Pages

Ahad, 19 November 2023

Sarapan di Mie & Nasi Goreng MODESTY

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.
Sarapan apa pagi ini?

Jom ikut Amie dan geng kaki jalan sarapan di Mie & Nasi Goreng Modesty di Palembang pada 30 Ogos lepas.




Ada pelbagai makanan boleh dipesan, tapi kami masih belum dapat bayangkan bagaimana rupa dan rasanya. Nama menunya pun agak asing bagi kami seperti Nasi Goreng Mawut dan Nasi Goreng Ayam Teri.



Amie memesan kopi hitam. Rindu betul hendak hirup minuman panas!


Amie pilih bubur ayam. Harga 10,000 Rupiah.


Kebetulan terbawa Kanzler Sosej, jadi bubuh dalam mangkuk bubur sebagai tambahan aksesori.

Bubur Ayam tambah Kanzler Sosej.

Tuangkan sedikit kicap pedas untuk tambah rasa. Di dalam bubur ayam itu ada kepingan tauhu.


Kawan-kawan yang lain memesan pelbagai jenis mi, kuetiaw dan nasi goreng mengikut selera masing-masing. Ada yang tambah ayam suwir dan juga telur ceplok.


Jom sarapan!




Alhamdulillah. Selesai sarapan, semua berasa kenyang.

Singgah di tempat penjual buah-buahan.

Gee teringin hendak merasa durian Palembang.




Sayangnya, isinya belum masak dan masih keras. Tapi kena bayar juga sebab sudah dipilih untuk dibeli. 

Anggur

Betik

Pisang Nipah

Petai

Dengan menggunakan motosikal untuk berniaga, pelbagai jenis buah-buahan yang dijaja. Rajin mereka berusaha mencari rezeki.
Huurrmmm..... sekarang semuanya sudah kembali bertenaga setelah bersarapan. Hendak ke mana pula selepas ini?

10 ulasan:

  1. Kalau di LD, mesti lebih banyak buah yg dibeli Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alih perhatian buah-buahan di Palembang pula.

      Padam
  2. WAH JAUH BERSARAPAN SAMPAI PALEMBANG ENAK BANGET

    BalasPadam
  3. Walaupun simple, tapi nampak sedap sarapan Kak Amie dan kawan2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beginilah kalau sudah penat berjalan, hidangan apa pun jadi sedap semuanya.

      Padam
  4. Kalo mawut itu maksudnya nasi dan mie dicampur kak Amie 😄. Itu biasanya nasi goreng ala Jawa. Tapi dah terkenal sampai sumatera juga

    BalasPadam
  5. akak selalu nampak kt tiktok orang cite psl sosej kanzler, kt malaysia ni payah bebeno nk jumpa kadang teringin jugak nak mencuba

    BalasPadam
  6. Sayang duriannya tu.. tak dapat ditukar pula bila sudah dibayar.

    BalasPadam
  7. Alahai...dh byr x leh tukar ye kak ..akak nak tau x SA skrg sedang mengidam Bakso...tapi lebih kepada Bakso yg biasa2, ada isi ayam yg di carik2, beef ball biasa2 je..x suka yg version bakso beranak la apa segala tu..kalau dapat sedapnyaaa...ada cili hijau...perghhh...

    BalasPadam