Pages

Selasa, 14 November 2023

Sarapan Apa Pagi Ini?

Bismillahirrahmanirrahim.
Sudah beberapa hari teringin makan lempeng cair cecah kuah Kari Ikan Bawal Hitam yang sudah membeku dalam freezer. Encik Suami pula, setiap pagi selepas solat subuh terus keluar membeli sarapan pagi. Belum sempat kita masuk dapur, sarapan sudah tersedia di atas meja. Jadi, tertangguh-tangguhlah hendak melempeng.

Pagi tadi, selepas solat subuh, kita terus ke dapur. Nyahbeku Kari Ikan Bawal Hitam dan terus buat adunan lempeng cair tambah hirisa daun ketumbar. Untuk Firdaus, kita buatkan cucur jagung tambah udang. Tajam betul daya hidu budak kecil itu. Tiba-tiba muncul di dapur ketika kita sedang goreng cucur. Katanya : Daus terbau cucur. Mommy goreng cucurkah?

Tidak lama kemudian Encik Suami datang, dan tanya : Buat sarapankah?
Ya, inilah sarapan kami:
  • Lempeng Cair Daun Ketumbar
  • Kari Ikan Bawal Hitam
  • Cucur Jagung Campur Udang

Kari Ikan Bawal Hitam
Lempeng Cair Daun Ketumbar
Cucur Jagung Campur Udang

Lempeng Cair Daun Ketumbar

Kari Ikan Bawal Hitam


Cucur Jagung Campur Udang

Cucur Jagung Campur Udang ini memang Firdaus satu oranglah yang menghabiskannya! Kita dengan Encik Suami dapatlah merada tiga empat ketul. Selebihnya kami makan lempeng saja.

13 ulasan:

  1. Saya pagi ni sarapan sandwich dengan tauhu begedil lebih dari majlis kawan semalam.

    BalasPadam
  2. sedap nampaknya cucur jagung tu..nak tanya bila goreng cucur jagung tu meletup2 x? sebab kita pernah goreng alahai meletup2 jagungnya

    BalasPadam
  3. sedappnya lempeng
    ciknur mkn cekodok pisang pg td

    BalasPadam
  4. SA pagi tadi makan mee goreng as usual...

    BalasPadam
  5. sedap kak bau dia semerbak 1 dapur mestila Daus boleh tahu hehehhe

    BalasPadam
  6. kak lempeng tu kalau x habis bleh laa hntr ke sini😁😁

    BalasPadam
  7. Puas fikir... uncle tak ingat uncle sarapan apa pagi tadi... hahahah

    BalasPadam
  8. Pastilah wanginya menyebar kemana2 nih πŸ˜πŸ˜πŸ‘. Penasaran sangat dengan rasa lempeng cair itu ❤️. Mirip pancake yaa bentuknya

    BalasPadam
  9. sangat menyelerakan...mbul ingin mencicip cucur jagung. itu kalau di tempat mbul namanya perkedel jagung kak amie...

    BalasPadam
  10. Akhirnya dapat juga Kak Amie melempeng ye :D
    Cucur jagung tu, amboi lawa betul kejadiannya...

    BalasPadam
  11. Saya sarapan mamak bawah rumah jer .. Senang hahahah :P

    BalasPadam