Bismillahirrahmanirrahim.
Kadang-kadang teringin hendak makan masakan Jawa, hidangan keluarga semasa tinggal bersama suatu waktu dahulu. Apakan daya. Di LD tidak pernah bertemu dengan makanan tradisi Jawa seperti di tempat sendiri. Apalagi dengan berjumpa dengan orang keturunan Jawa atau bercakap bahasa Jawa! Benarlah bagai dikata: Lain padang, lain belalangnya. Lain tempat, lain budayanya.
Jadinya, kenalah usaha sendiri untuk memasaknya!
Minggu lepas, sempat olah Sambal Perut. Ingatkan boleh disimpan seminggu. Rupa-rupanya dua kali makan dengan Encik Suami, sudah habis licin.
Resipi Sambal Perut ini Amie dapat dari Bonda. Setiap kali akan menjelang hari raya, arwah Ayahanda bawa pulang dari pasar sebesen besar organ dalaman lembu termasuk limpa, paru dan juga perut. Selain sembelih beberapa ekor ayam kampung, organ dalaman lembu yang sebesen besar inilah yang Bonda olah untuk dijadikan salah satu menu yang sangat lazat dimakan bersama ketupat! Teringat waktu kecil dulu selalu bantu Bonda bersihkan perut lembu di bawah pokok mangga.
Akhirnya siaplah Sambal Perut hasil air tangan Bonda untuk santapan kami sekeluarga di hari raya. Oleh kerana waktu itu tidak ada peti sejuk, jadi Bonda akan panaskan Sambal Perut setiap pagi.
Sambal Perut |
Kacang Tolo sebelum direndam. |
Salah satu bahan wajib yang Bonda gunakan dalam Sambal Perut sudah tentulah kacang tolo. Kalau tidak ada kacang tolo, Bonda akan gantikan dengan kacang tanah goreng. Resipi Sambal Perut yang Amie olah ini, bahannya tidak selengkap seperti yang Bonda masak seperti tambahan kulit tauhu atau fucuk.
Kacang Tolo selepas direndam selama 6 jam. |
Sambal Perut |
Amie kongsikan resipi Sambal Perut. Biasanya Bonda tambahkan hirisan cili hijau untuk menyerikan warna sambalnya.
Resipi Sambal Perut
Resipi Sambal Perut
Bahan-bahan:
- 1/2 kg perut lembu - rebus hingga empuk - potong ikut bentuk dan saiz yang disukai - goreng seketika - angkat - toskan
- 4 biji kentang - kupas kulit - potong dadu - goreng hingga kuning keemasan - ketepikan
- 1 paket kecil suhun - goreng - toskan
- 1 cawan kacang tolo - rendam selama 6 jam - rebus hingga empuk - toskan
- 1/2 cawan udang kering - rendam hingga kembang - toskan - tumbuk kasar
- 1 sudu kecil pati asam jawa
- 1/2 cawan minyak
- garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
- 20 tangkai cili kering
- 7 ulas bawang putih
- 10 biji bawang merah
- 3 hiris halia
Cara memasak:
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama udang kering sehingga terbit minyak.
- Masukkan pati asam jawa, garam, gula dan perasa pilihan. Gaul sebati.
- Seterusnya masukkan perut lembu, kentang goreng dan kacang tolo.
- Gaul rata dan padamkan api dapur.
- Akhir sekali masukkan suhun dan gaul sekali lagi.
Tak sabar makan nasi himpit dengan Sambal Perut! Selamat Hari Raya! |
tak pernah lg makan sambal ni...teringat sambal jawa yg kicap tu..
BalasPadamLebih kurang kot dengan sambal jawa, cuma bahan ada sikit beza.
Padamsekali pandang macam sambal jawa pula Amie, mesti sedap ni kan.. erm kacang tolo tu macam kacang soya pun ada kan ..
BalasPadamKacang tolo tu nama lainnya kacang pinggang, kacang putih dan ada beberapa nama lain lagi, tapi tak ingat pula.
PadamKak Amie, bagian perut sapi ini maksudnya yg kayak handuk itu bukan? Kalo iya, berarti di sini babat namanya. Saya masih ragu antarabyg dimaksud babat atau usus. Sama2 perut 😄.
BalasPadamSaya malah tak tahu sambal ini. Tapj memang saya bukan orang Jawa. Suami pun Jawa solo. Tapi tak terlalu sering masak begini Krn keluarga mereka lama di eropa.
Nampak sedaaap 😍😍. Teringin nak buat juga.
Btw bonda kak Amie Jawa apa?
Ya, perut itu disebut juga babat.
PadamUsus itu lain, bukan babat.
Bonda lahir di Bagan Datuk, Perak. Menurut keluarga sebelah Bonda, keturunan datuk kami asal dari Dumai. Tidak banyak cerita asal-usul keluarga yang diketahui. Nenek (emak Bonda kami) meninggal sewaktu usia Bonda 8 tahun. Tak tahulah Jawa apa, sebab kami bertutur bahasa Jawa kasar, tidak tahu Jawa mana.
wah babat ni selalunya kita orang buat sambal goreng di pagi raya tak pernah buat sambal babat. Lain kali boleh buat. Kacang tolo ni kadang susah nak jumpa. Selalunya buat campur dalam lepat pulut time raya. Hari tu buat potluck kat pejabat saya buat sambal goreng. Ratah gitu je pun sodap. Kacang tolo pun sesekali campur dalam sambal goreng pun sodap... Huwaaaa selamat hari raya
BalasPadamSambal babat / sambal jawa memang sedap buat ratah-ratah saja.
PadamKalau balik beraya di kampung sana memang puaslah sana-sini makan sambal jawa. Orang munjung pun hantar sambal jawa juga.
Biasa babat ni Pak Zain masak lemak cili api kering2 campur pucuk ubi tak pun masak lemak cili api campur rebung...buat sambal ni macam menarik je..boleh cuba nanti
BalasPadamSedapnya babat masak lemak cili api. Boleh tambah sayur nangka atau rebung.
Padamwahhhh sedapnya kak oi
BalasPadamSangat sedap Dana oi!
Padam