbus empuk - potong ikut saiz yang disukai
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 helai daun kunyit - siat dan simpul
  • 2 cawan air
  • 1 kotak santan
  • 1 keping asam gelugur
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 3 cm kunyit hidup
  • 20 tangkai cili padi
  • 1 sudu besar ketumbar biji
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
  3. Masukkan serai, perut, nangka dan asam keping.
  4. Gaul rata dan tuangkan air. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan santan kotak.
  6. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
  7. Apabila kuah mendidih sekali lagi, masukkan daun kunyit.
  8. Keluarkan asam keping.
  9. Padamkan api dapur.
Perut dengan Nangka Muda Masak Lemak Berempah


Encik Suami rajin simpan lebihan lauk. Jadinya, keesokan harinya Amie panaskan lagi dan tambah dengan pucuk pakis. Dengan ini tamatlah riwayat perut masak lemak berempah dengan nangka muda.

6 ulasan:

  1. Memang drooling sangat lihat menu ini 🤤😄😄. Apalagi campur sayur pakis. Susah nak cari pakis di jakarta. Biasanya di sumatera yg banyak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat Fanny.
      Waktu sarapan di warung di Padang tempoh hari, kami dihidangkan dengan pelbagai katupek gulai tunjang, ditambah dengan gulai pakis! Tentu rasa teruja sewaktu menikmatinya buat pertama kali dalam hidup.

      Padam
  2. Satu resep bisa jadi dua jenis sayur ya kak jadinya, saya suka gulai nangka muda,gurih dan sedikit pedas👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gulai nangka muda yang gurih dan sedikit pedas memang enak disantap! Boleh menambah-nambah nasi dalam pinggan.

      Padam
  3. Gitu dia punya tamat riwayat. Mujurlah ada kenangan diabadikan di dapur Kak Amie ni kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah kisahnya SK.
      Hobi kita menulis blog, jadi ada bahan seadanya memang abadikan di sini.

      Padam