Bismillahirrahmanirrahim.
Kita nak kongsikan resipi masakan hari ini yang sangat mudah dan ringkas iaitu Ikan Senangin Lemak Tempoyak. Yang dikatakan mudah sebab tak bubuh bawang putih atau bawang merah seperti masakan Negeri Sembilan, dan satu lagi gunakan santan kotak sahaja. Hasilnya, kuah nampak mulus suci bersih tanpa gangguan perencah. Cilinya pula dibiarkan sebiji-sebiji. Jadi tiada rasa pedas sebab Encik Suami kurang gemar masakan yang pedas, dan kalau ketika makan bolehlah picit-picit cili padi tadi dalam pinggan nasi.
Resipi Ikan Senangin Lemak Tempoyak
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 2 kepingan ikan senangin seberat 450 gram
- 120 gram santan kotak
- 2 cawan air
- 2 sudu besar tempoyak
- 2 batang serai - diketuk
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 2 helai daun kunyit - siat dan simpul
- 1 keping asam gelugur
- 10 tangkai cili padi
- garam / gula / perasa pilihan
Cara memasak:
- Jerang air di dalam periuk.
- Masukkan tempoyak, serai, cili padi, serbuk kunyit, ikan senangin dan asam keping.
- Biarkan sehingga mendidih.
- Tuangkan santan kotak.
- Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
- Masukkan daun kunyit dan kacau sekali-sekala sehingga daun kunyit layu dan terbit baunya.
- Keluarkan asam gelugur.
- Padamkan api dapur.
Ikan Senangin Lemak Tempoyak |
Ikan senangin tu dah ok…tp sy x berkawan dengan tempoyak
BalasPadamBermusuh dengan tempoyak ya.
PadamWahhh.. simple sangat cara memasaknya tapi nak kena ada tempoyak.
BalasPadamYuppp... resipi simple dimple!
PadamSedap nya Kak Amie masak. Terasa2 je kat tekak ni. Sebab kami memang suka makan tempoyak.
BalasPadamSedap kan kalau dapat hirup kuah tempoyak.
Padambesar betul ikan senangin akak tu
BalasPadamBesar saiznya Dana. Kak Amie beli yang sudah dipotong-potong.
PadamTak pernah cuba lagi ikan senangin dengan tempoyak... sayang pulak nak pairkan senangin dengan tempoyak hehehe
BalasPadamHehehe... masakan paling mudah ni, main campak-campak saja.
PadamSedappp π
BalasPadamTerima kasih PH.
Padamsedapnya aii masak tempoyak
BalasPadamciknur byk lg tempoyak hari tu blh la nk masak ni he hee terliur tgk
Memang sedap! Lagilah kalau masak sekali-sekala.
PadamPasti ikan senangin tu besar bila dapat potongan begitu.
BalasPadamYa, ikan senangin saiz besar ni.
PadamAdui sedapnya kaka. Ni lauk bahaya. Menambah kang ada lauk gini
BalasPadamHahaa... betul tu. Kuahnya sedap sangat.
PadamKalo pakai tempoyak, dan saya bayangkan tempoyaknya sama dengan tempoyak sumatera, berarti saya pasti suka menu ikan iniii ππ❤️. Mama dulu sukaaa banget bikin Gulai udang tempoyak kak Amie. Wangii kan jadinya kalo pakai tempoyak durian ini
BalasPadamMasakan di Sumatera itu tidak jauh bezanya dengan masakan di Malaya terutamanya di Negeri Sembilan.
PadamGulai udang tempoyak memang enak banget tu.
Tempoyak nih ada durian ya kak amie, dulu kawan seasramanya mbul orang riau sering ceritakan kelezatan tempoyak dengan lauk padanannya. Resep kak amie mbul cuba kapan kapan ah
BalasPadamIya Mbul. Tempoyak diperbuat dari isi durian.
Padamtambah belimbing buluh ni kak fuhhhhh memang terangkatttt 3 pinggan nasi pun x sedarπ
BalasPadam