Pages

Ahad, 26 November 2023

Sup Anak Ketam

Bismillahirrahmanirrahim.
Musim hujan begini, sedap betul kalau dapat hirup kuah sup panas-panas. Apa-apa jenis sup sajalah. Teringat pula Sup Anak Ketam yang belum dijadikan entri. Kita masak minggu lepas untuk dijadikan lauk makan sebaik sahaja Encik Suami dan Firdaus pulang dari sekolah agama.

Saiz ketam yang dibeli kecil-kecil sahaja, dan ada lebih kurang tujuh atau lapan ekor sekilogram. Firdaus pula memang peminat ketam! Suka sangatlah budak kecil itu meratah ketam. Kalau tak silap Amie, Sup Anak Ketam ini dimasak sehari sebelum Firdaus masuk jawi!

Sup Anak Ketam

Resipi Sup Anak Ketam
Bahan-bahan:
  • 1 kg ketam saiz kecil - bersihkan - belah 2
  • 2 sudu besar rempah sup
  • 2 biji tomato - potong ikut suka
  • 1 sudu kecil lada putih - tumbuk
  • 7 tangkai cili padi
  • 5 cawan air
  • 3 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
Bahan hiris:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 cm halia
  • 3 hiris lengkuas
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga layu kekuningan.
  2. Masukkan serbuk rempah sup. Gaul sebati.
  3. Tuangkan air dan biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan anak ketam.
  5. Setelah kulit ketam berubah warna, masukkan lada putih tumbuk, cili padi dan tomato.
  6. Biarkan seketika, dan kemudian masukkan garam / perasa pilihan.
  7. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
  8. Hidangkan panas dengan taburan daun ketumbar.

Sup Anak Ketam

8 ulasan:

  1. sedapnya sup ketam banyak sayur gandingan

    BalasPadam
  2. Wahhh.. Firdaus masuk jawi ya. Upah sup anak ketam dulu ya sebelum masuk jawi tu 🤭

    BalasPadam
  3. Sedapnya la sup ketam...hirup supnya..rasa manis ketam dah sebati ngan bumbu sup..memang leka menghirup

    BalasPadam
  4. sesuai sangat makan waktu musim hujan ni kak

    BalasPadam
  5. Mama dulu sukaaa sangat buat sup kepiting begini kak Amie. Saya sukaaaa. Anak kepiting ataupun yg dewasa, sedap memang. Tapi terkadang susah makannya hahahha 🤣. Kalo masak di rumah, saya pasti makan. Tapi terkadang kalo pergi ke restoran seafood, saya hindari pesan kepiting, Krn susah makan tadi 😂. LBH memilih ikan , cumi , kerang atau udang.

    BalasPadam