Pages

Khamis, 30 November 2023

Kenali Ikan Tuna & Resipi Sambal Tomato Ikan Tuna Sirip Hitam

Bismillahirrahmanirrahim.
Teringat sewaktu mula-mula sampai di LD akhir abad ke-20 yang lalu, betapa hairannya melihat saiz ikan tuna yang besar-besar di Pasar Ikan LD. Tidak terjangkau oleh fikiran, hendak dimasak apa ikan sebesar itu? Setelah berkahwin, barulah tahu betapa lazatnya rasa ikan tuna. Encik Suami selalu beli nasi kuning sambal ikan tuna yang dijual oleh orang Melayu Cocos. Tidak semua nasi kuning yang dijual berlaukkan sambal ikan tuna. Ada sambal ikan tongkol, ikan alu-alu, ikan merah, ikan basung, ikan kembung, tulai, belais dan sebagainya.

Dan sebenarnya, Amie pernah salah faham tentang ikan tuna. Amie sangka ikan tuna itu ikan tongkol, tetapi rupanya bukan. Sekali pandang seolah-olahnya ikan tuna dan ikan tongkol mempunyai persamaan dari segi warna kerana sememangnya kedua-duanya berasal dari keluarga yang sama. Antara perbezaannya ialah dari segi saiz, iaitu ikan tuna biasanya lebih besar dan berat berbanding ikan tongkol. Selain itu berat ikan tuna muda sekitar lima kilogram seekor dan mencecah 35 hingga 350 kilogram seekor ketika dewasa! Daging ikan tuna berwarna merah muda, dan teksturnya lebih lembut.

Ikan tongkol pula berwarna lebih gelap dengan bentuk badan yang lebih ramping selain dan teksurnya lebih kasar. 

Ikan Tuna Sirip Hitam


Ikan Tongkol

Ikan Tuna Sirip Hitam

Menurut peniaga ikan di Eco Fresh Sri Perdana, ada dua jenis ikan tuna yang lebih sedap iaitu Ikan Tuna Sirip Kuning dan Ikan Tuna Sirip Biru berbanding Ikan Tuna Sirip Hitam. Sayangnya, ketika kami beli hanya ada Ikan Tuna Sirip Hitam sahaja. Ikan Tuna Sirip Hitam merupakan spesies ikan tuna paling kecil yang hanya boleh mencapai kepanjangan sehingga 39 inci sahaja dan beratnya hanya  21 kilogram seekor ketika dewasa.

Rata-rata Ikan Tuna Sirip Hitam yang ada seberat dua kilogram seekor. Jadi, kami beli seekor dan minta dibersihkan serta dipotong-potong. Petang kelmarin Amie masak Sambal Tomato Ikan Tuna Sirip Hitam, dan makan dengan nasi putih. Sedapnya ya ampun! Tak tahulah apa besa Ikan Tuna Sirip Kuning dan Biru itu. Mungkin suatari nanti ada rezeki untuk merasa tuna sirip kuning atau biru. Mungkin pernah makan, tapi tak perasan jenisnya. Apa pun Sambal Tomato Ikan Tuna Sirip Hitam pun sudah cukup sedap!

Sambal Tomato Ikan Tuna Sirip Hitam

Resipi Sambal Tomato Ikan Tuna Sirip Hitam
Bahan-bahan:
  • 4 kepingan ikan tuna sirip hitam - bersihkan - lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 keping asam gelugur
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut / kembang
  • 4 biji tomato - belah 4
  • 40 biji cili padi minyak
Cara memasak:
  1. Goreng ikan tuna hingga masak. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan 1/2 cawan minyak di dalam kuali.
  3. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  4. Masukkan gula secukup rasa, garam / perasa pilihan dan asam keping.
  5. Masukkan kepingan ikan tuna yang digoreng ke dalam sambal tomato.
  6. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.

Biasanya ikan tuna ini Amie masak sambal untuk dijadikan lauk nasi kuning. Kami pernah beli ikan tuna yang bersaiz besar yang sudah dipotong-potong. Mungkin itulah ikan tuna sirip kuning dan juga sirip biru.

Sambal ikan tuna yang Amie masak kelmarin sudah tentulah berbeza dengan sambal ikan tuna yang dimasak untuk dijadikan lauk nasi kuning. Banyak kali Amie kongsikan resipi sambal ikan tuna dengan nasi kuning seperti di sini: NASI KUNING SAMBAL IKAN TUNA



Gambar atas dan bawah : Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna



8 ulasan:

  1. Sy selalu dgr orang cakap, tuna dengan tongkol sama. Tertipu ruapnya Tipah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang dah tahu, Tipah tak boleh tipu lagi.

      Padam
  2. Dulu pun ingat ikan yang sama. Omaaiiii sedapnya lauk ikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, sering keliru sebab rupa dan bentuknya hampir sama.

      Padam
  3. Saya LBH suka tuna drpd tongkol kak. Krn dulu pernah keracunan tongkol, muka saya meraah semua 🤣. Sejak itu ga berani makan tongkol. Lagian daging ikan tuna LBH enak juga

    Kalo di menado ikan tuna juga banyak dibuat sambal, biasanya utk teman nasi kuning mereka. Makanya saya LBH suka nasi kuning menado drpd nasi kuning Jawa. LBH pedas lauknya😄

    BalasPadam
  4. Ooooo..x sama rupanya Ikan Tuna dengan ikan tongkol..tapi banyak isi ye persis ikan tongkol..

    BalasPadam