Pages

Ahad, 19 November 2023

Nasi Daging Rusa Air Asam Kerisik

Bismillahirrahmanirrahim.
Firdaus tidak berhenti-henti minta masakkan nasi daging. Padahal baru empat hari lepas Amie masak NASI DAGING AIR ASAM KERISIK.

Melihat Encik Suami sibuk membantu mengemas rumah dari pagi, tak sampai hati pula minta keluar membeli bahan yang diperlukan seperti beras basmathi dan daging segar. Sewaktu Encik Suami merehatkan diri, Amie segera ke dapur mencari bahan yang ada untuk diolah sebagai hidangan tengah hari. Ada seketul daging rusa dalam peti sejuk. Amie tanya Firdaus, boleh tak makan nasi daging rusa? Firdaus setuju saja. Oleh kerana tidak ada beras basmathi, jadi Amie gunakan saja beras biasa.

Nasi Daging Rusa Air Asam Kerisik



Resipinya sama saja seperti NASI DAGING AIR ASAM KERISIK. Barangkali selepas ini boleh pula cuba masak nasi daging kambing!

Nasi Daging Rusa ini dilengkapi dengan Air Asam Kerisik dan Sup Rebusan Daging Rusa.

Nasi Daging Rusa

Setelah Nasi Daging Rusa hendak dihidangkan, Amie suruh Firdaus panggil Encik Suami makan. Ketika itu Amie sedang mengaut Nasi Daging Rusa dari rice cooker ke dalam dulang.

Amie kata :  Beras basmathi dah habis, jadi guna beras biasa saja.
Encik Suami jawab : Ada bah beras basmathi.
Dibukanya almari kabinet dapur dan dikeluarkannya satu paket beras basmathi yang belum dibuka!
Allahu....
Inilah bahayanya kalau Encik Suami sering bantu kemas dapur sampai kita sendiri tak tahu di mana dia alih-alih dan letak barang dapur!

Apa pun, Nasi Daging Rusa beras biasa tetap menyelerakan! Firdaus pula tidak henti memuji-muji keenakannya sambil menambah-nambah nasi dalam pinggannya.

10 ulasan:

  1. Teringin nak rasa daging rusa... tak pernah berpeluang lagi....

    BalasPadam
  2. first time saya tgk resepi ni. jrg2 jumpa daging rusa, tapi nasi amie ni sudah semestinya sedap 😍

    BalasPadam
  3. Saya yg melihat pun dah tahu rasanya pasti sedaaap, apalagi daus yg mencoba langsung 😄😍😍. Daging rusa pula 👍. Saya suka daging rusa ini. Agak susah mencari di jakarta.dan kalopun ada mahal harganya

    BalasPadam
  4. Lahhhhh.. ada rupanya beras basmathi!!!

    Mesti sedap kan kalau guna kambing pulak.

    BalasPadam
  5. Allahu... Terliur dah kat ofis ni membaca entry ni... Hahaha

    BalasPadam
  6. Tak boleh nak kata apa bila Encik Majid dah tolong kemas 😁
    Anw, sedap tu nasi daging.

    BalasPadam
  7. sedapnya.. baguslah firdaus suka makan mknn berat nasi mcm ni... ada sesetengah budak suka mkn western saja... tp kalau di sabah senang-senang je dapat daging rusa kan?

    BalasPadam
  8. 2-3 hari ni lauk pauk kat rumah kak amie memang best betul la..SA je x berapa nak masak...

    BalasPadam