Pages

Isnin, 13 November 2023

Air Asam Perut Muda

Bismillahirrahmanirrahim.
Jemput ratah Air Asam Perut Muda.
Tak cukup meratah, hirup kuahnya sekali yang cukup rasa masam, manis, pedas dan masin. Lagilah kalau tergigit cili padi, cepat-cepatlah suakan air panas suam ke mulut cepat-cepat! Tergigil-gigil ko... ahaks!

Air Asam Perut Muda

Air Asam Perut Muda

Terpulanglah nak buat macamana Air Asam Perut Muda ini. Ikut gaya masakan masing-masing. Amie buat yang senang saja. Tak banyak bahan yang digunakan, yang penting sempurna cukup rasa.

Resipi Air Asam Perut Muda
Bahan-bahan:

  • 300 gram perut - muda - bersihkan - rebus hingga mendidih - buangkan air - tambah air baharu - rebus hingga empuk
  • 3/4 cawan air rebusan perut muda
  • 1/2 cawan jus limau nipis  kasturi
  • 1 sudu kecil pati asam jawa
  • garam / gula / perasa pilihan secukupnya
  • 1 labu bawang besar - hiris
  • 7 tangkai cili padi - hiris
  • 2 tangkai kacang panjang - hiris
Bahan tumbuk:
  • 7 tangkai cili padi
  • 1 sudu kecil belacan bakar
Cara:
  1. Hiris perut muda ikut saiz yang digemari.
  2. Dalam sebuah bekas, masukkan bahan tumbuk, jus limau, pati asam jawa, garam, gula dan perasa pilihan secukupnya.
  3. Gaul sebati, dan kemudian tambahkan air rebusan perut muda.
  4. Seterusnya masukkan perut muda, kacang panjang, cili padi dan bawang besar.
  5. Gaul rata. 
  6. Jika kurang rasa, boleh tambahkan bahan perasa yang perlu.
  7. Hidangkan.

8 ulasan:

  1. Lama sungguh tak makan perut muda. Sedappp!

    BalasPadam
  2. Kat seremban ni susah betul nak jumpa perut muda..nak kena order dulu agaknya la..nampak sedap tu ha..

    BalasPadam
  3. menu fav ni time aidiladha...kalo ari biasa susah sgt nk jmpa ..

    BalasPadam
  4. kecuqqqq kak oiiiii waduhhhhh memanggil2 dah perut niiiii

    BalasPadam
  5. Oh usus ya kak? Saya sejujurnya tak suka usus, agak geli saja 😅. Tapi suami suka sangaaat. Di sini biasanya dibuat keripik usus. Tapi saya tak makan, soalnya terlalu asin bagi saya 🤣

    BalasPadam
  6. kayaknya sedap banget. Kalau kak amie yang masak mbul percaya rasanya pasti 👍👍👍

    BalasPadam
  7. lama x makan perut ni....selalu makan yg buat sate...air asam perut babat ada nampak dijual..

    BalasPadam